07/05/2026
π JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM TRANSFORMASI PRODUKTIVITI INDUSTRI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU π
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tuan/Puan dijemput menghadiri Program Transformasi Produktiviti Industri Peringkat Negeri Terengganu anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Hulu Terengganu.
π
13 Mei 2026 (Rabu)
β° 9.00 pagi β 1.00 tengah hari
π Dewan Auditorium, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu
Penyertaan adalah *PERCUMA*
Program ini memberi pendedahan mengenai hala tuju transformasi produktiviti industri, inisiatif NIMP 2030 serta pembangunan bakat dan kemahiran bagi meningkatkan daya saing organisasi.
π₯ Sasaran:
Wakil peringkat pertengahan dan operasi syarikat mikro, kecil, sederhana dan besar.
π² Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran segera.
Jom bersama MPC memperkasa produktiviti industri Terengganu!
04/05/2026
π’ Program Bantuan Usahawan Mikro Yayasan Jariah Aafiyat Kini Dibuka!
Berita baik buat warga DUN Ladang yang sedang mengusahakan perniagaan sepenuh masa. Inilah peluang untuk anda mendapatkan sokongan yang boleh menguatkan lagi langkah perniagaan anda.
Melalui program ini, pelbagai bentuk bantuan disediakan bagi membantu usahawan mikro terus berkembang dan berdaya saing.
Bantuan yang ditawarkan:
β¨ Dana suntikan rangsangan
β¨ Aset & peralatan perniagaan
β¨ Latihan pemantapan kemahiran
β¨ Publisiti dan penghebahan
Syarat permohonan:
βοΈ Warga/Pengundi DUN Ladang
βοΈ Berumur 21β45 tahun
βοΈ Menjalankan perniagaan sepenuh masa
βοΈ Golongan asnaf & di bawah had kifayah zakat
βοΈ Pendapatan kasar isi rumah di bawah RM2,705 sebulan
βοΈ Mempunyai lesen SSM / lesen penjaja (atau sedang memohon)
βοΈ Mempunyai tanggungan yang memerlukan perhatian
π Permohonan boleh dibuat dengan imbas kod QR yang tertera pada poster.
π Atau terus klik pautan ini untuk memohon:
https://idaftar2.jso.my/ #/register-public/cf906109-d7bf-4c21-82dc-dbb5131786b8?v=1777861851726
π Tarikh tutup permohonan: 21 Mei 2026
Sebarang pertanyaan, hubungi: 010-542 8081 (Encik Imran)
**Pemohon yang terpilih akan melalui proses temuramah pengesahan oleh wakil Yayasan Jariah Aafiyat bagi pengesahan dokumen. Yayasan Jariah Aafiyat akan menghubungi pemohon yang berjaya.
04/08/2025
Terima Kasih YB Zuraida Md Noor ziarah dan menyantuni warga Jalan Ibrahim, semoga Pok Mat sentiasa sihat insyaallah.
10/03/2025
PERTANDINGAN GAMBAR KREATIF: "INDAHNYA RAMADAN TAHUN INI" π·β¨π
Ramadan hadir membawa ketenangan, keberkatan, dan momen indah yang sukar dilupakan. Dari sahur ke iftar, solat tarawih ke amal jariah. Abadikan detik istimewa ini dengan cara yang paling kreatif, dan berpeluang memenangi wang tunai. π΅π΅π΅
Jom sertai PERTANDINGAN GAMBAR KREATIF: INDAHNYA RAMADAN TAHUN INI
π TEMA: "Indahnya Ramadan Tahun Ini"
π
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 17 Mac 2025
πΉ CARA PENYERTAAN:
π· Ambil gambar yang menggambarkan keindahan Ramadanβsuasana masjid, juadah berbuka, kebersamaan keluarga, atau apa sahaja yang bermakna buat anda!
π Sila pastikan semua syarat pertandingan dipatuhi bagi melayakkan anda sebagai peserta.
πPastikan menggunakan hashtag
π© Hantar penyertaan sebelum 11.59 malam 17 Mac 2025
Jadikan Ramadan tahun ini lebih bermakna dengan berkongsi momen terindah anda! ππ·
Daftar sekarang!
https://forms.gle/vh9snHzF7LziZfyi7
27/01/2025
Marilah kita berdoa agar Allah SWT menerima segala amal soleh, mengampunkan segala dosa dan menempatkan beliau dalam kalangan para solihin.
17/01/2025
Nak tahu tak..rindu yang paling sakit adalah rindu kepada insan yang telah pergi dulu meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Bila orang yang kita sayang meninggal dunia, pada awalnya kita akan menangis sepuas-puasnya.
Setelah itu, tangisan kita diganti rasa sedih dan bila rasa sedih berlalu maka akan hadir rasa rindu.
Saat itulah kita baru mengenal erti menanggung rindu yang tak pernah ada penghujung. Itulah yang Kak Da alami dan rasai..π
Bila ibu ayah sudah tiada.. bagai hilang separuh nyawa, hilang tempat bercerita, apatah lagi tempat bermanja.
Kak Da masih ingat, masa mengandungkan anak pertama, tengah- tenguh malam ketuk pintu bilik mak sebab sakit gigi berdenyut-denyut.. Tak boleh tidur. Mak bangun urut lembut kat p**i, tak sampai 10 minit, terus terlena.. Padahal sebelum tu suami urut dekat sejam, tak jadi apa-apa.. ajaibkan tangan mak.
Kak Da pesan sungguh- sungguh kepada yang masih ada ibu ayah..Genggam eratlah sebelum hilang, jagalah mereka sebelum tiada dan hargailah selagi mereka ada disisi...kerana sesuatu yang tidak dihargai pasti akan dirindui setelah ia pergi.
Al Fatihah untuk mak dan ayah..