13/06/2026
𝟏𝟑.𝟔.𝟐𝟎𝟐𝟔/ 𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔
Anak nampak sihat, tetapi adakah tumbesarannya mengikut umur?
Bantut bukan sekadar masalah ketinggian. Ia adalah tanda kekurangan nutrien yang kronik dan boleh menjejaskan perkembangan otak, pembelajaran dan potensi masa depan kanak-kanak.
⚠️ Kesan bantut boleh berpanjangan sehingga dewasa.
Jangan tunggu sehingga terlambat. Pastikan anak mendapat pemakanan yang seimbang, mencukupi dan berkualiti sejak awal kehidupan.
Cegah bantut hari ini, demi masa depan anak yang lebih cerah
13/06/2026
𝟏𝟑.𝟔.𝟐𝟎𝟐𝟔/ 𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔
𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐊𝐀𝐃 𝐁𝐀𝐍𝐊 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐏 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐀𝐊𝐒𝐈
Sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam urusan perbankan demi keselamatan kewangan anda.
13/06/2026
𝟏𝟑.𝟔.𝟐𝟎𝟐𝟔/ 𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔
𝐋𝐈𝐍𝐓𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐊𝐈: 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓𝐈 𝐇𝐀𝐊, 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍
Lintasan pejalan kaki bukan sekadar garisan di atas jalan, tetapi ruang khas yang disediakan untuk melindungi nyawa. Sebagai pemandu, perlahankan kenderaan dan beri laluan kepada pejalan kaki yang ingin melintas.
Sikap bertimbang rasa dan mematuhi peraturan jalan raya mampu mengelakkan kemalangan serta mewujudkan persekitaran jalan yang lebih selamat untuk semua.
🔄 Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya
12/06/2026
Sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara akan bersiaran secara langsung menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) bagi berkongsi pelbagai pengisian menarik serta aspirasi perpaduan yang menjadi tunjang keharmonian negara.
🗓️ 13 Jun 2026 (Sabtu)
🕘 9.00 pagi
📺 RTM - Selamat Pagi Malaysia
"Bersama Membina Negara Bangsa"
Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
ERA Sabah
JPNIN Sabah
Jabatan Penerangan Sabah
11/06/2026
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN! 🇲🇾
Jom bersama-sama menjadi sebahagian daripada detik bersejarah Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.
📅 13 Jun 2026 (Sabtu)
🕓 4.00 Petang
📍 Pentas Utama, Pekarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah
Sambutan ini menghimpunkan kepelbagaian budaya, warisan dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia dalam memperkukuh perpaduan demi masa depan negara yang lebih harmoni dan sejahtera.
✨ Mari raikan keunikan kita, eratkan silaturahim dan buktikan bahawa perpaduan adalah kekuatan negara.
"Bersama Membina Negara Bangsa"
Anwar Ibrahim
Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Jabatan Penerangan Malaysia
Malaysia MADANI
Jabatan Penerangan Sabah
JPNIN Sabah