28/12/2020
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kami ARMADA Negeri Terengganu ingin mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada YB Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin diatas lantikan sebagai Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia.
Dengan perlantikan ini, suara anak muda di Negara kita terus bertambah kuat serta dapat memperkasakan lagi Pemuda Perikatan Nasional. Laksanakan amanah yang diberikan dengan penuh amanah dan tanggungjawab, Insya Allah.
24/11/2020
Jangan lupa saksikan live rancangan Selamat Pagi Malaysia pada esok hari..
20/11/2020
Alhamdullah..PKPB di Terengganu ditamatkan bermula 21 November 2020.
Syukur..
18/11/2020
Berkesempatan minum petang bersama Puan Zaharah Manap, EXCO SRIKANDI Malaysia yang juga selaku Ketua SRIKANDI Bahagian Dungun. Turut bersama, Puan Roslilawati Mukhtar Ketua SRIKANDI Negeri Terengganu & Puan Nasuha, Naib Ketua Wanita Muda Negara Negeri Terengganu
InshaAllah Biro Perhubungan Awam ARMADA Terengganu melalui hubungan baik kami dengan pelbagai agensi kerajaan dan badan korporat merasa terpanggil untuk bersama SRIKANDI mencari jalan bagi membantu golongan wanita di negeri Terengganu dalam mengadapi kekangan kehidupan yang pastinya lebih mencabar Pasca Covid-19 nanti.
NASIRUDDIN MOHAMAD
EXCO ARMADA TERENGGANU
Pengerusi Biro Pengaduan Awam
ARMADA Terengganu
16/11/2020
YAB Perdana Menteri mendengar rintihan rakyat. Terima kasih semoga pengeluaran KWSP ini dapat mengurangkan impak ekonomi kepada yang terkesan akibat wabak Covid-19.
SOLUSI YANG LEBIH BAIK dari cadangan-cadangan lain demi membantu mereka yang terjejas. Abah PEDULI, Perikatan Nasional PRIHATIN.
14/11/2020
PERMOHONAN PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)
SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia
2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
5. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan
CARA MEMOHON
Pendaftaran secara Online dengan Melayari:
https://rmr.spnbonline.com.my/
Untuk keterangan lanjut boleh dapatkan di cawangan SPNB berdekatan atau layari
https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat-rmr/
13/11/2020
Selamat Menyambut Hari Deepavali Buat Semua Rakyat Malaysia Yang Beragama Hindu!
Walaupun tahun ini sambutan perayaan disambut secara sederhana, namun kemeriahannya tetap dapat dirasai. Dalam kegembiraan kita meraikan perlu diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.
Semoga negara kita memperoleh sinar cahaya baharu iaitu kejayaan menangani pandemik COVID-19.
Ikhlas,
NASIRUDDIN MOHAMAD
Exco Armada Terengganu
13/11/2020
8 tanggapan salah berhubung Bantuan Pembayaran Balik Pinjaman (MORATARIUM) Secara Bersasar
Tuan-tuan sekalian juga boleh menghubungi Agensi Kauseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia di cawangan negeri masing-masing untuk khidmat nasihat dan runding cara berkaitan. InshaAllah para kaunselor dan pegawai mereka sedia membantu.
11/11/2020
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم.
'Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani'
Segala puji bagi Allah SWT, tuhan sekalian alam.
"Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggung jawaban atas orang-orang yang dipimpinnya."
(Hadis Sahih Bukhari)
Hadis Rasulullah SAW ini memberi gambaran bahawa besarnya amanah yang dipikul oleh setiap daripada kita sebagai seorang pemimpin samaada dalam negara, masyarakat, kawasan kejiranan mahupun keluarga dan sanak saudara kita.
Ayuh sama berganding bahu memikul amanah ini agar yang berat mahu sama-sama kita pikul, yang ringan sama-sama kita kita jinjing.
InshaAllah komitmen kami untuk menjadi sebahagian mata rantai perjuangan membela rakyat dan penghubung yang baik di antara pihak kerajaan, badan bukan kerajaan dan masyarakat setempat.
Buat anak muda yang ingin bersama kami, tiada balasan emas permata mampu kami tawarkan, hanya Allah SWT mampu membalasnya. Boleh PM @ klik button WhatsApp di atas untuk berhubung.
Sekian.
Salam Perkenalan, Salam Ukhwah
'Siru Ala Barakatillah'
Biro Perhubungan Awam
ARMADA Terengganu
10/11/2020
Bantuan secara lebih bersasar dan terpandu sememangnya kelihatan 'tidak pop**ar', namun ianya penting untuk memastikan semua mendapat manfaat.
Ada program yang dilaksanakan secara khusus dan bersasar dirangka melalui Bajet 2021. Ada p**a bersifat umum merangkumi keperluan di bawah kementerian dan akan lebih terarah mengikut keadaan.
Apapun semuanya dilakukan hanya untuk RAKYAT MALAYSIA.
"Teguh Kita, Menang Bersama"