ICU JPM Terengganu

Directions Website Contact the organization

ICU JPM Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ICU JPM Terengganu, Government Organization, wisma darul iman, Kuala.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐀𝐍𝐉𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐒𝐏𝐌 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐞-𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐌𝐀𝐍, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔.Kemaman, 6 O...
07/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐀𝐍𝐉𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐒𝐏𝐌 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐞-𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐌𝐀𝐍, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔.

Kemaman, 6 Oktober 2026 – Seramai 100 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 daripada 24 buah sekolah menengah di daerah Kemaman telah menyertai Program Misi Anjakan Prestasi Akademik Calon SPM Tahun 2026 bagi Peserta eKasih Daerah Kemaman,Terengganu yang berlangsung pada 5 Oktober hingga 6 Oktober 2026 bertempat di Darul Iman Training Centre (DiTC) Teluk Kalong,Kemaman.

Program anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) ini merupakan inisiatif bagi membantu pelajar dalam kalangan peserta eKasih yang mempunyai pencapaian akademik kurang memberangsangkan untuk meningkatkan prestasi mereka menjelang peperiksaan SPM 2026. Program ini dirangka secara bersepadu dengan menggabungkan kem bugar motivasi, sesi pintar menjawab soalan peperiksaan serta taklimat misi kerjaya alternatif bagi memberikan bimbingan dan pendedahan yang menyeluruh kepada para peserta.

Majlis Perasmian Penutup program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Md Ramzi Bin Ishak,Timbalan Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu.Pelaksanaan program ini turut memberi penekanan kepada kepentingan membuka minda pelajar terhadap pelbagai laluan pendidikan dan kerjaya. Selain laluan akademik ke institusi
pengajian tinggi (IPT), para peserta turut didedahkan kepada peluang melanjutkan pengajian melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menawarkan pelbagai prospek kerjaya.

Program yang dilaksanakan secara usaha sama bersama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, dan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Terengganu ini diharap dapat menyuntik semangat dan keyakinan kepada para pelajar bahawa latar belakang keluarga serta pencapaian akademik semasa bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan











𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈@𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐁𝟒𝟎Kuala Terengganu, 7 Oktober 20...
07/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈@𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐁𝟒𝟎

Kuala Terengganu, 7 Oktober 2026 – Program Sejati MADANI@Usahawan B40 terus memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam memperkasa golongan berpendapatan rendah menerusi penyediaan sokongan dan bantuan yang mampu membantu meningkatkan kapasiti serta kelangsungan aktiviti keusahawanan.

Program ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen Kerajaan MADANI, khususnya inisiatif yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri dalam membantu rakyat memperkukuh taraf sosioekonomi dan meningkatkan peluang menjana pendapatan.

Sehubungan itu, Majlis Penyerahan Barangan Bantuan Peralatan Perniagaan Program Sejati MADANI@Usahawan B40 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Darul Iman. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Kahar bin Abdul Latif, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu melibatkan seramai 23 orang penerima yang terdiri daripada usahawan B40 yang menjalankan pelbagai jenis aktiviti perniagaan.

Antara bidang perniagaan yang diceburi oleh penerima termasuk perniagaan kedai makan, bakeri, pembuatan kuih-muih serta pelbagai aktiviti perniagaan lain. Bantuan yang disalurkan dalam bentuk peralatan perniagaan adalah bersesuaian dengan keperluan dan bidang perniagaan masing-masing bagi membantu meningkatkan keupayaan operasi serta produktiviti usahawan.

Diharapkan bantuan yang diterima oleh 23 orang usahawan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai satu pelaburan untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan keluarga, sekali gus menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lebih berdaya tahan, produktif dan sejahtera.

𝐒𝐞𝐣𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈@𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐁𝟒𝟎 – 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐧𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚











𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐍𝐆𝐔𝐍 𝐊𝐄 𝐈𝐂𝐔 𝐉𝐏𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔KUALA TERENGGANU, 6 Oktober 2026 – Pejabat Pembangunan P...
07/10/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐍𝐆𝐔𝐍 𝐊𝐄 𝐈𝐂𝐔 𝐉𝐏𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

KUALA TERENGGANU, 6 Oktober 2026 – Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, ICU JPM Terengganu telah menerima kunjungan hormat Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Nik Ab Halim bin Nik Mat, pada hari ini.

Kunjungan tersebut menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik dan jaringan kerjasama antara ICU JPM Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam aspek penyelarasan, perkongsian maklumat serta kerjasama yang memberi manfaat kepada masyarakat dan pembangunan negeri.

Sinergi rentas agensi seperti ini amat penting dalam memastikan agenda pembangunan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat dapat diperkasakan secara menyeluruh, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

ICU JPM Terengganu merakamkan penghargaan atas kesudian Supt. Nik Ab Halim bin Nik Mat mengadakan kunjungan hormat dan berharap jalinan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuh demi kepentingan rakyat dan kemajuan Negeri Terengganu.











𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 - 𝐂𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍 , 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍𝐀𝐍HULU TERENGGANU , 6 OKTOBER 2026 – Pasu...
06/10/2026

𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 - 𝐂𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍 , 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍𝐀𝐍

HULU TERENGGANU , 6 OKTOBER 2026 – Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JPM Terengganu meneruskan usaha menyantuni masyarakat menerusi Inisiatif Cakna Insan, hasil dapatan daripada siri Program Jelajah Kesejahteraan Rakyat Zon Marang dan Hulu Terengganu yang telah berlangsung baru-baru ini.

Menerusi lawatan tersebut, Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JPM Terengganu berkesempatan menziarahi Puan Nora binti Ab Wahab di Kampung Pantai Merchang, Marang, yang sedang melalui fasa pemulihan selepas menghidap strok serta berdepan masalah kesihatan lain termasuk darah tinggi dan kencing manis. Keadaan beliau kini semakin baik dan telah mula mampu berjalan. Beliau turut menerima bantuan perbelanjaan bagi membantu menampung keperluan harian serta kos rawatan.

Dalam kunjungan yang sama, pasukan turut menziarahi Encik Mohamad Amrizal bin Ibrahim di Kampung Lebak, Kuala Berang, yang sedang menjalani rawatan akibat kanser limfoma tahap 3. Keadaan kesihatan beliau yang semakin terjejas menyebabkan beliau kerap mendapatkan rawatan di hospital, sekali gus memberi kesan kepada sumber pendapatan. Bantuan perbelanjaan turut disampaikan bagi membantu meringankan beban keperluan harian dan kos rawatan.

Inisiatif Cakna Insan ini mencerminkan komitmen berterusan Pasukan PenyelarasanPMX, ICU JPM Terengganu dalam memastikan dapatan daripada program turunpadang tidak terhenti begitu sahaja, sebaliknya ditelusuri dengan tindakan susulan yang bersesuaian mengikut keperluan rakyat.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JPM Terengganu akan terus memperkukuh pendekatan turun padang dan menyantuni rakyat secara berterusan, khususnya dalam membantu mereka yang berdepan cabaran kehidupan serta memerlukan perhatian dan sokongan












𝐀𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢, 𝐌𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭Setiu, 6 Oktober – Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (Besut ...
06/10/2026

𝐀𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢, 𝐌𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭

Setiu, 6 Oktober – Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (Besut & Setiu) hari ini melaksanakan pemantauan terhadap projek-projek infrastruktur kecil awam di sekitar daerah Setiu yang memberi tumpuan kepada penambahbaikan kemudahan asas selaras dengan keperluan harian masyarakat setempat.

Pelaksanaan projek-projek mesra rakyat ini bukan sahaja bertujuan menambah baik infrastruktur sedia ada, malah memberikan manfaat secara langsung kepada komuniti setempat, khususnya dalam meningkatkan aspek keselesaan, keselamatan dan kemudahan menjalani aktiviti harian.

Kerajaan MADANI akan terus beriltizam dalam melaksanakan projek berimpak tinggi yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, demi memperkasa komuniti serta memastikan pembangunan yang lebih inklusif dan saksama.











𝐂𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐐𝐔𝐈𝐂𝐊 𝐖𝐈𝐍, 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓MARANG, 5 OKTOBER 2026 – ICU JPM Terengganu hari ini melaksanakan pem...
06/10/2026

𝐂𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐐𝐔𝐈𝐂𝐊 𝐖𝐈𝐍, 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓

MARANG, 5 OKTOBER 2026 – ICU JPM Terengganu hari ini melaksanakan pemantauan terhadap dua projek di daerah Marang yang sedang dilaksanakan menerusi inisiatif Cakna MADANI di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dengan memberi tumpuan kepada keperluan asas yang dekat dengan kehidupan masyarakat.

Di Pulau Kekabu, kerja pemasangan paip air utama dan kerja-kerja berkaitan sedang dilaksanakan bagi menambahbaik kemudahan bekalan air bersih khususnya di kawasan rekreasi yang sebelum ini berdepan tekanan air yang rendah. Sementara itu, di Kampung Darat Pak Chan, kerja menaik taraf sistem perparitan dilaksanakan bagi menambah baik sistem saliran dan persekitaran setempat.

Pemantauan ini memberi tumpuan kepada status semasa pelaksanaan serta memastikan projek terus dilaksanakan mengikut perancangan, selaras dengan konsep “Low Hanging Fruit” atau “Quick Win” yang memberi keutamaan kepada keperluan yang jelas, boleh dilaksanakan dengan lebih segera dan memberi manfaat nyata kepada masyarakat.

Walaupun berskala kecil, projek-projek ini membawa nilai yang besar kepada penduduk setempat apabila kemudahan asas dipertingkatkan dan keperluan harian masyarakat dapat ditangani dengan lebih baik.

Cakna MADANI – mengenal pasti keperluan, mempercepat pelaksanaan dan memastikan setiap projek memberi nilai yang bermakna kepada rakyat.











𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 (𝐑𝐓𝐁) 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐏𝐀𝐘𝐎𝐍𝐆MARANG, 5 OKTOBER 2026 - ICU JPM Terengganu hari in...
05/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 (𝐑𝐓𝐁) 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐏𝐀𝐘𝐎𝐍𝐆

MARANG, 5 OKTOBER 2026 - ICU JPM Terengganu hari ini melaksanakan Lawatan Pemantauan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bukit Payong bagi meninjau status semasa pelaksanaan projek di samping mengenal pasti isu dan cabaran di tapak yang memerlukan penyelarasan serta tindakan lanjut.

Lawatan yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Md Ramzi bin Ishak, Timbalan Pengarah Pembangunan ICU JPM Terengganu itu turut disertai wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kontraktor dan perunding bagi meneliti perkara-perkara berkaitan pelaksanaan projek, khususnya aspek reka bentuk dan pengalihan utiliti yang perlu diberi perhatian.

Pemantauan ini turut memberi tumpuan kepada perancangan dan tindakan susulan oleh agensi pelaksana, perunding dan kontraktor supaya sebarang perkara yang boleh menjejaskan kelancaran pelaksanaan dapat ditangani secara bersepadu.

Hasil lawatan, pihak berkaitan disaran memperkukuh penyelarasan dan tindakan susulan bagi memastikan perkara yang dikenal pasti dapat diselesaikan dengan baik dan pelaksanaan projek dapat diteruskan dengan lebih lancar. Projek ini dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam mengurangkan risiko serta impak banjir kepada penduduk sekitar

ICU JPM Terengganu akan terus memperkukuh pemantauan bersama agensi pemilik dan pelaksana bagi memastikan projek-projek pembangunan di negeri ini dilaksanakan secara teratur, berkesan dan memberi impak yang optimum kepada rakyat.











𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐄𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟑 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐎𝐍𝐃𝐎𝐊 𝐒𝐊𝐈𝐋𝐋 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄BES...
04/10/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐄𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟑 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐎𝐍𝐃𝐎𝐊 𝐒𝐊𝐈𝐋𝐋 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄

BESUT, 3 & 4 Oktober 2026 (Sabtu & Ahad) – Kursus Jangka Pendek Pembuatan Apam Balik Bersama Peserta eKasih Siri 3 telah dilaksanakan di Balairaya Kampung Tok Motong, Besut, Terengganu. Kursus anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Terengganu dengan kerjasama Pondok Skill Training Centre ini merupakan salah satu inisiatif dalam memperkukuh kemahiran serta meningkatkan keupayaan peserta eKasih melalui latihan berasaskan kemahiran dan keusahawanan.

Sepanjang pelaksanaan kursus, peserta telah diberikan pendedahan secara teori dan praktikal berkaitan teknik penyediaan dan pembuatan apam balik. Latihan yang dilaksanakan secara hands-on ini memberi peluang kepada peserta untuk menguasai kemahiran yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber pendapatan serta menjadi asas kepada usaha menceburi bidang keusahawanan makanan.

Selain aspek kemahiran penyediaan makanan, peserta turut diberikan peringatan mengenai kepentingan pematuhan terhadap peraturan dan keperluan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekiranya ingin menjalankan perniagaan makanan. Antara perkara yang ditekankan adalah keperluan mendapatkan suntikan anti-tifoid serta menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf, di samping memastikan amalan kebersihan dan keselamatan makanan sentiasa dipatuhi. Penekanan ini penting bagi memastikan peserta bukan sahaja mempunyai kemahiran menghasilkan produk makanan, malah bersedia untuk menjalankan aktiviti perniagaan secara teratur, selamat dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus. Sijil telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Pembangunan Sosioekonomi (SPSe), Puan Shahidah binti Sulong.

Pelaksanaan kursus ini mencerminkan komitmen berterusan ICU JPM Terengganu dalam memperkasa golongan sasar melalui penyediaan peluang peningkatan kemahiran, pembangunan kapasiti dan pendedahan kepada bidang keusahawanan.

Inisiatif seumpama ini diharap dapat membantu peserta meningkatkan potensi diri, memperluas peluang menjana pendapatan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan taraf sosioekonomi serta kesejahteraan komuniti setempat.











𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌  𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐀𝐍𝐉𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐒𝐏𝐌 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐞-𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐍𝐆𝐔𝐍, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔Dungun, 1 Okt...
01/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐀𝐍𝐉𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐒𝐏𝐌 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐞-𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐍𝐆𝐔𝐍, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Dungun, 1 Oktober 2026 – Seramai 100 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 daripada 17 buah sekolah menengah di daerah Dungun telah menyertai Program Misi Anjakan Prestasi Akademik Calon SPM Tahun 2026 bagi Peserta eKasih Daerah Dungun, Terengganu yang berlangsung pada 30 September hingga 1 Oktober 2026 bertempat di Rumbia Villa Resort Paka.

Program anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu ini merupakan inisiatif bagi membantu pelajar dalam kalangan peserta eKasih yang mempunyai pencapaian akademik kurang memberangsangkan untuk meningkatkan prestasi mereka menjelang peperiksaan SPM 2026. Program ini dirangka secara bersepadu dengan menggabungkan kem bugar motivasi, sesi pintar menjawab soalan peperiksaan serta taklimat misi kerjaya alternatif bagi memberikan bimbingan dan pendedahan yang menyeluruh kepada para peserta.

Majlis Perasmian Penutup program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azhar bin Abd Hamid, Timbalan Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu.

Pelaksanaan program ini turut memberi penekanan kepada kepentingan membuka minda pelajar terhadap pelbagai laluan pendidikan dan kerjaya. Selain laluan akademik ke institusi pengajian tinggi (IPT), para peserta turut didedahkan kepada peluang melanjutkan pengajian melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menawarkan pelbagai prospek kerjaya.

Program yang dilaksanakan secara usaha sama bersama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, dan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Terengganu ini diharap dapat menyuntik semangat dan keyakinan kepada para pelajar bahawa latar belakang keluarga serta pencapaian akademik semasa bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan. Sebaliknya, dengan usaha, kesungguhan dan bimbingan yang berterusan, mereka berpeluang membina masa depan yang lebih baik.











𝐓𝐑𝐀𝐆𝐄𝐃𝐈 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐁𝐀𝐑𝐈: 𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈 𝐇𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐒𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐂𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍SETIU, 1 OKTOBER 2026 – Berat mata memandang, ...
01/10/2026

𝐓𝐑𝐀𝐆𝐄𝐃𝐈 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐁𝐀𝐑𝐈: 𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈 𝐇𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐒𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐂𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍

SETIU, 1 OKTOBER 2026 – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kepiluan seorang suami yang kehilangan isteri dan cucu tersayang dalam satu kemalangan maut di Sungai Bari, dekat sini, turut mendapat perhatian YAB Perdana Menteri dan menerusi Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JPM Terengganu sumbangan bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan asas telah disampaikan bagi meringan beban mereka.












Address

Wisma Darul Iman
Kuala
20503

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 16:00
Sunday 07:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ICU JPM Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ICU JPM Terengganu:

Shortcuts

Share