27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh warga PERKEP Pasukan Simpanan Persekutuan dan keluarga tersayang.
Sempena Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.
Semoga segala pengorbanan dan amal ibadah kita diterima serta diberkati, dan semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta kekuatan dalam menjalani kehidupan seharian.
Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.
21/05/2026
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Tarikh : 16/05/2026 (Sabtu)
Masa : 0930 hrs hingga selesai
Tempat : Unit 3 PSP Pulau Pinang dan lawatan ke kilang jeruk Pak Ali di SPS.
Kehadiran VIP :
1. ๐๐๐ก๐ . ๐๐ฎ๐๐ง ๐๐จ๐ซ๐๐๐ซ๐๐ฌ๐ก๐ ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐๐ก, ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฌ๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐ข๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
2. ๐๐๐ก๐ . ๐๐ฎ๐๐ง ๐๐จ๐ซ ๐
๐๐๐ก๐ข๐ฅ๐ฅ๐๐ก ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐๐ก๐ฒ๐, ๐๐๐ข๐ ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฌ๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐ข๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
Kehadiran dari PERKEP Unit 6 PSP :
1. ๐๐ฎ๐๐ง ๐๐ข๐ค ๐
๐๐ซ๐ข๐ณ๐๐ง ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐๐ง ๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐ฌ๐ก๐ข๐, ๐๐๐ข๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐ข๐ญ ๐ ๐๐๐
2. Puan Wan Maziah Binti Wan Abdul Rahman
3. Puan Zuraida Binti Yusoff
4. Puan Siti Hawa binti Osman
5. Puan Mazita Binti Majid
Alhamdulillah,program berjalan dengan lancar.
Sekian,Terima Kasih.
03/05/2026
Penggunaan AI merupakan satu kelebihan yang signifikan dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian visual, khususnya dari segi kreativiti, kecekapan serta keupayaan menghasilkan bahan yang lebih menarik dan profesional. Perkembangan teknologi ini membuka ruang kepada penghasilan reka bentuk yang lebih kemas, dinamik dan berimpak tinggi selaras dengan keperluan komunikasi masa kini.
Walau bagaimanapun, penggunaannya hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab serta berlandaskan prinsip integriti. Kebebasan berkreativiti tidak boleh mengatasi batas yang telah ditetapkan, terutamanya apabila melibatkan elemen rasmi organisasi. Sebarang pengubahsuaian terhadap ciri-ciri asal seperti bentuk, warna dan nisbah bagi elemen identiti rasmi boleh menjejaskan keaslian serta memberi implikasi negatif terhadap imej dan kredibiliti.
Sehubungan itu, setiap hasil suntingan perlu menitikberatkan aspek hormat dan profesionalisme. Elemen rasmi organisasi bukan sekadar komponen visual, malah melambangkan identiti, kepercayaan serta tanggungjawab yang perlu dipelihara. Pematuhan kepada garis panduan sedia ada adalah penting bagi memastikan setiap bahan yang dihasilkan kekal tepat, sahih dan berintegriti.
Kesimpulannya, penggunaan AI perlu dimanfaatkan secara bijak dengan mengekalkan keseimbangan antara kreativiti dan pematuhan kepada peraturan. Pendekatan ini penting bagi memastikan kualiti penyampaian visual terus dipertingkatkan tanpa menjejaskan imej serta nilai rasmi organisasi.
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
01/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2026
โPekerja Madani Kesuma Bangsaโ
Seluruh warga Pasukan Simpanan Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga kerja PDRM khususnya warga PSP atas segala komitmen, pengorbanan serta dedikasi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi keselamatan, keamanan serta kesejahteraan negara.
Semoga sambutan Hari Pekerja pada tahun ini menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, disiplin dan semangat kebersamaan.
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026
1 Mei 2026
16/02/2026
๐๐ด๐ป๐ฐ๐ผ๐ฐ๐ ๐๐ฐ๐ท๐๐ฝ ๐ฑ๐ฐ๐ท๐ฐ๐๐ ๐ฒ๐ธ๐ฝ๐ฐ ๐ธ๐ถ๐ธ๐ผ
Seluruh warga Unit 6 Pasukan Simpanan Persekutuan mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya.
Semoga sambutan tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan serta kemakmuran yang berterusan kepada anda dan keluarga tercinta.
Dalam kepelbagaian, kita terus memperkukuh perpaduan demi keamanan dan kesejahteraan negara.
Gong Xi Fa Cai!
13/02/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ ๐
๐ฎ๐ง ๐๐๐ฅ๐ค
TARIKH : 13 Februari 2026 (Jumaat)
MASA : 7.30 Pagi - 11.00 Pagi
TEMPAT : Kg Jerong Tuan, Marang
TEMA : Orang Kampung
๐ข๐๐๐๐๐ง๐๐
โ
Menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta melalui aktiviti berjalan santai secara berkumpulan.
โ
Memupuk semangat kekitaan dan silaturahim antara peserta dalam suasana santai dan menyeronokkan.
โ
Menghidupkan semula nostalgia dan warisan kampung, selari dengan pemakaian tradisional serta elemen budaya tempatan.
โ
Menikmati keindahan alam dan menyemai kesedaran terhadap kepentingan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan kaki.
โ
Meningkatkan kesihatan fizikal dan membentuk disiplin diri para peserta.
โ
Mengeratkan hubungan sillaturahim di antara ahli PERKEP Unit 6 PSP yang menyertai program ini.
๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ฅ๐ง๐๐๐ก
โ
22 orang peserta terdiri daripada AJK dan ahli PERKEP Unit 6 PSP&11 orang RENAPOL
Alhamdulillah, secara Keseluruhan program ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya untuk memupuk kesedaran terhadap kepentingan gaya hidup sihat melalui aktiviti bersukan.
Sekian, Terima Kasih.
13/02/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
๐๐๐๐๐๐๐ '๐๐ข๐ง๐๐ฎ ๐๐๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐๐'(๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐)
Tarikh : 12/2/2026 ( Khamis)
Tempat : Masjid Bukit Payong
Masa : 8.30 pagi
PEMBIMBING :
Ustzh Hajah Wan Zaiton bt Wan Yahya
Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar.
Sekian,Terima Kasih.