29/09/2026
YBrs. Dr. Zainuddin Awang @ Omar, Timbalan PIBKS Kuala Nerus, telah memenuhi jemputan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (SMKKGB) bagi merasmikan Majlis Penutup Karnival Kokurikulum pada Khamis, 24 September 2026, jam 8.00 pagi.
Majlis yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (SMKKGB) itu turut diisi dengan pelbagai pengisian program, termasuk cabutan bertuah yang berlangsung dalam suasana meriah dan mendapat penyertaan warga sekolah.
Kehadiran YBrs. Dr. Zainuddin turut menjadi tanda sokongan dan penghargaan terhadap usaha pihak sekolah dalam memperkasa aktiviti kokurikulum serta menyediakan ruang kepada murid untuk mengembangkan potensi dan bakat masing-masing.
Tahniah dan penghargaan kepada pihak SMKKGB atas penganjuran Karnival Kokurikulum serta kelancaran pelaksanaan program.