Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Terengganu

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Terengganu

Share

Pentadbiran Tanah Negeri Terengganu

21/05/2026
21/05/2026

Kuliah Dhuha Jemputan
Ybhg Ustaz Kamaruzan bin Abdullah
21 Mei 2026
Khamis
9.00 pagi
Bilik Mesyuarat Tingkat 7,
Pejabat PTG

20/05/2026

MAKLUMAN PENTING CUKAI TANAH NEGERI TERENGGANU

Dimaklumkan bahawa bermula September 2024, Pentadbiran Tanah Negeri Terengganu tidak lagi mengeluarkan bil cukai tanah kepada pemilik tanah.

Semua pemilik tanah adalah bertanggungjawab untuk menyemak serta menjelaskan cukai tanah masing-masing sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan denda lewat bayar dan tindakan perampasan/dilucuthak.

🗓️ Tempoh bayaran cukai tanah:
✔️ 1 Januari – 31 Mei setiap tahun
⚠️ Bayaran mulai 1 Jun - 31 Disember akan dikenakan denda lewat bayar.

💻 Bayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui:
* Portal e-Tanah Terengganu
* TPay Terengganu
* JomPAY
* Maybank2u

🏢 Bayaran juga boleh dibuat di kaunter Pejabat Tanah berdekatan.

Sila semak maklumat lanjut di:
https://etanah.terengganu.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml

Photos from Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Terengganu's post 13/05/2026

13 Mei 2026, satu Lawatan Kunjung Hormat dan Perbincangan berkaitan dasar serta kadar royalti perlombongan bijih besi bersama RISDA Estates Sdn. Bhd. iaitu Encik M. Azmi bin Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif serta beberapa pegawai daripada RISDA Estates Sdn. Bhd. yang turut disambut oleh Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), En. Kamal bin Mansor. Semoga perbincangan ini dapat memperkukuhkan kerjasama strategik serta memberi manfaat kepada semua pihak.

Photos from Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Terengganu's post 12/05/2026

Lambaian Kaabah - Mengiringi keberangkatan YBhg. Dato’ Ab Rasid bin Jusoh & To’ Puan Munawarah binti Haron ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 1447H/2026M. Semoga perjalanan ke Tanah Suci Mekah dipermudahkan, diberi kesihatan yang baik dan mendapat haji yang mabrur. Semoga YBhg Dato' & To' Puan sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat Allah SWT sepanjang berada di tanah suci Mekah dan kembali ke tanah air dengan selamat serta membawa keberkatan kepada semua.

Turut hadir bagi mengiringi beliau adalah YB. Dato’ Haji Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu; YB. Dato’ Haji Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu; YBhg. Dato’ Nara Setia serta pegawai-pegawai dari PTG Terengganu.

30/04/2026

Selamat Hari Pekerja

Terima kasih kepada semua pekerja hebat yang sentiasa memberi komitmen yang terbaik setiap hari.

Ikhlas daripada
YBhg Dato Ab Rasid bin Jusoh dan seluruh warga kerja Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu

Photos from Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Terengganu's post 29/04/2026

Pada 29 April 2026 (Rabu) telah diadakan satu kunjungan hormat dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu.
Delegasi ini diketuai oleh En Muhammad Rosli bin Muhammad Ja’afar, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Kemajuan Pengurusan & Perundangan (SKPP) bersama beberapa pegawai daripada setiap bahagian. Turut dihadiri juga, Pengarah JKPTG Terengganu, Pn Siti Salmi binti Mohd serta beberapa barisan pegawai dari JKPTG Trg. Kunjung hormat ini adalah bagi memperkukuh hubungan kerjasama dan membincangkan hal-hal berkaitan dengan pentadbiran tanah secara lebih strategik serta berkesan.

Photos from Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Terengganu's post 29/04/2026

Pada 29 April 2026 (Rabu), satu kunjung hormat dan libat urus daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama dengan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu di Pejabat PTG Terengganu. Kunjung hormat ini adalah bagi membincangkan isu serta perkembangan projek perolehan tanah Tenaga Nasional Berhad (TNB) di negeri Terengganu. Sehubungan dengan itu, kunjung hormat ini telah diketuai oleh Pengurus Besar Land Management Unit, Ibu Pejabat TNB, En Muhammad Syafi’i bin Gampang serta beberapa orang pegawai kanan TNB. Selain itu, kunjung hormat ini juga adalah untuk memperkukuhkan lagi kerjasama strategik serta menyelaras pelaksanaan urusan perolehan tanah secara lebih efektif dan terancang.

Photos from Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Terengganu's post 23/04/2026

📍 Sesi Libat Urus Hakmilik Strata – Terengganu

Pada 13 April 2026, Bahagian Hakmilik Strata dan Stratum, JKPTG telah mengadakan sesi libat urus bersama agensi berkaitan termasuk Pejabat Tanah dan Galian Negeri Terengganu, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Terengganu.

Fokus utama lawatan ini adalah untuk meneliti isu perumahan berstrata yang masih belum mempunyai hakmilik strata, melibatkan:
🏢 Pangsapuri Warisan XI
🏢 Pangsapuri Sri Ladang
🏢 Pangsapuri Jernih
🏢 Pangsapuri Cherong Lanjut

Turut dibincangkan adalah punca kegagalan permohonan terdahulu serta proses dan penyediaan dokumen bagi tujuan permohonan pembiayaan melalui Tabung Khas Hakmilik Strata (TKHS).

Inisiatif turun padang ini mencerminkan komitmen berterusan JKPTG dalam membantu skim perumahan berstrata, khususnya kategori kos rendah dan sederhana rendah, untuk mendapatkan hakmilik strata.

Sejak 2018, TKHS telah memainkan peranan penting dalam mempercepatkan proses permohonan hakmilik strata, sekali gus melindungi hak pemilik dan memastikan pengurusan harta bersama yang lebih sistematik dan efisien.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Terengganu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Tingkat 7 Dan 11, Wisma Darul Iman
Kuala Terengganu
20576

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00