Pejabat Pertanian Daerah Rompin

Call Directions Contact the organization

Pejabat Pertanian Daerah Rompin Ke arah industri pertanian yang berdaya saing, produk berkualiti & selamat dan pengeluaran mesra alam

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PERTANIAN SERTA KHIDMAT NASIHATTarikh : 25.09.2026Projek Tanaman Jagung Bijirin/Jagung Manis.(...
28/09/2026

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PERTANIAN SERTA KHIDMAT NASIHAT

Tarikh : 25.09.2026

Projek Tanaman Jagung Bijirin/Jagung Manis.(Rompin Dairy Farm Sdn Bhd).
Muhammad Nur Afiq Bin Muhammad Alwi.

Kawasan Perkhidmatan : Mukim Keratong

APT Kawasan : Mohd Raziz Bin Mohd Tahir

Lawatan pemantauan ke Projek Tanaman Jagung Bijirin dan Jagung Manis di Rompin Dairy Farm Sdn. Bhd. telah diadakan pada 25 September 2026 bagi meninjau perkembangan semasa projek serta memberikan khidmat nasihat teknikal berkaitan pengurusan dan pengusahaan tanaman.

Lawatan ini melibatkan En. Muhammad Nur Afiq bin Muhammad Alwi selaku pengusaha projek di bawah kawasan perkhidmatan Mukim Keratong, dengan pemantauan oleh APT Kawasan, En. Mohd Raziz bin Mohd Tahir.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah En. Mohd Hanif bin Nordin, Pegawai Pertanian Daerah Rompin serta En. Muhammad Hasnor bin Hasan, Ketua Seksyen Pengembangan.

Lawatan pemantauan ini merupakan salah satu usaha berterusan Pejabat Pertanian Daerah Rompin dalam memastikan projek pertanian di daerah ini dipantau dan dibimbing dari semasa ke semasa, di samping membantu pengusaha meningkatkan pengurusan serta produktiviti projek yang dijalankan.

Pihak Pejabat Pertanian Daerah Rompin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan ini. Semoga projek tanaman jagung yang diusahakan terus berkembang maju dan mencapai hasil yang membanggakan.


LAWATAN PEMANTAUAN KE PROJEK PERTANIAN DAN KHIDMAT NASIHATTarikh : 22.09.2026Projek tanaman cendawan tiram kelabu(Masjid...
28/09/2026

LAWATAN PEMANTAUAN KE PROJEK PERTANIAN DAN KHIDMAT NASIHAT

Tarikh : 22.09.2026

Projek tanaman cendawan tiram kelabu
(Masjid Al-Taqwa Sungai Puteri)

Kawasan Perkhidmatan : Kuala Rompin
APT Kawasan : Mohamad Farhan bin Mohd Sayuti

Lawatan pemantauan ke Projek Tanaman Cendawan Tiram Kelabu di Masjid Al-Taqwa, Sungai Puteri telah diadakan pada 22 September 2026 bagi meninjau perkembangan semasa projek serta memberikan khidmat nasihat teknikal kepada pihak yang terlibat.

Lawatan ini melibatkan Kawasan Perkhidmatan Kuala Rompin di bawah seliaan APT Kawasan, En. Mohamad Farhan bin Mohd Sayuti dan turut disertai oleh Pn. Sri Watikah binti Mohd Zahari serta En. Mohd Raziz bin Mohd Tahir.

Lawatan pemantauan ini merupakan antara usaha berterusan Pejabat Pertanian Daerah Rompin dalam memastikan projek pertanian yang dilaksanakan dapat dipantau dengan baik, di samping memberikan bimbingan dan khidmat nasihat yang bersesuaian bagi membantu kelancaran serta keberhasilan projek.

Pihak Pejabat Pertanian Daerah Rompin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang lawatan ini. Semoga Projek Tanaman Cendawan Tiram Kelabu ini terus berkembang dengan baik dan mencapai kejayaan serta memberikan manfaat kepada pihak yang terlibat.


LAWATAN PEMANTAUAN DAN KHIDMAT NASIHAT PERTANIANTarikh : 22.09.2026Nama Petani / Usahawan :1. Tkpm Muadzam     Lot 16 ( ...
28/09/2026

LAWATAN PEMANTAUAN DAN KHIDMAT NASIHAT PERTANIAN

Tarikh : 22.09.2026

Nama Petani / Usahawan :

1. Tkpm Muadzam
Lot 16 ( En Saiful)

Kawasan Perkhidmatan : Mukim Keratong

APT Kawasan: En.Mohd Raziz Bin Mohd Tahir

Pada 22 September 2026 telah diadakan Lawatan Pemantauan dan Khidmat Nasihat Pertanian di TKPM Muadzam, Lot 16 milik En. Saiful yang terletak di bawah kawasan perkhidmatan Mukim Keratong.

Lawatan ini dikendalikan oleh En. Mohd Raziz bin Mohd Tahir, APT Kawasan Mukim Keratong bersama En. Mat Arifin bin Ibrahim (Pok Pin) bagi melaksanakan aktiviti pemantauan tanah menggunakan peralatan AINSENS. Penggunaan teknologi dan peralatan ini bertujuan membantu mendapatkan maklumat berkaitan keadaan tanah sebagai salah satu pendekatan dalam menyokong pengurusan tanaman yang lebih berkesan.

Turut hadir bersama dalam lawatan ini ialah Pn. Sri Watikah binti Mohd Zahari, Penolong Pegawai Pertanian (Maklumat) dan En. Mohamad Farhan bin Mohd Sayudi, APT Mukim Kuala Rompin.

Pihak Pejabat Pertanian Daerah Rompin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang lawatan ini. Semoga usaha dan projek pertanian yang dilaksanakan terus berkembang maju serta mencapai kejayaan yang berterusan.


MESYUARAT KESUPER ROMPIN BIL. 2/2026 & MAJLIS PERPISAHAN CIK NORLAILI BINTI RAZALI SERTA PERSARAAN EN. IBRAHIM BIN MAMAT...
21/09/2026

MESYUARAT KESUPER ROMPIN BIL. 2/2026 & MAJLIS PERPISAHAN CIK NORLAILI BINTI RAZALI SERTA PERSARAAN EN. IBRAHIM BIN MAMAT

๐Ÿ“… 21 September 2026 (Isnin)
๐Ÿ“ Kuntum Cafe@Teluk Buih, Mersing

Mesyuarat KESUPER Rompin Bil. 2/2026 telah diadakan pada 21 September 2026 bertempat di Kuntum Cafe@Teluk Buih, Mersing.

Majlis dimulakan dengan Mesyuarat KESUPER Rompin Bil. 2/2026 yang telah dipengerusikan oleh En. Mohamad Hanif bin Nordin selaku Pengerusi KESUPER Rompin. Mesyuarat telah dihadiri seramai 30 orang ahli KESUPER Rompin.

Sepanjang mesyuarat berlangsung pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk usul dan cadangan daripada ahli bagi memastikan perancangan serta pelaksanaan aktiviti KESUPER Rompin dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

Selesai mesyuarat, majlis diteruskan dengan Majlis Perpisahan Cik Norlaili binti Razali yang akan bertukar ke Pejabat Pertanian Daerah Lipis berkuat kuasa 1 Oktober 2026.

Turut diraikan ialah Majlis Persaraan En. Ibrahim bin Mamat yang telah menamatkan perkhidmatan pada 17 September 2026 setelah menabur bakti dalam perkhidmatan awam.

Majlis ini bukan sahaja menjadi ruang untuk meraikan perpisahan dan persaraan malah menjadi kenangan bermakna dalam menghargai jasa, sumbangan serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang bersama warga Pejabat Pertanian Daerah Rompin.

Selamat maju jaya buat Cik Norlaili di tempat baharu dan selamat bersara buat En. Ibrahim. Semoga segala jasa dan bakti yang dicurahkan terus dikenang, dan semoga perjalanan baharu yang ditempuh dipenuhi kebahagiaan, ketenangan serta kejayaan.


MESYUARAT PENGEMBANGAN DAERAH ROMPIN BIL. 4/2026 18 September 2026 (Jumaat) | Bilik Mesyuarat, Pejabat Pertanian Daerah ...
21/09/2026

MESYUARAT PENGEMBANGAN DAERAH ROMPIN BIL. 4/2026

18 September 2026 (Jumaat) | Bilik Mesyuarat, Pejabat Pertanian Daerah Rompin

Mesyuarat Pengembangan Daerah Rompin Bil. 4/2026 telah diadakan pada 18 September 2026 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pertanian Daerah Rompin.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Mohamad Hanif bin Nordin, Pegawai Pertanian Daerah Rompin.

Turut hadir ialah Ketua Seksyen Pengembangan, Ketua Seksyen Operasi, Penolong Pegawai Pertanian (Maklumat), APT Mukim Kuala Rompin, APT Mukim Keratong, APT Mukim Pontian 2, APT Mukim Endau, APT Mukim Pontian 1, APIAT Daerah Rompin, Penolong Akauntan serta Pembantu Tadbir.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perkembangan pelaksanaan aktiviti pengembangan di peringkat daerah, menyelaras pelaksanaan program serta penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Selain itu, mesyuarat turut menilai pencapaian semasa dan membincangkan isu-isu berkaitan bagi memastikan setiap perancangan serta tindakan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.






PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G5 PEJABAT PERTANIAN DAERAH ROMPINPada 14 September 2026 telah be...
21/09/2026

PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS
PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G5
PEJABAT PERTANIAN DAERAH ROMPIN

Pada 14 September 2026 telah berlangsung Penyerahan Nota Serah Tugas Penolong Pegawai Pertanian G5 di Pejabat Pertanian Daerah Rompin melibatkan beberapa pegawai bagi memastikan kesinambungan pengurusan tugas dan kelancaran pelaksanaan perkhidmatan di peringkat daerah.

Penyerahan tugas adalah seperti berikut:

๐Ÿ”น Cik Norlaili binti Razali menyerahkan tugas sebagai Penolong Pegawai Pertanian (Maklumat) kepada Pn. Sri Watikah binti Mohd Zahari.

๐Ÿ”น Cik Norlaili binti Razali menyerahkan tanggung tugas sebagai Penolong Pegawai Pertanian (Pengembangan) kepada Cik Nor Laili binti Mohd Jamil.

๐Ÿ”น Pn. Sri Watikah binti Mohd Zahari menyerahkan tugas sebagai Agen Pengembangan Tanaman (APT) Mukim Kuala Rompin kepada En. Mohamad Farhan bin Mohd Sayuti.

๐Ÿ”น Pn. Sri Watikah binti Mohd Zahari menyerahkan tanggung tugas sebagai Agen Pengembangan Tanaman (APT) Mukim Keratong kepada En. Mohd Raziz bin Mohd Tahir.

๐Ÿ”น Cik Nor Laili binti Mohd Jamil menyerahkan tugas sebagai Agen Pengembangan Industri Asas Tani (APIAT) Daerah Rompin kepada Cik Syadza Nur Syahirah binti Zulkifli.

๐Ÿ”น En. Muhamad Syamil bin Muhammad Zahir menyerahkan tanggung tugas sebagai Agen Pengembangan Tanaman (APT) Mukim Endau kepada En. Mohamad Zaquwan Hafiz bin Zainal.

Semoga segala amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, dedikasi dan profesionalisme demi memperkukuh perkhidmatan serta memberi manfaat kepada komuniti pertanian di Daerah Rompin.


14/09/2026

๐ŸŒฑ PERMOHONAN PROJEK PERTANIAN 2027 KINI DIBUKA! ๐ŸŒฑ

Anda berminat untuk menceburi atau mengembangkan projek dalam bidang pertanian? Inilah peluang untuk mendapatkan sokongan dan insentif yang bersesuaian bagi membantu mengembangkan projek pertanian anda. ๐Ÿšœ๐ŸŒพ

๐Ÿ“Œ Antara syarat utama: โœ… Warganegara Malaysia
โœ… Berumur 18 tahun ke atas
โœ… Mempunyai pengalaman dan minat dalam bidang pertanian
โœ… Mempunyai hak milik tanah / surat kebenaran / perjanjian sewaan yang sesuai
โœ… Mempunyai modal asas yang mencukupi
โœ… Bersedia memberikan komitmen sepenuhnya kepada projek

๐Ÿ“„ Dokumen diperlukan: โ€ข Salinan kad pengenalan pemohon
โ€ข Salinan geran / surat kuasa / perjanjian sewaan

๐Ÿ“… Tarikh tutup permohonan: 30 September 2026

๐Ÿ“ฒ Dapatkan borang permohonan dengan mengimbas QR Code pada poster atau hubungi Pejabat Pertanian Daerah berhampiran.

โ˜Ž๏ธ Jabatan Pertanian Negeri Pahang:
09-573 3133
๐Ÿ“ง [email protected]

๐ŸŒพ Jangan lepaskan peluang untuk mengembangkan potensi projek pertanian anda!



#๐Œ๐š๐ฃ๐ฎ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐๐š๐ก๐š๐ง๐ 

PENEMPATAN PEGAWAI LANTIKAN BAHARU DI PEJABAT PERTANIAN DAERAH ROMPINPejabat Pertanian Daerah Rompin dengan sukacitanya ...
11/09/2026

PENEMPATAN PEGAWAI LANTIKAN BAHARU DI PEJABAT PERTANIAN DAERAH ROMPIN

Pejabat Pertanian Daerah Rompin dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran pegawai lantikan baharu G5 yang telah ditempatkan di Pejabat Pertanian Daerah Rompin.

Selamat datang diucapkan kepada:

1) En. Mohamad Zaquwan Hafiz bin Zainal
2) En. Mohamad Farhan bin Mohd Sayuti
3) En. Mohd Raziz bin Mohd Tahir
4) Cik Syadza Nur Syahirah binti Zulkifli

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas di Pejabat Pertanian Daerah Rompin. Semoga penempatan ini menjadi satu permulaan yang baik dalam membina pengalaman, memperluaskan kerjasama serta menyumbang idea dan tenaga ke arah kecemerlangan perkhidmatan.

Semoga dengan kehadiran pegawai tersebut dapat memperkukuhkan lagi semangat kerja berpasukan, kerjasama serta kecemerlangan warga kerja Pejabat Pertanian Daerah Rompin, di samping bersama-sama memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan komuniti pertanian daerah Rompin.


LAWATAN PEMANTAUAN KE PROJEK PERTANIAN DAN KHIDMAT NASIHATTarikh: 8 September 2026Kawasan Perkhidmatan: EndauProjek: Tan...
10/09/2026

LAWATAN PEMANTAUAN KE PROJEK PERTANIAN DAN KHIDMAT NASIHAT

Tarikh: 8 September 2026
Kawasan Perkhidmatan: Endau
Projek: Tanaman Kontan
APT Kawasan: En. Muhamad Syamil bin Muhammad Zahir

Satu lawatan pemantauan ke projek tanaman kontan telah diadakan di kawasan perkhidmatan Endau pada 8 September 2026 bagi meninjau perkembangan semasa projek serta memastikan pengurusan tanaman dilaksanakan dengan baik.

Lawatan ini turut memberi peluang kepada pihak Pejabat Pertanian Daerah Rompin untuk menyampaikan khidmat nasihat teknikal berkaitan pengurusan tanaman, penjagaan tanaman serta amalan pertanian yang bersesuaian bagi membantu meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman.

Turut hadir bersama ialah Ketua Seksyen Pengembangan Daerah Rompin, En. Muhammad Hasnor bin Hassan.

Pihak Pejabat Pertanian Daerah Rompin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan pemantauan ini. Semoga projek tanaman yang diusahakan terus berkembang maju dan memberikan hasil yang baik kepada pengusaha.


LAWATAN PEMANTAUAN KE PROJEK PERTANIAN DAN KHIDMAT NASIHATKg. Sungai Mok, Pontian | 8 September 2026Tarikh: 8 September ...
10/09/2026

LAWATAN PEMANTAUAN KE PROJEK PERTANIAN DAN KHIDMAT NASIHAT

Kg. Sungai Mok, Pontian | 8 September 2026

Tarikh: 8 September 2026
Kawasan Perkhidmatan: Pontian 2
Projek: Tanaman Cili
APT Kawasan: En. Muhamad Syamil bin Muhammad Zahir

Pejabat Pertanian Daerah Rompin telah mengadakan Lawatan Pemantauan Projek Tanaman Cili Luar Kelompok di Kampung Sungai Mok pada 8 September 2026.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan dan status semasa projek tanaman cili di samping memberikan khidmat nasihat serta bimbingan teknikal kepada pengusaha berkaitan amalan pengurusan tanaman yang baik bagi memastikan pertumbuhan dan hasil tanaman dapat dipertingkatkan.

Lawatan telah disertai oleh Ketua Seksyen Pengembangan Daerah Rompin, En. Muhammad Hasnor bin Hassan bersama APT Kawasan Pontian 2, En. Muhamad Syamil bin Muhammad Zahir.

Pihak Pejabat Pertanian Daerah Rompin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan ini. Semoga projek tanaman cili yang diusahakan terus berkembang maju dan mencapai hasil yang memberangsangkan.


Address

Pejabat Pertanian Daerah Rompin
Kuala Rompin
26800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094147864

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Daerah Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pertanian Daerah Rompin:

Shortcuts

Share