MARDI Terengganu

Call Directions Website

MARDI Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MARDI Terengganu, Government Organization, KM 10 Jalan, Kuala Terengganu.

📣 HEBAHAN KURSUS 📣📍 LATIHAN HANDS ON ASAS TEKNOLOGI KURSUS FORMULASI DAN PEMBUATAN MAKANAN AYAM📍 31 JULAI - 1 OGOS 2024📍...
27/06/2024

📣 HEBAHAN KURSUS 📣
📍 LATIHAN HANDS ON ASAS TEKNOLOGI KURSUS FORMULASI DAN PEMBUATAN MAKANAN AYAM
📍 31 JULAI - 1 OGOS 2024
📍 DEWAN MOKARA, KOMPLEKS LATIHAN MARDI & UNIT UNGGAS PUSAT LS, IBU PEJABAT MARDI

🔎 OBJEKTIF KURSUS
📎 Latihan hands on ini merupakan sebahagian daripada aktiviti dalam projek Pertanian Organik Ayam Saga di bawah Dana Jaminan Makanan, KPKM. Kursus ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman dalam memberi maklumat berkaitan Teknologi Penternakan Ayam kepada peserta program. Beberapa topik ceramah telah diaturkan termasuklah asas nutrisi dalam makanan ayam, jenis makanan mengikut tumbesaran ayam, faktor-faktor mempengaruhi tumbesaran ayam, daya maju dan pelaburan kewangan serta formulasi dan pembuatan makanan ayam. Selain daripada itu latihan ini juga akan dijadikan platform bagi peserta penternak dan penceramah untuk berbincang dan saling berkongsi maklumat dan pengalaman masing - masing dalam bidang penternakan ayam.

🖇 Melaksanakan pemindahan teknologi secara terus melalui latihan secara fizikal kepada golongan sasar mengenai Teknologi Formulasi dan Pembuatan Makanan Ayam.
🖇 Meningkatkan ilmu pengetahuan asas di kalangan peserta mengenai penternakan khususnya penternakan ayam.

📱 Daftar dengan "SCAN QR CODE" di poster atau klik pautan dibawah dan terbuka kepada 50 peserta terawal sahaja.

💻https://forms.gle/DzNxmCFJYsHNvLFF8

📱Terbuka kepada semua peringkat umur.
📱 Urus setia akan menghubungi peserta yang terpilih.

*Penginapan tidak disediakan oleh Urus setia*.

Sebarang pertanyaan boleh emel kepada :
📧 [email protected]





TARIKH : 31/07/2024 - 01/08//2024 (RABU-KHAMIS) TEMPAT : DEWAN MOKARA, KOMPLEKS LATIHAN MARDI, MARDI SERDANG MASA : 8.30 PAGI - 2.00 PETANG PESERTA : 50 ORANG Latihan hands on ini merupakan sebahagian daripada aktiviti dalam projek Pertanian Organik Ayam Saga di bawah Dana Jaminan Makanan, KPKM. Kur...

HEBAHAN PROGRAM RURAL BUSINESS CHALLENGE (RBC) 2.0 ANJURAN KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) DENGAN PENAWARAN...
16/01/2024

HEBAHAN PROGRAM RURAL BUSINESS CHALLENGE (RBC) 2.0 ANJURAN KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) DENGAN PENAWARAN GERAN SEHINGGA RM15 JUTA

Dengan hormatnya saya diarah untuk merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman YBrs. Dr./Tuan/Puan, Program Rural Business Challenge (RBC) 2.0 telah dilancarkan pada 24 November 2023 yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan golongan muda luar bandar dalam bidang keusahawanan berteraskan sektor pertanian, pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan desa. Jumlah keseluruhan geran bagi pengembangan perniagaan yang ditawarkan adalah berjumlah RM15 juta dengan beberapa syarat umum seperti berikut:

i) berumur antara 18 hingga 40 tahun;
ii) usahawan muda yang mempunyai perusahaan dan premis perniagaan yang beroperasi, berlesen dan bertapak di kawasan luar bandar;
iii) mempunyai Perniagaan Milikan Tunggal, Perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Ordinan Perniagaan di Sabah dan Sarawak serta telah beroperasi melebihi 3 tahun; dan
iv) hanya terbuka kepada kategori pengembangan perniagaan sahaja.

3. Sehubungan itu, agropreneur muda yang berminat boleh melayari laman web RBC 2.0 di pautan https://www.rbc2u.com/utama bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penganjuran program ini yang bakal ditutup pada 31 Januari 2024, seperti mana ringkasan poster hebahan di lampiran. Justeru, dengan hormatnya dimohon kerjasama YBrs. Dr./Tuan/Puan untuk memanjangkan hebahan program ini kepada pegawai, agropreneur muda dan pihak berkaitan.

4. Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian, Salam hormat.

Syarikat ini telah berjaya memenangi anugerah E50 COMPANY TAHUN 2019 – SME CORPORATION MALAYSIA dan Anugerah Ikon Agro Selangor 2020 oleh Kerajaan Negeri Selangor.

13/02/2023
13/02/2023
01/01/2023

Laman Web Rasmi MARDI

Sukan Mafi Inc Seminar kecergasan Mafi Inc Terengganu
20/09/2022

Sukan Mafi Inc Seminar kecergasan Mafi Inc Terengganu

10/03/2022

Jom join program Agropreneur Muda MARDI Terengganu

15/02/2022

Program MyRakyat📢📢📢
Program MyRakyat📢📢📢
Program MyRakyat📢📢📢

Kami Menawarkan Jualan Istimewa Barangan Segar dan Barangan Keperluan Pelbagai Produk pilihan..

📆 24 Februari 2022 (Khamis)
⏰ 8.00 Pagi - 4.30 Petang
📌 Pelabuhan LKIM Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu

Antara Jualan Menarik Yang Akan Berlangsung
🌼 Jualan Produk IAT
🌼 Jualan Produk Segar
🌼 Jualan "Happy Hour"
🌼 Demonstrasi & Uji Rasa
🌼 Jualan Istimewa Produk Q-Fish & Bihun Agromas

Jom datang beramai-ramai ke Pelabuhan LKIM Chendering, Kuala Terengganu ❗❗❗

Mari pakat gi blake seme, Produk segor, harge berpatutan, jimat belanje dan usahawan pun baik - baik blake 😁🏃‍♂️👫🚴‍♂️

𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗮𝘁𝘂𝗵𝗶 𝗦𝗢𝗣 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻..

Semua dijemput hadir...
Pakat mari ramai2...


23/01/2022

IKA ANDA USAHAWAN MUDA TIDAK ADA MASALAH, INI BUKAN UNTUK ANDA
Apa masalah yang sering usahawan muda hadapi?
1️⃣ Usahawan muda seringkali tidak dapat mengenalpasti jenis perniagaan yang ingin mereka mulakan dan kurang mahir menentukan jenis perniagaan yang ingin dimulakan seperti produk atau perkhidmatan.
2️⃣ Kurang idea dan pengetahuan teknikal untuk menentukan perancangan dalam menentukan produk, pasaran dan lain-lain.
⏭️ Akibatnya, gagal dan kecundang ditengah jalan.
❎ Jangan biarkan anda digelar Usahawan Muda LEMAH!!!
‼️ Jommm... Bangkit semula dengan bersama Agropreneur Muda MARDI.
Bagaimana?? Click ja link 👇👇👇
http://eyouth.mardi.gov.my/
http://eyouth.mardi.gov.my/
http://eyouth.mardi.gov.my/
http://eyouth.mardi.gov.my/
💲🎵🎶 Rancakkan kembali perniagaan anda dengan idea-idea dan konsep keusahawanan moden, asas rancangan perniagaan dan teknologi asas berkaitan tanaman dan pemprosesan makanan (industri asas tani)
👁️‍🗨️ Kami sedia membantu anda

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah menetapkan syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda MARDI adalah seperti berikut:-

Address

KM 10 Jalan
Kuala Terengganu
21200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARDI Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share