01/06/2026
๐๐๐๐๐ฆ๐จ๐ก๐๐๐๐ช๐
Seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada PI Mohd Ridhwan bin Mohammad, Pejabat Imigresen Cawangan Chukai, atas pemergian ayahanda tercinta yang telah kembali ke rahmatullah pada Isnin, 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa-dosanya, melapangkan kuburnya, menerangi tempat persemadiannya serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Semoga PI Mohd Ridhwan bin Mohammad dan seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi saat yang penuh ujian ini.
Al-Fatihah.
01/06/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐๐จ๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ช๐๐
๐ญ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ - Seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada masyarakat Dayak dan seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.
Semoga sambutan ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, keharmonian serta penghargaan terhadap kepelbagaian adat dan warisan budaya negara.
Gayu Guru Gerai Nyamai
Semoga panjang umur, sihat dan sejahtera.
Ikhlas daripada
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu
dan seluruh warga
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu
01/06/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐จ๐๐๐ก๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ง๐จ๐๐ ๐๐-๐ฒ๐ด
๐ญ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Tentera Udara Diraja Malaysia sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-68.
Semoga TUDM terus unggul sebagai benteng pertahanan udara negara, dengan penuh dedikasi, keberanian dan kesiapsiagaan dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara Malaysia.
Ikhlas daripada
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu
dan seluruh warga
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu
31/05/2026
๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฌ๐จ ๐ง๐จ๐๐ก๐๐จ
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada seluruh warga kerja Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu.
31/05/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐๐จ๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐ช๐๐ฆ๐๐
๐ฏ๐ญ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ - Seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha dan rakyat Malaysia yang meraikannya.
Semoga sambutan Hari Wesak membawa kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua serta terus menyemai semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk negara ini.
Ikhlas daripada
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu
dan seluruh warga
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu
29/05/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐๐จ๐ง ๐ฃ๐๐ฆ๐ง๐ ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก
๐ฏ๐ฌ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada masyarakat Kadazan-Dusun dan seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.
Semoga sambutan ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, keharmonian serta penghargaan terhadap warisan budaya yang menjadi kebanggaan negara.
Kaamatan diraikan, warisan budaya terus dimartabatkan.
Ikhlas daripada
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu
dan seluruh warga
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu
26/05/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐๐ฌ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ฎ๐ณ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | ๐ญ๐ฌ ๐ญ๐๐น๐ต๐ถ๐ท๐ท๐ฎ๐ต ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐
Seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa makna pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Dalam semangat Aidiladha, marilah kita terus memperkukuh nilai kesabaran, kesyukuran dan kebersamaan demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
Ikhlas daripada
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu
dan seluruh warga
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu
25/05/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐๐จ๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐
๐ฎ๐ฒ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | ๐ต ๐ญ๐๐น๐ต๐ถ๐ท๐ท๐ฎ๐ต ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐
Seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Arafah kepada seluruh umat Islam.
Semoga hari yang penuh keberkatan ini menjadi ruang untuk kita memperbanyakkan doa, memohon keampunan serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.
โTiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hamba-Nya daripada api neraka selain Hari Arafah.โ
โ Riwayat Muslim
Ikhlas daripada
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu
dan seluruh warga
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu
25/05/2026
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ก๐จ ๐๐๐. ๐ฐ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐๐จ๐๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ก๐จ, ๐ฎ๐ฑ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ - Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan JIM Negeri Terengganu Bil. 4/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Wisma Persekutuan Kuala Terengganu.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mohd Yusri bin Mohd Nor, Pengarah Imigresen Negeri Terengganu dan dihadiri oleh ketua-ketua bahagian serta ketua-ketua cawangan JIM Negeri Terengganu.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran, pengurusan operasi, penyampaian perkhidmatan serta pelaksanaan agenda jabatan di peringkat negeri bagi memastikan segala perancangan dan tindakan dapat dilaksanakan secara tersusun, berkesan dan selaras dengan hala tuju Jabatan Imigresen Malaysia.
JIM Negeri Terengganu sentiasa komited dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan mutu perkhidmatan serta memastikan setiap bahagian dan cawangan terus bergerak seiring dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.