05/05/2026
Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Warga Kerja Wisma Darul Iman bagi Bulan Januari hingga April tahun 2026 telah diadakan pada 3 Mei 2026. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Azmi Bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Wan Nurul Siti Aishah Binti Wan Nasruddin daripada Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (BPTM) penerima anugerah pekerja cemerlang bagi bulan April 2026. Terima kasih kepada semua warga Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis pada kali ini.
Gambar Sumber: Media SUK Korporat
30/04/2026
Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar telah menyempurnakan perasmian Majlis Pelancaran Kiosk Layan Diri Terengganu Pay pada 29 april 2026. Majlis ini telah berlangsung di Damai Lounge, Pejabat Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman.
Turut hadir pada majlis tersebut, YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham selaku Setiausaha Kerajaan Terengganu serta YB Haji Nurkhuzaini bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau.
Terengganu Pay ini merupakan salah satu usaha bagi memperkukuhkan pendigitalan di samping dapat memudahkan perkhidmatan negeri bagi memastikan urusan rakyat lebih pantas dan cekap. Inovasi kiosk layan diri ini membuktikan komitmen kerajaan dalam meningkatkan akses teknologi selari dengan arus perdana transformasi digital masa kini.
Tahniah dan terima kasih kepada semua warga Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat yang terlibat secara langsung bagi memeriahkan lagi majlis pada kali ini.
Gambar Sumber: Media SUK Korporat
16/04/2026
Majlis Tautan Kasih & Jalinan Mesra Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat telah diadakan pada 16 April 2026 di Tingkat 2, Wisma Darul Iman.
Majlis ini diadakan untuk meraikan persaraan Encik Rasid Bin Muda bagi mengenang jasa beliau sepanjang berkhidmat di jabatan ini. Terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis pada kali ini.
10/04/2026
⏳3 hari lagi!
Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Negeri Terengganu bakal berlangsung pada 13–18 April 2026 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.
18/03/2026
Kelab Wisma Darul Iman melalui Biro Keagamaan dan Kerohanian dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Wisma Darul Iman yang melibatkan 10 kelab. Majlis tersebut telah diadakan pada 18 Mac 2026 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman .
Di majlis berkenaan turut diadakan serahan cenderahati penyertaan kepada wakil kelab.Terima kasih diatas kehadiran warga Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (Kelab Virus) dalam memeriahkan lagi majlis pada kali ini.
18/03/2026
Majlis Khatam Al-Quran Kelab Virus telah diadakan pada 16 Mac 2026 di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa III . Seramai 19 ahli Kelab Virus telah mengambil peluang menghidupkan bulan Ramadan pada kali ini dengan menamatkan bacaan tadarus Al -Quran di Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat.
Di majlis berkenaan turut diadakan Sumbangan Berbuka Puasa & Sumbangan Hari Raya. Terima kasih diatas kehadiran warga Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat dalam memeriahkan lagi majlis berkenaan.
25/02/2026
Sesi tinjauan dan uji cuba Kiosk TPay telah berlangsung pada hari ini di lobi Wisma Darul Iman bersama Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu, YB Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman.
Turut hadir mengiringi ialah Setiausaha Bahagian (Pembangunan Teknologi Maklumat) serta barisan urus setia dan pasukan teknikal yang terlibat secara langsung dalam pembangunan dan pelaksanaan Kiosk TPay.
Sebagai langkah memperluas penggunaan pembayaran digital dalam perkhidmatan kerajaan, Kiosk TPay kini turut ditempatkan di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu bagi memudahkan orang awam melaksanakan transaksi secara lebih pantas, selamat dan efisien.
Sehingga kini terdapat beberapa perkhidmatan bayaran yang boleh dilaksanakan melalui Kiosk TPay antaranya Cukai Tanah, Bayaran Fidyah kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Bayaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Terengganu, Bayaran urusan perkahwinan melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dan Sumbangan Masjid di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) serta Sumbangan kepada Tabung Darul Iman.
https://tpay.terengganu.gov.my