16/07/2022
Assalamualaikum.
Pernah ke try makan pulut +santan + durian?
Atau makan nasi + air garam + durian?
Atau makan nasi panas + ikan goreng + sambal durian?
Tak sedar berapa kali tambah.
Itu la penangan raja buah.
Tapi ingat ye kawan2 seangkatan terutama gulanya lebih pada normal.
Jangan lupa ubat ye.
Ada juga yg kata, tak boleh makan ubat jika makan durian sbb panas.
Jangan macam tu , jangan salahkan durian.
Test utk gula di awal pagi.
Dan makan ubat dulu. Itu jalan selamat.
09/04/2022
Assalamualaikum.
Kata2 terkesan di hati, walaupun rasa baik.
Jangan sombong bila merasakan diri lebih pintar. Setinggi apapun sekolah kita, setinggi apapun gelaran yang kita peroleh dan sejauh apapun kita telah belajar, sentiasa ingat untuk menghargai pendapat orang lain.
24/02/2022
Assalamualaikum.
Jika ada masalah kesihatan selepas ambik vaksin, buat aduan disini๐ ye, dan dapatkan rawatan di klinik atau hospital.
Rugi jika hanya viralkan saja
Penerima vaksin yang mengalami AEFI dinasihatkan untuk melaporkannya melalui saluran yang betul yang telah disediakan oleh KKM.
๐Laporan AEFI yang dihantar dapat membantu pemantauan kesan advers dan keselamatan vaksin COVID-19 yang ada di pasaran.
๐จ Penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan serius atau berpanjangan, dinasihatkan agar:
โ
Merujuk ke fasiliti kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari doktor.
โ
Rawatan segera ini penting agar kesan mudarat dapat dikurangkan dan laporan yang lengkap dapat diperolehi untuk siasatan lanjut.
Pautan kepada pelaporan secara dalam talian di laman sesawang NPRA [Pengguna > Pelaporan Kesan Sampingan Ubat-ubatan (ConSERF) atau Kesan Advers Vaksin (AEFI)] : https://bit.ly/3LXcggP
National Pharmaceutical Regulatory Agency - NPRA
22/02/2022
Assalamualaikum.
Beringat ya kawan2 semasa bercuti dan berkumpul.
Omicron telah muncul sebagai varian yang dominan di Malaysia.
Berikutan kadar kebolehjangkitan varian Omicron yang tinggi dan cepat, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati orang ramai agar terus patuh kepada SOP dan amalan norma baharu.
Laksanakan ujian pengesanan COVID-19 apabila perlu dan bersesuaian seperti selepas berhimpun dalam khalayak ramai atau selepas mengalami sebarang gejala COVID-19.