11/06/2026
πππππ πππππππ ππππ ππππππππ πππππππππππ πππ ππππππ πππππ ππππ πππ πππππ ππππ
πππππ πππππππ ππππ ππππππππ πππππππππππ πππ ππππππ πππππ ππππ πππ πππππ ππππ
CP Dato' Pahlawan Shazeli bin Datoβ Kahar, Ketua Polis Selangor dan Datin Rozana binti Kasbon, Pengerusi PERKEP Selangor serta seluruh warga Polis Kontinjen Selangor menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Kpl 195720 Abdul Hira bin Abdul Lima.
Allahyarham bertugas akhir di Balai Polis Kuala Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor. Allahyarham meninggal dunia pada usia 41 tahun dan telah berkhidmat dalam PDRM selama 10 tahun.
Pemergian Allahyarham Kpl 195720 Abdul Hira bin Abdul Lima merupakan satu kehilangan besar buat Warga Polis Kontinjen Selangor, Salam takziah.
10/06/2026
α΄α΄α΄α΄ΚΙͺα΄κ±α΄α΄Ι΄ α΄-κ±α΄α΄α΄α΄Κ α΄α΄Ι΄α΄ΙͺΙ΄α΄α΄Ι΄ κ±α΄Κα΄Ι΄Ι’α΄Κ α΄α΄ Κα΄Κα΄Ιͺ α΄α΄ΚΙͺκ± α΄α΄α΄Κα΄ κ±α΄Κα΄Ι΄Ι’α΄Κ
10/06/2026 (Rabu) Bertempat
di Bilik Taklimat Balai Polis Kuala Selangor, IPD Kuala Selangor, satu Pemeriksaan E-Sektor telah dijalankan.
Pemeriksaan telah dilaksanakan oleh Ketua Pemeriksa ASP Rashidah binti Mohammad, Insp Thiruchelvi A/P Marimuthu, Kpl Muhamaad Muβaz bin Mustapa Kamal dan Kpl/W Nurhidayah binti Johari dari JPJKK Kontinjen Selangor.
Pemeriksaan ini adalah bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran E-Sektor Balai mematuhi operasi standard yang ditetapkan selari dengan Arahan Pentadbiran Ketua Polis Selangor Bil 01/2026 (Penambahbaikan Perlaksanaan Modul E-sektor dalam Sistem Pengurusan Balai (SPB) Balai-balai seluruh Kontinjen Selangor.
Ketua Polis Balai Kuala Selangor Insp Muhamad Najmi Bin Abd Rahman serta anggota-anggota sektor yang terlibat merakamkan ucapan terima kasih kepada delegasi pemeriksa di atas panduan dan nasihat dalam menambah baik mutu penyediaan e-sektor
08/06/2026
PROGRAM MEET & GREET BALAI POLIS KUALA SELANGOR
08/06/2026 (ISNIN) Bertempat di Wellness Hub Kuala Selangor, Klinik Kesihatan Kuala Selangor. Satu sesi Meet & Greet telah dijalankan oleh Balai Polis Kuala Selangor. Turut hadir, Insp Muhamad Najmi Bin Abd Rahman (KPB Kuala Selangor) bersama anggota sektor serta En Abdullah Bin Suhaimi Pen Peg Kesihatan yang bersama-sama menjayakan sesi ramah mesra dan perbincangan santai antara kedua-dua agensi.
Program ini bertujuan untuk mewujudkan suasana yang lebih mesra dan terbuka antara polis dan masyarakat serta memperkukuhkan kerjasama antara dua agensi utama iaitu pihak PDRM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Program ini turut menjadi platform bagi mewujudkan komunikasi yang lebih baik, selain memupuk semangat kerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat setempat.
Semoga Wellness Hub Kuala Selangor terus sukses dalam menjadikan komuniti Kuala Selangor aktif dan sihat.
05/06/2026
POSTING PILIHAN.
βLANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KECURIAN MOTOSIKALβ
1. Gunakan Kunci Tambahan (Double Locking)
Kunci Pendakap (Disc Lock) & Rantai Kukuh: Jangan hanya bergantung pada kunci penghidup (suis utama) motosikal sahaja. Gunakan kunci tambahan yang berkualiti tinggi seperti disc lock pada tayar hadapan atau rantai besi padu berkunci untuk mengikat tayar belakang pada struktur yang tetap (seperti tiang).
Sukar Dilepaskan: Kunci tambahan ini melambatkan kerja pencuri dan memaksa mereka menggunakan peralatan besar yang menarik perhatian orang sekeliling.
2. Parkir di Tempat Terang & Selamat
Kawasan Terbuka & Berlampu: Sentiasa letakkan motosikal anda di kawasan yang mempunyai pencahayaan yang baik, terutamanya pada waktu malam. Elakkan lorong belakang yang sunyi atau kawasan terlindung dari pandangan awam.
Pantauan Kamera Litar Tertutup (CCTV): Jika boleh, pilih petak parkir khas motosikal yang berada di bawah liputan kamera litar tertutup (CCTV) atau berhampiran dengan pos pengawal keselamatan.
3. Buat Laporan Polis Segera Jika Hilang
Tindakan Pantas: Sekiranya berlaku kecurian, jangan bertangguh. Segera hubungi talian kecemasan 999 atau pergi ke balai polis terdekat untuk membuat laporan rasmi (PDRM).
Maklumat Lengkap: Pastikan anda menyimpan maklumat penting motosikal seperti nombor pendaftaran, nombor casis, nombor enjin, serta rupa bentuk fizikal (warna/pelekat khas) bagi memudahkan pihak polis melakukan hebahan dan siasatan segera.
Ingat: "Mencegah Jenayah Adalah Tanggungjawab Bersama". Sentiasa berwaspada dan jangan sesekali memberikan peluang kepada penjenayah walaupun anda hanya meninggalkan motosikal untuk seketika.
Polis Kuala Selangor
31/05/2026
πππππππ πππππππππ ππππ πππππ ππππ
πππππππ πππππππππ ππππ πππππ ππππ
Ketua Polis Selangor, CP Datoβ Pahlawan Shazeli bin Datoβ Kahar dan Pengerusi PERKEP Selangor, Datin Rozana binti Kasbon, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha.
Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini membawa ketenangan, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua. Dalam semangat masyarakat majmuk yang menjadi kekuatan negeri Selangor, marilah kita terus memupuk nilai perpaduan, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain demi kesejahteraan serta kemakmuran bersama.
Selamat Menyambut Hari Wesak 2026.
28/05/2026
π΄πππππ π¨ππππππππ & π·πππππππππ π¨ππππππ π©ππππ π·ππππ π²ππππ πΊπππππππ
26 Mei 2026 bertempat di Bilik Taklimat BPKS, satu Majlis diadakan sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada L/KPL 219450 Amirul Suhairie Dan L/KPL 227996 Sylester atas segala jasa pengorbanan serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan bersama warga pasukan Balai Polis Kuala Selangor. Kehadiran dan khidmat bakti yang diberikan bukan sahaja meninggalkan kenangan, malah turut menjadi sebahagian daripada kekuatan serta semangat dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab bersama.
Seluruh warga BPKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala sumbangan yang telah diberikan. Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa sukses di tempat penugasan yang baharu.
βJasa dikenang, budi disanjung, kenangan bersama akan tetap abadi.ββ
28/05/2026
π« πππ₯ππ‘πππ‘ π£ππ‘πππ¨π‘πππ‘ ππ’π§π’ πππππ‘π ππ§ππ¨ πππ¨πππ π¦π¨ππ πππ‘πππ‘ ππ
Jabatan Imigresen Malaysia ingin menegaskan bahawa penggunaan foto dijana, diubah suai menggunakan Artificial Intelligence (AI) atau pengemukaan maklumat palsu bagi permohonan Pasport Malaysia adalah satu kesalahan serius.
Pemohon hendaklah memastikan foto yang dikemukakan adalah foto asli, jelas serta mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.
Sebarang foto atau maklumat palsu yang dikemukakan boleh menyebabkan permohonan ditolak dan pemohon boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pasport 1966 (Akta 150).
Pastikan foto anda:
β
Asli dan tidak diubah suai
β
Pencahayaan sekata
β
Wajah jelas tanpa bayang
β
Mematuhi spesifikasi ditetapkan
Gunakan foto sebenar. Elakkan manipulasi AI.