30/05/2026
𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗦𝗖𝗨𝗟𝗘
Reminder mesra untuk esok! 📢
Untuk makluman semua, jalan di sekitar Kuala Terengganu Drawbridge akan ditutup sementara bagi operasi pembukaan bascule pada:
📍31 Mei 2026 (Ahad)
⏰ 10.00 pagi – 10.30 pagi
Nak tengok atau ambil gambar jambatan terbuka? 📸 Datang awal sekitar 10 minit sebelum 10 pagi ya. Kami akan mula buka tepat jam 10.00 pagi 🫣
28/05/2026
Hi-Tea dengan suasana eksklusif berlatarbelakangkan pemandangan ikonik Kuala Terengganu Drawbridge. Sesuai untuk gathering, celebration, meeting atau sekadar menikmati waktu santai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Tempah awal sekarang untuk nikmati harga promosi bermula RM55/seorang. Walaupun event masih lambat lagi, harga promosi ini hanya untuk tempahan awal dan slot adalah terhad.
Lock dulu, celebrate kemudian.
📍 Kuala Terengganu Drawbridge
📅 10 Mei 2026 – 31 Mei 2026
📞 016-809 4470
🔗 beacons.ai/kt.drawbridge
27/05/2026
Cuti sekolah dah bermula 🌤️
Jangan lepaskan peluang singgah ke Kuala Terengganu Drawbridge bersama keluarga dan orang tersayang!
Lengkapkan kunjungan anda dengan 𝐬𝐨𝐮𝐯𝐞𝐧𝐢𝐫 𝟑𝐃 𝐦𝐚𝐠𝐧𝐞𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 yang baharu 🧲✨
Rekaan ikonik, kemas dan eksklusif — sesuai dijadikan kenangan manis sepanjang musim cuti sekolah atau buah tangan istimewa dari Terengganu 🌊
Ambil gambar, nikmati pemandangan drawbridge dan bawa pulang memori indah anda sekali 💙
27/05/2026
Pernah naik ke menara Kuala Terengganu Drawbridge?
Ramai yang lalu setiap hari, tapi masih belum tahu bahawa anda boleh naik ke Viewing Deck dan menikmati pemandangan yang menakjubkan dari atas menara. Dari panorama Laut China Selatan, laluan pejalan kaki yang santai, hinggalah pengalaman melihat jambatan dibuka untuk laluan kapal, semuanya ada di sini.
Tag kawan atau keluarga yang anda nak ajak datang ke Kuala Terengganu Drawbridge hujung minggu ini!
27/05/2026
Salam Aidiladha daripada TI Properties
Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat anda sekeluarga.
Di hari penuh kemuliaan ini, marilah kita terus menyemai nilai keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang dalam setiap langkah kehidupan.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda bersama TI Properties.
Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir & Batin.
26/05/2026
Cari lokasi ikonik untuk majlis anda?
Kuala Terengganu Drawbridge Event Space sedia memberikan pengalaman berbeza untuk setiap acara:
📊 Meeting Room – mesyuarat & seminar
🎉 Event Hall – majlis makan malam, pelancaran & korporat
💍 Wedding Hall – perkahwinan penuh elegan
📍 Mercu tanda terkenal Terengganu
📞 Hubungi 016-843 4470 atau DM kami untuk tempahan & pakej istimewa.
26/05/2026
📣 PERHATIAN PENGUNJUNG!
Galeri Kuala Terengganu Drawbridge akan ditutup sementara pada 27 Mei 2026 (Rabu) bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda. Kami berharap semua dapat menyambut Aidiladha dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan kebersamaan bersama keluarga tercinta.
🌟 Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga Kuala Terengganu Drawbridge.