31/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Terengganu merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Semoga institusi Raja-Raja Melayu terus kekal utuh sebagai payung kedaulatan negara serta lambang perpaduan rakyat Malaysia.
๐ซ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐. ๐ซ๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐.
Sembah takzim daripada:
DCP Datoโ Mohd Khairi bin Khairudin
Ketua Polis Terengganu
dan
ACP Datin Nur Haniza Binti Jaafar
Pengerusi PERKEP Kontinjen Terengganu
31/05/2026
๐พ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐พ
Polis Diraja Malaysia Kontinjen Terengganu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai dan Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat yang meraikannya di Sabah dan Sarawak.
Semoga perayaan yang penuh makna ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua, serta terus memperkukuhkan semangat perpaduan, keharmonian dan saling menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama.
Ikhlas daripada,
DCP Datoโ Mohd Khairi bin Khairudin
Ketua Polis Terengganu
&
Seluruh Warga PDRM Kontinjen Terengganu
โ๐ฎ๐๐๐ ๐ฎ๐๐๐ ๐ฎ๐๐๐๐ ๐ต๐๐๐๐๐โ
โ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐
๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐ ๐ซ๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐โ
30/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
KUALA TERENGGANU, 30 Mei 2026 โ Program Qurban Perdana Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu telah berlangsung dengan penuh semangat gotong-royong dan penghayatan ibadah korban pada pagi ini di kediaman Ketua Polis Terengganu.
Program yang bermula pada jam 7.00 pagi itu telah dihadiri oleh YDH DCP Datoโ Mohd Khairi bin Khairudin, Ketua Polis Terengganu bersama isteri YDH ACP Datin Nur Haniza binti Jaafar, Pengerusi PERKEP Kontinjen Terengganu; SAC Suffian bin Sulaiman selaku Timbalan Ketua Polis Terengganu dan isteri, Puan Sarini binti Othman, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Terengganu, semua Ketua Jabatan IPK Terengganu dan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu serta Pegawai dari MAIDAM.
Dalam program berkenaan, sebanyak lima ekor lembu telah dikorbankan sebagai memenuhi tuntutan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha. Aktiviti penyembelihan dan pengagihan daging korban turut dilaksanakan secara bergotong-royong dengan penglibatan warga IPK Terengganu. Daging qurban bukan sahaja diagihkan kepada warga PDRM malah turut mendapat bahagian adalah golongan asnaf yang diwakili oleh En Ahmad Azwan bin Jusoh dan Puan Nur Syuhada bt Nazeri, iaitu senarai wakalah dari MAIDAM.
Program ini bukan sahaja bertujuan menghayati pengorbanan dan nilai-nilai murni yang dituntut dalam Islam, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat kerjasama dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu.
Majlis berlangsung dengan lancar dan penuh harmoni, mencerminkan komitmen warga IPK Terengganu dalam memupuk nilai kebersamaan serta semangat kekeluargaan melalui penganjuran program keagamaan dan kemasyarakatan.
26/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Ketua Polis Terengganu, DCP Datoโ Mohd Khairi bin Khairudin bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Terengganu, ACP Datin Nur Haniza binti Jaafar serta Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC Suffian bin Sulaiman bersama Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Terengganu, Puan Sarini binti Othman mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Terengganu khususnya yang beragama Islam.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. Raikanlah hari mulia ini dengan penuh kesyukuran serta semangat saling membantu dan prihatin terhadap insan di sekeliling.
26/05/2026
Hari Arafah 2026 / 1447H
Hari Arafah adalah antara hari yang paling istimewa dalam Islam, hari penuh rahmat, keampunan dan doa-doa yang mustajab.
Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Selasa, 26 Mei 2026 bersamaan 9 Zulhijah 1447 Hijrah.
Rebutlah peluang yang datang hanya sekali setahun ini dengan memperbanyakkan doa, zikir dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita, mengampuni dosa-dosa kita dan mengurniakan keberkatan dunia serta akhirat. Aamiin Ya Rabbal โAlamin
26/05/2026
Manfaatkan hujung minggu anda dengan masa yang berkualiti bersama keluarga
25/05/2026
KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH
Penjenayah Tumpas Dalam Kejadian Berbalas Tembakan.
25/05/2026
KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH
Tangkapan 1 Lelaki Terlibat dalam Kumpulan Jenayah Terancang - Geng Rames.
25/05/2026
KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK
Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Dalam Menumpaskan Aktiviti Penyalahgunaan Dadah dan Aktiviti Tidak Bermoral (Private Party).
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM
25/05/2026
JANGAN JADIKAN JALAN RAYA SEBAGAI TREK SENAMAN!
Menjaga kesihatan melalui aktiviti berjoging atau bersenam sememangnya amalan yang baik, namun aspek keselamatan tidak boleh diabaikan. Jalan raya bukan lokasi yang sesuai untuk aktiviti riadah kerana risiko kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa, terutamanya ketika waktu malam, hujan atau di laluan yang sibuk dengan kenderaan.
Orang ramai disarankan memilih kawasan yang lebih selamat seperti taman rekreasi, trek joging atau stadium bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Selain itu, sentiasalah peka dengan keadaan sekeliling, memakai pakaian berwarna cerah atau reflektif serta mengelakkan penggunaan fon telinga pada tahap bunyi yang terlalu kuat ketika bersenam.
Ingat, keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain adalah tanggungjawab bersama. โค๏ธ
โKesihatan itu penting, tetapi keselamatan lebih utama.โ
#25052026