13/06/2026
π¦βSeekor nyamuk Aedes mampu membawa padah β οΈ kepada seluruh keluarga.
Jangan biarkan ia membiak di kawasan anda! πββοΈ
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus diketuai oleh Dr Effah Leiylena Yaacob, sebagai Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Nerus
13/06/2026
π¦βSeekor nyamuk Aedes mampu membawa padah β οΈ kepada seluruh keluarga.
Jangan biarkan ia membiak di kawasan anda! πββοΈ
10/06/2026
Untuk Makluman semua warga Kuala Nerus
09/06/2026
08/06/2026
Alhamdulillah, Tahniah dan Syabas!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn. Siti Nurain binti Mat Daud, PPF KKST merangkap wakil PKD Kuala Nerus atas kejayaan meraih Naib Johan Qariah dalam Majlis Tilawah Al-Quran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta mencerminkan komitmen dan kecintaan terhadap Al-Quran. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus mendekati, memahami dan menghayati ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Semoga terus cemerlang dan diberkati Allah SWT.
07/06/2026
PROGRAM GOTONG ROYONG LOKALITI COMBI DAERAH KUALA NERUS
Program Gotong Royong &1Hour MSIA Clean Up di lokaliti COMBI Pulau Redang bersama agensi telah diadakan Pada 4 Mei 2026.
07/06/2026
πΈ Ibu sentiasa jaga semua orang, tapi siapa yang jaga ibu?
Bila badan dan mental dah terlalu penat, mulalah ibu rasa burnoutβmudah marah, sedih tiba-tiba, dan rasa diri serba tak kena. Tapi, adakah ibu cuma perlukan tidur dan rehat semata-mata? Atau ada sokongan emosi lebih mendalam yang diperlukan dari orang sekeliling?
Jom rungkai isi hati sebenar seorang ibu bersama pegawai psikologi (kaunseling) dalam episod terbaru podcast Sembang Sihat Minda!
ποΈ Tajuk: Ibu Burn Out? Apa yang Sebenarnya Ibu Perlukan?
π
Tarikh: 7.6.2026 (Ahad)
β° Masa: 2.30 ptg
π Facebook : https://web.facebook.com/mindasihaterengganu
Para suami pun wajib dengar topik ni untuk lebih faham emosi isteri! Jemput kongsikan (share) post ini . You are doing a great job, mommies! β€οΈ
05/06/2026
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengenai situasi semasa Kes Malaria Import di Terengganu.
31/05/2026
π¨RAYA NI, JANGAN KENA DENGGI! π¦π‘π
Musim perayaan adalah masa untuk mengeratkan silaturahim bersama keluarga tersayang. Namun, jangan biarkan kegembiraan bertukar menjadi kebimbangan akibat ancaman demam denggi. π
β° Luangkan hanya 10 minit seminggu untuk memeriksa kawasan rumah dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
β
Tutup bekas yang menadah air
β
Buang air bertakung
β
Cuci dan gosok bekas simpanan air
β
Susun barang terpakai di tempat kering
β
Tanam pokok penghalau nyamuk seperti serai wangi
π¨βπ©βπ§βπ¦ Lindungi keluarga yang pulang beraya daripada risiko dijangkiti demam denggi.
π Sedikit usaha kita hari ini, seribu makna untuk keselamatan keluarga esok.
π¦π«π‘π
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami di PKDKN
PENGORBANAN TIDAK BERTEPI
KESYUKURAN SENTIASA DI HATI
18/05/2026
ππ₯ Bijak Pilih, Sihat Diraih!
βShoppingβ pun boleh jadi medan pembelajaran kesihatan! πͺβ¨
π PROGRAM PEMAKANAN SIHAT DI PASARAYA
ποΈ 14 Mei 2026
π Pasaraya GIANT Cawangan Kuala Terengganu
π₯ 35 orang peserta & urusetia Program Trim & Fit
Pelbagai aktiviti interaktif dan santai telah dijalankan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pemakanan sihat dan gaya hidup aktif, antaranya:
π₯ Chit Chat Piramid Makanan Malaysia 2020 & Pinggan Sihat Malaysia
πββοΈ Aktiviti Kembara Nutri Race
π΅οΈββοΈ Pertandingan Food Hunt & Food Detective
π Advokasi Kurangkan Gula
π§ Advokasi Garam Beriodin
π Soal Selidik Kecelikan Pemakanan 2026
π§ Pre & Post Test KPS
π Senamrobik
Program ini dianjurkan oleh Unit Pemakanan PKD Kuala Nerus dengan kerjasama Unit NCD, Unit KPAS dan Unit Rehabilitasi PKD Kuala Nerus.
β¨ Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran praktikal peserta mengenai: β
Piramid Makanan Malaysia 2020
β
Pemilihan makanan & minuman lebih sihat
β
Membaca label maklumat pemakanan
β
Pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD)
π Jom jadi pengguna bijak demi kehidupan lebih sihat!
| Monday | 07:30 - 17:30 |
| Tuesday | 07:30 - 17:30 |
| Wednesday | 07:30 - 17:30 |
| Thursday | 07:30 - 17:30 |
| Sunday | 07:30 - 17:30 |