11/06/2026
AKTIVITI RIADAH PENGHUNI TSHKT DI TAMAN TASIK BANDAR KUALA NERUS
π
11 Jun 2026 | Khamis
β± 8.30am - 11.00am
π€ Taman Tasik Bandar Kuala Nerus
Penghuni Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu telah menyertai program riadah yang diadakan di Taman Tasik Tasik Bandar Kuala Nerus. Program ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim antara penghuni dan kakitangan.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program, antaranya adalah sesi senamrobik. Selain itu, penghuni turut mengambil bahagian dalam aktiviti permainan berkumpulan yang menguji kerjasama antara penghuni dan kakitangan.
Di samping itu, aktiviti santai seperti berjalan-jalan di sekitar kawasan tasik, sesi bergambar dan interaksi sosial turut diadakan bagi memberikan pengalaman riadah yang menyeronokkan kepada penghuni.
Secara keseluruhannya, program riadah ini memberikan peluang kepada penghuni untuk beriadah, bersosial dan menikmati persekitaran luar yang kondusif, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan fizikal, emosi dan sosial mereka.
03/06/2026
Majlis Hi-Tea Bizara Consulting Sdn Bhd bersama Penghuni Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu
π
22 Mei 2026 | Jumaat
π€ Dewan Penyayang Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu
20/05/2026
Program Membina Budaya Kerja Harmoni
π
20 Mei 2026 | Rabu
π€ Dewan Penyayang, Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu
Sempena sambutan Hari Pekerja, telah diadakan Program Membina Budaya Kerja Harmoni yang bertujuan memupuk semangat kerjasama, komunikasi berkesan serta hubungan yang lebih positif dalam kalangan warga kerja.
Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan budaya kerja yang sihat, saling menghormati dan bekerjasama dalam memastikan suasana tempat kerja yang lebih kondusif serta produktif. Selain itu, ia juga mampu mengeratkan hubungan sesama pekerja serta memperkukuhkan semangat berpasukan.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha melahirkan warga kerja yang lebih cemerlang.
20/05/2026
Sekalung Tahniah dan Selamat Datang diucapkan buat Encik Ismail bin Kasan atas lantikan sebagai Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu.
Sekalung Tahniah dan Selamat Datang diucapkan buat Encik Ismail bin Kasan atas lantikan sebagai Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu.
PKMD Kuala Terengganu
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Nerus
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Setiu
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Besut
Pkmd Marang
Pejabat Kebajikan Masyarakat Dungun
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman
Rumah Ehsan Dungun
Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu
Sekolah Tunas Bakti (p) Marang, Terengganu
Pusat Khidmat Setempat OKU Marang
Asrama Rusila Marang
Asrama Perkaya Marang
20/05/2026
Program Santuni Komuniti anjuran Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu
π
19 Mei 2026 | Selasa
π€ Dewan Penyayang, Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu
20/05/2026
Program Jom Jadi Anak Soleh & Solehah anjuran Fakulti Pengajian Islam (Dakwah) UniSZA
π
15 Mei 2026 - 16 Mei 2026 | Jumaat - Sabtu
π€ Dewan Penyayang, Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu See less
20/05/2026
Program Misi : Cari Cita-cita Saya anjuran bersama diantara Fakulti Sains Sosial Gunaan UniSZA & Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu
π
11 Mei 2026 | Isnin
π€ Dewan Penyayang, Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu
20/05/2026
Program Lawatan Kerjasama diantara Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu dan Terengganu Timber Industri Training Centre (TTITC)
15/05/2026
PROGRAM BACAAN YASSIN DAN SAMBUTAN HARI JURURAWAT SERTA HARI GURU ANJURAN KELAB REKREASI DAN BAKTI TSHKT
π
14 Mei 2026 | Khamis
π€ Dewan Penyayang, Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu
Kelab Rekreasi dan Bakti TSHKT telah mengadakan Program Bacaan Yasin serta Sambutan Hari Jururawat dan Hari Guru sebagai tanda penghargaan kepada jururawat dan guru, khususnya mereka yang mencurahkan bakti di institusi ini.
Turut hadir dalam program ini ialah Puan Mardhiah Bt Mohamed, Pengetua Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu merangkap Pengerusi Kelab Rekreasi dan Bakti TSHKT.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada para penyumbang bagi menjayakan program ini, khususnya Puan Sunthari Sun serta ahli-ahli kelab yang turut bersama-sama menjayakan program ini.
11/05/2026
πΈ SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA πΈ
12 MEI 2026
βOur Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Livesβ
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh jururawat dan terutamanya jururawat yang bertugas di Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu atas jasa, pengorbanan dan komitmen yang tidak ternilai dalam memberikan penjagaan, kasih sayang dan layanan terbaik kepada kanak-kanak oku di institusi ini.
Kecekalan, keprihatinan dan dedikasi anda dalam menjalankan amanah menjadi inspirasi kepada semua warga kerja dan masyarakat. Kehadiran anda bukan sahaja merawat, malah membawa harapan, semangat dan kehidupan yang lebih bermakna kepada penghuni.
Terima kasih kerana terus menjadi insan yang cekal, penyayang dan berdedikasi dalam setiap khidmat yang dicurahkan.
β₯οΈ Sn. Emilia
β₯οΈ Jm. Rafeah
β₯οΈ Jm. Fazila
π βOur Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Livesβ π