31/12/2025
|| PEMBUBARAN DEMOCRATIC STUDENT ALLIANCE (DSA) SESI 2025/2026 & PENUBUHAN GERAKAN DEMOKRAT UMT ||
DSA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menyokong segala usaha yang dibuat oleh DSA sepanjang bertapak di UMT.
Walaupun perjuangan kami terhenti di sini, tidak semestinya kami akan berhenti untuk memperjuangkan hak mahasiswa. Kami tetap bersama mahasiswa UMT.
Ikhlas Daripada,
Democratic Student Alliance UMT
Sesi 2025/2026.
21/10/2025
[ KENYATAAN MEDIA: KETIDAKLIBATAN GERAKAN MAHASISWA DEMOCRATIC STUDENT ALLIANCE (UMT) DI DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) UMT SESI 2025/2026. ]
Democratic Student Alliance (DSA) ingin mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung persiapan dan pelaksanaan Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi sesi ini. Kenyataan ini bertujuan untuk menjelaskan pendirian dan peranan yang akan dimainkan oleh DSA sepanjang tempoh kritikal demokrasi pelajar ini.
DSA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon yang telah mengesahkan penyertaan dan bersedia untuk bertanding dalam PRK kali ini. Kami sangat menghargai keberanian dan kesediaan anda untuk memikul amanah kepimpinan. Dalam semangat persaingan yang sihat, kami menyeru agar seluruh proses pilihan raya, dari kempen hingga hari pengundian, dapat berjalan dengan lancar, tertib, beretika tinggi, dan bebas sepenuhnya daripada sebarang unsur 'permainan kotor' mahupun gerakan tersembunyi yang boleh merosakkan imej demokrasi pelajar.
Setelah kami melakukan perbincangan dan pertimbangan secara dalaman, secara rasminya DSA telah membuat keputusan strategik untuk tidak bertanding serta tidak membawa calon dalam PRK sesi ini. Kami lebih percaya bahawa terdapat peranan yang lebih penting yang perlu dilakukan oleh kami pada saat ini demi kepentingan seluruh pelajar UMT.
(Sambungan di komen)
31/08/2025
|| SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-68 ||
Democratic Student Alliance (DSA) ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-68 kepada seluruh warga Universiti Malaysia Terengganu dan seluruh rakyat Malaysia.
Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan yang sebenar dan meneruskan semangat perjuangan generasi terdahulu dengan menanam nilai patriotisme, perpaduan, dan tanggungjawab dalam diri setiap warganegara.
Semoga Malaysia terus maju, aman, dan sejahtera di bawah panji Malaysia Madani.
24/08/2025
|| PENCARIAN MAJLIS PIMPINAN DEMOKRATIK ||
Democratic Student Alliance (DSA) kini membuka pencarian calon bagi Majlis Pimpinan Demokratik Sesi 2025/2026.
Kami mengalu-alukan penyertaan daripada mahasiswa yang bersedia memimpin, menyuarakan pandangan, dan memperjuangkan kepentingan komuniti kampus.
Borang pencalonan boleh diisi melalui pautan berikut:
https://forms.gle/rhztGGuSAzA1j1zV8
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Ham: +60 17-977 5778
Syamil: +60 11-2100 1700
Ikhlas daripada,
Democratic Student Alliance
Sesi 2024/2025
12/06/2025
|| YANG DAH PERGI, HORMATI MEREKA – BUKAN MASA UNTUK MENGHUKUM ||
Democratic Student Alliance (DSA) menggesa agar semua pihak lebih sensitif dan berempati dalam mengulas insiden kemalangan yang melibatkan mahasiswa UPSI baru-baru ini.
Kenyataan tidak beretika oleh seorang individu bergelar pendidik, yang mempertikaikan pemergian mangsa dengan mengatakan mereka “pergi dalam keadaan tidak baik”, adalah amat tidak wajar dan menyakitkan hati banyak pihak, terutamanya keluarga mangsa.
Sebagai warga pendidik, seseorang itu seharusnya lebih berhati-hati dalam menzahirkan pandangan dan apatah lagi dalam isu melibatkan kehilangan nyawa. Ungkapan sedemikian tidak hanya tidak berasas, tetapi juga mencerminkan kegagalan memahami adab sosial dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.
DSA turut menegaskan bahawa menurut pandangan jumhur ulama, pemergian akibat kemalangan ketika menuntut ilmu dikategorikan sebagai mati syahid dan ia merupakan satu bentuk kemuliaan, bukan penghinaan.
Sehubungan itu, DSA menggesa pihak berwajib seperti JPN dan KPM agar mengambil tindakan tegas dan wajar terhadap individu terbabit demi menjaga nama baik institusi pendidikan serta emosi ahli keluarga yang sedang berduka.
Kami berdiri teguh bersama keluarga mangsa dan seluruh mahasiswa dalam saat sukar ini.
12/06/2025
|| YANG DAH PERGI, HORMATI MEREKA – BUKAN MASA UNTUK MENGHUKUM ||
Democratic Student Alliance (DSA) menggesa agar semua pihak lebih sensitif dan berempati dalam mengulas insiden kemalangan yang melibatkan mahasiswa UPSI baru-baru ini.
Kenyataan tidak beretika oleh seorang individu bergelar pendidik, yang mempertikaikan pemergian mangsa dengan mengatakan mereka “pergi dalam keadaan tidak baik”, adalah amat tidak wajar dan menyakitkan hati banyak pihak, terutamanya keluarga mangsa.
Sebagai warga pendidik, seseorang itu seharusnya lebih berhati-hati dalam menzahirkan pandangan dan apatah lagi dalam isu melibatkan kehilangan nyawa. Ungkapan sedemikian tidak hanya tidak berasas, tetapi juga mencerminkan kegagalan memahami adab sosial dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.
DSA turut menegaskan bahawa menurut pandangan jumhur ulama, pemergian akibat kemalangan ketika menuntut ilmu dikategorikan sebagai mati syahid ia merupakan satu bentuk kemuliaan, bukan penghinaan.