12/06/2026
MENTERI BESAR SELANGOR SEMPURNAKAN MAJLIS PEMBUKAAN OPERASI LOJI SISA-KE-TENAGA 1, JERAM
YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Operasi Loji Sisa-Ke-Tenaga 1 (WTE) Jeram yang berlangsung di Jeram, Kuala Selangor pada 12 Jun 2026. Loji ini merupakan sebuah kemudahan moden yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh sistem pengurusan sisa pepejal serta menyokong agenda pembangunan mampan Negeri Selangor.
Loji Sisa-Ke-Tenaga 1, Jeram merupakan antara projek berimpak tinggi yang memanfaatkan teknologi terkini untuk menukarkan sisa pepejal kepada tenaga elektrik. Pelaksanaan projek ini bukan sahaja membantu mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan sampah, malah menyumbang kepada pengurangan penggunaan tanah bagi tujuan pelupusan serta meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal secara lebih lestari.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Dato' Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato' Ng Suee Lim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor merangkap EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor, serta YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
12/06/2026
PERSIDANGAN STRATA 2026: KE ARAH PENGURUSAN STRATA KELAS PERTAMA
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Persidangan Strata 2026: Ke Arah Pengurusan Strata Kelas Pertama yang berlangsung pada 11 Jun 2026 di Shah Alam, Selangor sebagai platform strategik yang menghimpunkan penggubal dasar, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pengamal industri, pemaju hartanah, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan, ejen pengurusan serta badan profesional berkaitan bagi membincangkan isu-isu semasa, cabaran dan hala tuju pengurusan strata di Malaysia.
Persidangan ini menampilkan pelbagai sesi pembentangan dan forum yang memberi tumpuan kepada aspek pengurusan operasi strata, penyerahan hak milik strata, penyelenggaraan aset bangunan serta isu perundangan yang berkaitan dengan pembangunan dan pengurusan hartanah berstrata. Program ini turut menjadi medium perkongsian amalan terbaik dan penyelesaian komprehensif ke arah memperkukuh tadbir urus strata yang lebih cekap, telus dan mampan.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS merangkap Timbalan Pesuruhjaya Bangunan 1 (COB) MPKS. Persidangan ini seterusnya telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Penganjuran persidangan ini membuktikan komitmen berterusan MPKS dalam memperkasakan pengurusan strata melalui pendekatan berasaskan ilmu, inovasi dan kolaborasi strategik demi mewujudkan komuniti yang lebih sejahtera serta pembangunan komuniti yang mampan.
11/06/2026
TIGA PREMIS BARANGAN KITAR SEMULA DIARAH TUTUP DALAM OPERASI BERSEPADU MPKS
Operasi Bersepadu Premis Barangan Kitar Semula Daerah Kuala Selangor telah dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melalui Jabatan Penguatkuasa pada 11 Jun 2026 di sekitar Batu 22 dan Batu 23 Ijok, Jalan Kepong β Kuala Selangor. Operasi yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang ini bertujuan memastikan pematuhan undang-undang dan syarat pelesenan perniagaan di samping memelihara kebersihan, keselamatan serta kelestarian alam sekitar di daerah Kuala Selangor.
Operasi bersepadu ini melibatkan seramai 32 anggota dan pegawai daripada Jabatan Penguatkuasa MPKS, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS, Jabatan Perancangan Pembangunan MPKS, Unit Korporat MPKS, IPD Sungai Buloh, Balai Polis Saujana Utama serta Jabatan Alam Sekitar (JAS). Kerjasama strategik antara agensi yang terlibat telah memastikan operasi berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak tiga premis barangan kitar semula telah diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesalahan melibatkan operasi perniagaan tanpa lesen, pembakaran terbuka, kebersihan kawasan premis yang tidak memuaskan serta pengurusan buangan elektrik dan elektronik yang tidak mematuhi peraturan semasa. Tindakan penguatkuasaan yang diambil termasuk pengeluaran kompaun, notis arahan, notis memberhentikan perniagaan, penutupan premis serta tindakan sitaan terhadap beberapa peralatan dan jentera yang digunakan di premis berkenaan.
Secara keseluruhannya, tiga premis telah diperiksa dengan dua premis didapati beroperasi dan satu premis tidak beroperasi semasa pemeriksaan dijalankan. Sebanyak tiga premis telah diarahkan tutup, empat kompaun telah dikeluarkan, lapan notis telah diserahkan kepada pemilik premis dan dua tindakan sitaan telah dilaksanakan. Jabatan Alam Sekitar turut mengambil tindakan berkaitan pengurusan buangan elektrik dan elektronik serta larangan pembakaran terbuka, manakala pihak Polis Diraja Malaysia telah membantu dari aspek kawalan keselamatan sepanjang operasi berlangsung.
MPKS akan terus memperkukuhkan usaha penguatkuasaan secara bersepadu dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap aktiviti perniagaan di daerah Kuala Selangor mematuhi syarat pelesenan dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Tindakan ini selaras dengan komitmen MPKS dalam mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat, teratur dan mampan demi kesejahteraan seluruh warga Kuala Selangor.
11/06/2026
CINTAILAH PANTAI KITA - PENANAMAN POKOK CASUARINA DI PANTAI SUNGAI BURONG π΄πβ¨
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjemput orang ramai untuk menyertai Program Cintailah Pantai Kita (Penanaman Pokok Casuarina) Tahun 2026 yang akan berlangsung dengan pelbagai pengisian menarik dan penuh kemeriahan.
π
Tarikh : 13 Jun 2026 (Sabtu)
π’ Masa : 7.30 pagi β 1.00 petang
π Tempat : Pantai Sungai Burong, Tanjong Karang (3.462349178890207, 101.1180373738423)
π Percuma T-Shirt Program
π₯ Terhad kepada 500 penyertaan terawal
β¨ Program Sampingan:
- Program Pembersihan Pantai
- Pameran Agensi
Jom sertai Program Cintailah Pantai Kita bagi memelihara khazanah alam pesisir pantai dan menyumbang ke arah persekitaran yang lebih hijau, lestari dan sejahtera untuk generasi akan datang.
π² Tekan pautan berikut untuk pendaftaran:
https://forms.gle/1VSvzJqAZsNu2iix7
11/06/2026
SIRI KONVOI 2026 | SELANGOR β TERENGGANU
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) akan mengadakan Siri Konvoi 2026 ke Negeri Terengganu pada 15 Jun 2026 bagi mempromosikan Kuala Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan sempena Tahun Melawat Selangor 2026 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Orang ramai dijemput untuk bertemu delegasi MPKS di lokasi-lokasi promosi berikut mengikut jadual perjalanan yang telah ditetapkan:
π CP1: Noor Arfa Craft Complex (NACC)
π Jangkaan tiba: 10.20 pagi
π CP2: Pasar Payang
π Jangkaan tiba: 2.00 petang
π CP3: Pantai Batu Buruk
π Jangkaan tiba: 5.00 petang
Program ini merupakan inisiatif MPKS dalam memperkenalkan keunikan produk pelancongan, warisan sejarah, budaya, gastronomi serta pelbagai tarikan menarik yang terdapat di Kuala Selangor kepada masyarakat setempat dan pelancong dari seluruh negara.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai destinasi pelancongan Kuala Selangor, aktiviti menarik serta pelbagai promosi sempena Tahun Melawat Selangor 2026.
Jumpa kami di sana!
11/06/2026
π’π½οΈ PERTANDINGAN PREMIS MAKANAN BERSIH 2026 π½οΈπ’
Peringkat Daerah Kuala Selangor
π§Ό JAGA KEBERSIHAN, TARIK PERHATIAN! π§Ό
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa semua pengusaha premis makanan yang berdaftar di Daerah Kuala Selangor untuk menyertai Pertandingan Premis Makanan Bersih 2026.
Pertandingan ini bertujuan untuk mengiktiraf premis makanan yang mengamalkan tahap kebersihan, keselamatan makanan dan pengurusan premis yang terbaik demi kesejahteraan pelanggan serta meningkatkan imej premis makanan di Daerah Kuala Selangor.
π Kategori Pertandingan
π΄ Kategori Restoran Terbuka
β Kategori Kafeteria (Berhawa Dingin)
π« Kategori Kantin Sekolah
π Hadiah Menarik Bagi Setiap Kategori
π₯ Johan β RM1,500
π₯ Naib Johan β RM1,000
π₯ Tempat Ketiga β RM500
π
Tarikh Penyertaan
18 Jun 2026 hingga 30 Jun 2026
π
Tarikh Penilaian
1 Julai 2026 hingga 31 Julai 2026
β¨ Kriteria utama penilaian meliputi:
β
Kebersihan premis
β
Kawalan makhluk perosak
β
Kebersihan pengendali makanan
β
Pengurusan sisa pepejal yang sistematik
β
Pematuhan peraturan kesihatan dan keselamatan makanan
π Sertailah pertandingan ini dan buktikan bahawa premis anda mengutamakan kebersihan, keselamatan serta keselesaan pelanggan.
Pautan penyertaan : https://forms.gle/Khww7dQ7KMjCQ5937
π¬ "Premis Bersih, Makanan Selamat, Pelanggan Meningkat!"
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
βοΈ 03-3289 1439 / 1549 / 2340
π www.mpks.gov.my
10/06/2026
JOM MERIAHKAN PROGRAM KEBUDAYAAN MPKS 2026
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Program Kebudayaan MPKS 2026 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
π
Tarikh: 20 Jun 2026 (Sabtu)
π Masa: 8.00 malam
π Lokasi: Dataran Astaka, Tanjong Karang
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk pengunjung antaranya Persembahan Silat, Persembahan Band Kebudayaan, Persembahan Muzik Cempuling, Tarian Tradisional serta Kelas Cempuling.
Program ini merupakan platform untuk memartabatkan seni, budaya dan warisan tempatan di samping mengeratkan hubungan masyarakat melalui pengisian yang santai dan bermanfaat.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik menanti anda.
Jom bawa keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama menghayati keunikan budaya serta memeriahkan Program Kebudayaan MPKS 2026.
Jumpa anda di Dataran Astaka Tanjong Karang!
09/06/2026
OBOR SUKMA XXII & PARA SUKMA 2026 KINI DI MPKS
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjadi salah satu destinasi persinggahan Obor SUKMA XXII & PARA SUKMA 2026 dalam siri jelajahnya ke seluruh Negeri Selangor.
Orang ramai dijemput hadir ke Ibu Pejabat MPKS untuk melihat dengan lebih dekat obor yang menjadi simbol semangat kesukanan, perpaduan dan kecemerlangan penganjuran temasya sukan terbesar negara.
Obor SUKMA XXII & PARA SUKMA 2026 akan berada di MPKS sehingga 12 Jun 2026 sebelum meneruskan perjalanan ke Majlis Daerah Sabak Bernam sebagai sebahagian daripada Jelajah Obor SUKMA 2026.
Ayuh bersama-sama menyemarakkan semangat SUKMA dan menyokong kejayaan Negeri Selangor.
"Rentak Kita, Aksi Kita"
09/06/2026
ANUGERAH INOVASI NEGERI SELANGOR 2026 (AINS 2026)
Inovasi adalah pemacu utama pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Sehubungan itu, penyertaan bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2026 (AINS 2026) kini dibuka.
Bertemakan "Kesejahteraan Negeri Selangor", Anugerah ini mengiktiraf inovasi yang dapat meningkatkan kecekapan dan nilai tambah selaras aspirasi pembangunan Negeri Selangor.
πJumlah Hadiah Wang Tunai Keseluruhan:
RM65,200.00
ποΈTarikh Tutup Penyertaan:
15 Julai 2026
πPenyertaan adalah PERCUMA
πPenyertaan terbuka kepada semua rakyat Negeri Selangor
πMaklumat lanjut dan pendaftaran:
Imbas kod QR pada poster untuk akses atau pautan berikut:
https://inovasi.selangor.gov.my/
Sertai kami bagi menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor yang lebih maju dan sejahtera.
07/06/2026
PELANCARAN MASKOT DAN LAGU RASMI SUKMA & PARA SUKMA SELANGOR 2026 SERTA LARIAN OBOR MERIAHKAN KUALA SELANGOR
Dataran Malawati telah dibanjiri lebih 1,000 peserta yang hadir bagi memeriahkan Program Larian Obor SUKMA & Para SUKMA Selangor 2026 Peringkat Daerah Kuala Selangor pada 6 Jun 2026
Program tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor. Antara pengisian utama program adalah pelancaran rasmi Maskot dan Lagu SUKMA & Para SUKMA Selangor 2026 yang bakal menjadi identiti serta pembakar semangat kepada seluruh kontinjen dan rakyat Selangor menjelang temasya sukan terbesar negara itu.
Majlis turut menyaksikan penyerahan Obor SUKMA Selangor 2026 oleh YBhg. Dato' Haji Abd Hamid bin Hussain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang kepada YBrs. Tuan Haji Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor sebagai simbol kesinambungan perjalanan obor ke daerah Kuala Selangor.
Kemuncak program diteruskan dengan pelepasan Larian Obor SUKMA & Para SUKMA Selangor 2026 yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi sambil disaksikan Yang Berhormat Dato' Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Larian tersebut berjaya menghimpunkan lebih 1,000 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam, badan beruniform, institusi pendidikan, pertubuhan belia dan komuniti setempat.
Penyertaan yang memberangsangkan ini mencerminkan sokongan padu masyarakat terhadap penganjuran SUKMA & Para SUKMA Selangor 2026 di samping menyemarakkan semangat kesukanan, perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat negeri Selangor.
Majlis Perbandaran Kuala Selangor merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, jabatan dan agensi yang terlibat serta seluruh warga Kuala Selangor yang telah bersama-sama menjayakan program ini.