01/09/2022
https://vt.tiktok.com/ZSRy4HN6M/
Bukit Kepong on TikTok
Lebih 461,303 pekebun kecil dan sejumlah 1.8 juta orang di Malaysia menyara kehidupan mereka dengan pendapatan minyak sawit…Mempertahankan Hak Dan Nasib Mereka Di Pikul YB Zuraida Kamaruddin
01/09/2022
01/09/2022
Pengerusi PBM Negeri Terengganu Sdr. Dr Azman Bin Mohamed menghadiri
Mesyuarat MKT PBM di Putra Jaya yang dipengerusi oleh IBM YBM Datuk Hajah Zuraida Binti Kamaruddin.
Turut hadir Presiden PBM Datuk Larry Sng Wei Shien.
🖐
01/09/2022
https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2022/09/tiba-masa-bn-menjadi-lebih-berbilang-kaum/
Tiba masa BN menjadi lebih berbilang kaum
SAUDARA PENGARANG, SEJAK kebelakangan ini, terdapat banyak cakap-cakap Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tempoh terdekat ini. Konvensyen Barisan Nasional (BN) yang diadakan baru-baru ini turut menyatakan sokongan ia diadakan segera. Kita tidak boleh menyalahkan BN kerana memilih un...
31/08/2022
*31.08.2022 l Sabtu*
*Hazlan Futsal, Terengganu* *Negeri Terengganu*
Ketua Pemuda Negeri Terengganu Saudara Mohd Shazwan Ghani berjaya mengumpulkan anak muda dalam Program Merdeka Futsal Pemuda PBM Negeri Terengganu yang berlangsung di HAZLAN Futsal, Negeri Terengganu.
Alhamdulillah Program berjalan dengan lancar, turut serta Pemuda Dari Semua Bahagian di Negeri Terengganu bersama juga Timbalan Ketua Pemuda Negeri, Ketua Pemuda Bahagian dan rakan-rakan Pemuda PBM Negeri Terengganu yang lain menjayakan *Program Merdeka Futsal PBM Negeri Terengganu*.
30/08/2022
MALAM AMBANG MERDEKA
Program Sambutan Malam Merdeka
Tarikh : 30/08/2022-31/08/2022
Lokasi : Dataran MDHT hadapan Warung Zul Selasih
Disempurnakan oleh : Dr Azman Mohamed (Pengerusi PBM Negeri Terengganu)
Turut hadir:-
Barisan Pimpinan PBM Negeri
Barisan Pimpinan PBM Bahagian Hulu Terengganu
Ahli-Ahli PBM H.Trg, Marang dan persekitaran.
Atucara Majlis:-
▪️Majlis makan/minum dan santai bersama Pengerusi Negeri
▪️Ucapan aluan dan pembukaan oleh Pengerusi Negeri
▪️Majlis penyerahan borang keahlian baru
▪️Acara pasang mercun detik jam 12:00am 31/08/2022
Rumusan:
Program mendapat sambutan dan penerimaan baik dari Ahli PBM dan penduduk setempat dengan kehadiran hampir 60 orang serta penyertaan keahlian baru, 33 borang keahlian baru diserahkan oleh Ketua Pergerakan Wanita Bahagian H.Trg (Cik Roziana) kepada Pengerusi Negeri.
Majlis bersuarai sekitar jam 12:30am 31/08/2022.
# Salam Kemerdekaan
# Jom Reset
30/08/2022
UCAPAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2022
PRESIDEN DESIGNATE PARTI BANGSA MALAYSIA
“KELUARGA MALAYSIA, TEGUH BERSAMA”
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-65 pada tahun ini.
Hakikatnya, kemerdekaan yang kita nikmati pada hari ini adalah satu perjuangan berterusan yang wajib dipertahankan oleh setiap anak watan.
Dewasa ini, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya dari segi politik, ekonomi dan juga pembangunan sosial, yang mana ianya boleh diatasi dengan usaha dan semangat perpaduan dari kalangan seluruh rakyat Malaysia.
Negara kita memerlukan satu kebangkitan semula melalui agenda "reset" bagi meletakkan kembali Malaysia di landasan kegemilangan.
Tema "Keluarga Malaysia, Teguh Bersama" bagi sambutan pada tahun ini diharap dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan penyatuan seluruh rakyat Malaysia dalam mendepani cabaran masa hadapan.
Kejayaan sesebuah negara itu bergantung kepada iltizam rakyatnya, yang mana kita secara kolektif harus sentiasa berusaha dengan lebih jitu untuk memajukan Malaysia yang kita cintai.
Pada ketika ini, adalah wajar bagi kita semua untuk memberikan fokus kepada isu-isu penting, terutamanya yang melibatkan kesejahteraan rakyat Malaysia secara amnya tanpa mengira bangsa, agama dan status ekonomi.
Parti Bangsa Malaysia akan terus memperjuangkan agenda pembangunan ekonomi, peningkatan pendidikan, pemerkasaan anak muda, pemberdayaan wanita, kemajuan sains & teknologi, serta penglibatan pelbagai kaum sebagai misi utama kami dalam usaha untuk membentuk Malaysia yang lebih cemerlang.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang diberkati, bagi manfaat generasi pada hari ini dan akan datang.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-65!
"Keluarga Malaysia, Teguh Bersama"
"Jom Reset"
YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin
Presiden Designate
Parti Bangsa Malaysia
🖐
28/08/2022
Berminat untuk membangunkan Parti Bangsa Malaysia?
Akademi Bangsa Malaysia sedang mencari sekumpulan ahli PBM yang ingin menyumbangkan masa dan tenaga untuk menjalankan Akademi ini
Kita akan fokus kepada 2 cabang, iaitu Akademi Politik dan Ekonomi
Anda boleh pilih jadi seorang cikgu ataupun membantu dari segi pengurusan.
Marilah kita sama-sama berganding bahu untuk membantu dan membangunkan Parti Bangsa Malaysia.
Jika ada soalan lanjut, boleh hubungi saya
Terima Kasih
Vissva Alan
Pemuda Pusat PBM
Penyelaras Utama Akademi Bangsa Malaysia
https://forms.gle/kqbmTFPQvTBFmHwe9
28/08/2022
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/28/parti-kuasa-rakyat-sertai-pbm/
Parti Kuasa Rakyat sertai PBM
Presiden Penajanya, Kamarazaman Yaakob berkata, keputusan berkenaan dibuat kerana kedua-dua parti itu mempunyai asas perjuangan yang sama.
28/08/2022
SESI TAKLIMAT TARGET
Ybrs Dr Azman Mohamad (Pengerusi PBM Negeri Trg), Ybrs Tuan Al Bakri (Tim. Pengerusi PBM Negeri Pahang) bersama mengiringi YB Dr Daroyah Alwi, Pengerusi Malaysia Rubber Council Merangkap Ketua Wanita PBM Malaysia di Majlis Taklimat TARGET bersama dgn Pekebun2 kecil Di Balairaya Kampung Bukit Quin 1, Kuantan.
🖐