22/09/2026
OSH COMPLIANCE SUPPORT SEKTOR INDUSTRI KECIL & SEDERHANA: DIALOG DAN KURSUS KESELAMATAN KEBAKARAN.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Terengganu telah berjaya menganjurkan Program OSH Compliance Support di Sektor Industri Kecil dan Sederhana: Dialog dan Kursus Keselamatan Kebakaran.
π Tarikh: 9 September 2026 (Rabu)
π Tempat: DSH Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu
π Perasmi: Timbalan Pengarah Khidmat Teknik JKKP Terengganu
Ir. Ts. Dr. Haji Mohd Fairuz Bin Ab Rahman
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua wakil industri dan peserta yang telah hadir serta memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang program. Sikap proaktif anda dalam sesi penerangan, praktikal melawan kebakaran, latihan pengungsian bangunan (fire drill/evacuation), serta sesi dialog mencerminkan komitmen tinggi terhadap pembudayaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di tempat kerja.
Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan kepada pihak APM Daerah Kuala Terengganu di bawah pimpinan Mej. (PA) Muhammad Hanafi Bin Hamdzah atas kesudian menjayakan program ini sebagai penceramah dan pengendali sesi praktikal. Perkongsian ilmu berkaitan asas pemadaman api, teknik menyelamat, serta simulasi pengungsian bangunan amat bermanfaat dan berimpak tinggi buat para peserta.
Terima kasih jua kepada seluruh warga kerja dan urus setia JKKP Terengganu yang telah bertungkus-lumus memastikan program berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga input dan kemahiran praktikal yang diperoleh dapat diaplikasikan sepenuhnya di premis masing-masing bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat, dan bebas daripada insiden yang tidak diingini.
"Tempat Kerja Selamat, Pekerja Sihat, Produktiviti Meningkat"