Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Terengganu

Call Directions Website

Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Terengganu Akaun Facebook Rasmi Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Negeri Terengganu Darul Iman

KURSUS PENGURUSAN RACUN MAKHLUK PEROSAK SECARA BERHEMAHTARIKH:  8 SEPTEMBER 2026TEMPAT: BANGUNAN KRT KAMPUNG ALUR KETITI...
09/09/2026

KURSUS PENGURUSAN RACUN MAKHLUK PEROSAK SECARA BERHEMAH

TARIKH: 8 SEPTEMBER 2026
TEMPAT: BANGUNAN KRT KAMPUNG ALUR KETITIR, MARANG TERENGGANU.

BKRPB dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Marang telah menganjurkan Kursus Pengurusan Racun Perosak Secara Berhemah bertempat di Bangunan KRT Kampung Alur Ketitir, Marang.

Kursus yang melibatkan penyertaan daripada petani-petani di kawasan daerah Marang ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada peserta berkaitan kaedah pemilihan, pengendalian dan risiko racun makhluk perosak bagi pengguna dan tanaman.

Peserta turut diberikan penerangan berkaitan bahan-bahan yang digunakan, kaedah penyediaan, teknik penggunaan serta langkah-langkah keselamatan dalam pengendalian racun makhluk perosak.





30/08/2026
Selamat menyambut  Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 69 tahun dari kami warga BKRPB Terengganu.
30/08/2026

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 69 tahun dari kami warga BKRPB Terengganu.



28/08/2026

Pegawai Pertanian Daerah Kemaman dinobat 100 Wira Wanita Food and Agriculture Organization of The United Nation (FAO)
Seluruh warga kerja Jabatan Pertanian merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pegawai Pertanian Daerah Kemaman, Terengganu, Puan Nur Shazwani Mohd Salleh atas kejayaan membanggakan apabila terpilih sebagai salah seorang penerima sulung pengiktirafan “FAO 100 Women Heroes in Agrifood Systems and Rural Development.”
Pengiktirafan berprestij oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) itu diberikan selepas melalui proses pemilihan global yang sangat kompetitif, melibatkan lebih 600 pencalonan dari lebih 131 negara.
Kepimpinan, dedikasi dan impak yang ditonjolkan oleh beliau dalam mentransformasikan sistem agromakanan, meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar serta memperkasa komuniti telah menyerlahkan pencalonannya di peringkat antarabangsa.
Pengiktirafan ini turut membawa makna istimewa kerana diadakan bersempena Tahun Antarabangsa Peladang Wanita 2026, sekali gus mengangkat sumbangan wanita dalam sektor pertanian, keusahawanan, khidmat masyarakat dan pembangunan luar bandar.
Beliau dijadualkan menerima pengiktirafan tersebut dalam majlis khas sempena program utama World Food Forum (WFF) di ibu pejabat FAO, Rom, Itali, pada 12 hingga 16 Oktober 2026.
Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan Jabatan Pertanian, malah turut mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Syabas dan tahniah, Puan Nur Shazwani, semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Jabatan Pertanian, khususnya golongan wanita, untuk terus mencipta kecemerlangan.



YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Datuk Chan Foong Hin 陈泓缣
YBhg Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar
Ketua Pengarah Pertanian
Jabatan Pertanian Negeri Terengganu
Pejabat Pertanian Daerah Kemaman

27/08/2026

Tahukah anda bagaimana racun perosak translaminar atau dipanggil ‘sistemik lokal’ bekerja? Ikuti penerangan ringkas yang disediakan.


27/08/2026
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M
Semoga kita mencontohi peribadi mulia Rasulullah SAW serta mengahayati Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
Di bulan yang penuh barakah ini, kita perbanyakkan doa dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
''Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik bagi kamu iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH SWT dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia juga banyak menyebut dan memperingati Allah (dalam masa susah dan senang)," - Surah al-Ahzab ayat 21.
Amiin Ya Rabbal Alamin
“MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI.”
Ikhlas daripada Ketua Pengarah seluruh warga Jabatan Pertanian


Address

BAHAGIAN KAWALAN RACUN PEROSAK DAN BAJA, JABATAN PERTANIAN NEGERI TERENGGANU, KM. 7 Jalan KUALA BERANG
Kuala
20050

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 15:00
Sunday 08:30 - 16:30

Telephone

+6096301140

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share