08/09/2026
SESI PERJUMPAAN KETUA EKSEKUTIF CIDB MALAYSIA BERSAMA WARGA CIDB NEGERI TERENGGANU
6 September 2026 | CIDB Negeri Terengganu
CIDB Negeri Terengganu hari ini menerima kunjungan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Sr Ahmad Farrin Mokhtar, bagi sesi perjumpaan bersama warga CIDB Negeri Terengganu. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif ABM Wilayah Timur, Tn. Hj. Ahmad Kamil bin Yusof serta Pengurus Cawangan CIDB Technologies Wilayah Timur, En. Nazrul Hasmi bin Ramli.
Sesi ini menjadi platform perkongsian dan penyelarasan berkaitan hala tuju organisasi, pengukuhan budaya kerja, penerapan nilai teras CIDB serta kepentingan kerjasama dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang berimpak.
Dalam kunjungan tersebut, Ketua Eksekutif turut meluangkan masa meninjau tapak tanah bagi cadangan pembinaan bangunan pejabat CIDB Negeri Terengganu, di samping melawat fasiliti yang disediakan di Bilik MyBIM, Tingkat 7, Pejabat CIDB Negeri Terengganu, yang telah mula beroperasi pada awal tahun ini.
Kunjungan ini turut menjadi platform dalam memperkukuh hubungan strategik antara kepimpinan dan warga kerja, selain menyelaras kefahaman serta komitmen bersama ke arah pencapaian aspirasi One Team, One Direction, One CIDB.
Warga CIDB Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Ketua Eksekutif meluangkan masa bersama warga negeri. Semoga perkongsian dan amanat yang disampaikan terus menjadi pemangkin kepada pengukuhan budaya kerja serta kecemerlangan penyampaian perkhidmatan CIDB Negeri Terengganu.