31/03/2025
JPKK Seri Tiram Jaya mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin kepada seluruh warga Seri Tiram Jaya. Taqabbalallahu Minna wa Mingkum.
Organisasi yg dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mentadbir & mengurus Kg Seri Tiram Jaya.
31/03/2025
JPKK Seri Tiram Jaya mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin kepada seluruh warga Seri Tiram Jaya. Taqabbalallahu Minna wa Mingkum.
07/03/2025
070325 Jumaat
Mendengar taklimat di lapangan ( Ban Kenal Seri Tiram Jaya) cadangan menaiktaraf Jalan Mawar dari simpang Jalan Raja Musa ke Ban Kenal sehingga persimpangan Jalan Setanjung oleh JKR. Taklimat diberi oleh kontraktor dilantik dan dihadiri bersama oleh pemegang taroh termasuk JKR, IADA, JPS & JPKK Seri Tiram Jaya.
12/11/2024
09-11-24 sabtu
AJK JPKK STJ menjalankan program keceriaan dengan menanam 13 anak pokok tecoma sapling atau dikenali sebagai pokok sakura Malaysia. Anak2 pokok ini ditanam di jalan2 utama masuk ke STJ dan di laman Dewan Orang ramai Seri Tiram Jaya. Anak pokok tecoma ini adalah pemberian dari Tuan Raez, Pegawai Daerah Kuala Selangor semasa kempen penanaman pokok di Pejabat Daerah.
19/10/2024
Sabtu 19-10-24
Aktiviti Ops banteras makhluk perosak tanaman bersama PERHILITAN Sabak Bernam/Kuala Selangor di kawasan Kg Seri Tiram Jaya telah dilaksanakan sejak petang semalam. Terima kasih semula yang terlibat.
12/09/2024
Lawatan tapak oleh JKR
Cadangan Menaik taraf Jalan Mawar Ke Ban Kenal Kg Seri Tiram Jaya sebagai laluan alternatif ke utara Selangor. Seramai 400 Kontraktor G7 hadir.
09/05/2024
05-05-24 (Ahad) :
Salam Aidilfitri...Majlis Ramah Mesra Aidilfitri JPKK Kg Seri Tiram Jaya, telah berlangsung dalam suasana meriah. Terima kasih warga STJ yang hadir.
18/11/2023
18-11-23 Sabtu
Sitevisit..kerja kerja baik pulih gelanggang futsal Kg Seri Tiram Jaya oleh kontraktor yang dilantik oleh PLB. Peruntukan IKR Kementerian Ekonomi yang disalurkan ke PLB Kuala Selangor, semoga memberi manfaat kepada warga STJ.
17/11/2023
17-11-23 Jumaat
Memeriksa /Penyerahan kerja2 pemasangan 5 buah lampu solar oleh kontraktor yang dilantik di bawah peruntukan PMX yang disalurkan ke PLB Pejabat Daerah K.Selangor.
Semoga bermanfaat kepada warga STJ.
2 unit dipasang di Jalan Cempaka. 1 unit di Jalan Persatuan & 2 unit di Jalan Sentosa.
17/11/2023
17-11-23 Jumaat
Kerja-kerja baik pulih padang futsal Kg Seri Tiram Jaya, sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik. Kerja baik pulih ini adalah peruntukan dari Inisiafif Kemudahan Rakyat (IKR), Kementerian Ekonomi yang disalurkan ke Bahagian PLB, Pejabat Daerah. Terima kasih Menteri Ekonomi, semoga bermanfaat untuk anak muda STJ.
28/10/2023
27-10-23 Jumaat
Menyampaikan sumbangan kepada En Hanif Harun untuk penganjuran sukan belia yang akan diadakan bersama Sukan Tahunan SK Seri Tiram yang akan berlangsung pada 28-29/10/23 di padang SK Seri Tiram. Semoga bermanfaat dan membantu kelancaran program tersebut
08/10/2023
08-10-23 Ahad
Merasmikan & menutup acara sukan tahunan Tabika Kemas Seri Nurnajjah STJ. Tahniah ibubapa yang hadir mememriahkan acara sukan & gotong royong menyediakan hadiah, kemas dewan & macam2 lagi. Tahniah juga kepada anak yang menunjukan kebolehan & potensi.
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |