Pemuda PAS Kuala Selangor

Directions Website

Pemuda PAS Kuala Selangor Selamat datang ke laman rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor (DPPKKS)

PALESTIN; MEMPERINGATI 3 TAHUN TAUFAN AL-AQSA KEBERSAMAAN KAMI!!!- DPPKKS.Alhamdulillah! Allahuakbar!!! Puas hati dan sy...
20/10/2026

PALESTIN; MEMPERINGATI 3 TAHUN TAUFAN AL-AQSA KEBERSAMAAN KAMI!!!- DPPKKS.

Alhamdulillah! Allahuakbar!!! Puas hati dan syukur sangat ya Allah, kemuncak semalam Ceramah perdana "Memperingati 3 tahun Taufan Al-Aqsa" dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Mesyuarat awal bulan lalu, datang memikirkan bagaimana nak hidupkan kempen kesedaran Palestin ini!!

Terlalu penting isu Palestin ini! Perlu diperluaskan, ummah perlu tahu dan fahami serta perjuangkan!!

Alhamdulillah, Allah permudahkan.. Berkebetulan sangat Lujnah Dakwah membentangkan gerak kerja bulanan menyatakan hasrat Pemuda Selangor supaya menghidupkan kempen kesedaran Palestin Taufan Al-Aqsa minggu depan.

Apa lagi!!!! Ada kebersamaan, kesatuan fikiran terus rancang pelaksanaan berkobar-kobar semangat adalah niat membangkitkan semangat juang Palestin ke seluruh jiwa-jiwa rakyat!

Seminggu!!
Bermula di PASTI& SRITI diadakan kempen cinta Palestin, pertandingan mewarna , diikuti seterusnya pertandingan mencipta video dan tulisan bertemakan Palestin!!!

Disusuli dengan kempen kibarkan panji Palestin, diiringi Street Dakwah bersama masyarakat menzahirkan sokongan padu kepada Palestin dengan kerjasama Lujnah Dakwah PAS Selangor turun ke Kuala Selangor.

Lebih menggemparkan 2 figura terhaibat tidak asing lagi penglibatan isu Palestin ini , Alfadhil YB Ustaz Dr Riduan Mohd Nor dan Alfadhil Ustaz Hj Nasrudin Hassan Tantawi menyatakan kesediaan untuk hadir sebagai pemidato utama kemuncak program.

Susun atur program, disebarluaskan oleh keupayaan kuasa viral online dan sebaran segera poster iklan-iklan, maka menyeluruh hadir memeriahkan program kemuncak.

Pelbagai jualan di gerai-gerai makan dan minum dibuka termasuk penjualan produk Palestin seperti baju, mafla, bendera dan lain-lain menarik perhatian ramai.

Walaupun hujan renyai-renyai membasahi bumi kompleks PAS Kuala Selangor, tidak menghalang dan tidak berganjak pengunjung datang berpusu semata untuk mendengar pengisian yang penuh bermakna daripada pemidato-pemidato kita.

Hasrat dan cita-cita alhamdulillah tercapai, tidak lain ingin membuka ruang supaya masyarakat , anak cucu kita kenal, fahami dan hayati perjuangan saudara kita di Palestin!

Perjuangan yang tidak berkesudahan, tanah air kita umat Islam yang perlu kita pertahankan!!

Alhamdulillah, terima kepada semua terlibat menjayakan agenda terpenting ini. Kepimpinan PAS kawasan, ayahanda YDP kami, Cg.Rashid , sahabat- sahabat exco Dewan Pemuda dan semua terlibat menjayakan agenda ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih buat kekanda kami kedua pemidato-pemidato yang terhaibat, sudi hadir menghidupkan roh dan hati kami demi perjuangan Palestin!

Teruskan perjuangan..
Perjuangan masih panjang..

Siirualabarokatillah.
Dengan roh, dengan darah, kami akan pertahankan Palestin!!

Salam perjuangan;

DEWAN PEMUDA PAS KUALA SELANGOR

RIBAT TAUFAN AL-AQSA 🍉Bawa Mafla, Bendera & Jiwa!Ayuh bersama-sama mengimarahkan Ribat Taufan Al-Aqsa sebagai tanda soli...
20/10/2026

RIBAT TAUFAN AL-AQSA 🍉

Bawa Mafla, Bendera & Jiwa!

Ayuh bersama-sama mengimarahkan Ribat Taufan Al-Aqsa sebagai tanda solidariti, keprihatinan dan sokongan kita terhadap perjuangan rakyat P4l3st1n. 🍉

📅 Tarikh: Sabtu, 24 Oktober 2026
⏰ Masa: 7.00 malam
📍 Tempat: Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi, Hulu Langat

Marilah kita hadir bersama, menyemarakkan semangat perpaduan dan terus mengangkat suara solidariti untuk P4l3st1n. 🍉

Bawa adik, abang, kakak dan satu keluarga hadir bersama.

Kerana setiap kehadiran membawa makna, setiap suara menyampaikan harapan.

Pendaftaran : http://daftar.ribat.pemudapasselangor.com/

Jumpa anda semua di sana!


SANAH HELWAH TAN SRI DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANGبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِSetinggi-tinggi uca...
19/10/2026

SANAH HELWAH TAN SRI DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Setinggi-tinggi ucapan Sanah Helwah buat Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,atas pertambahan usia yang dikurniakan Allah SWT.

Semoga Allah SWT terus melimpahkan keberkatan usia, mengurniakan kesihatan yang baik, memperteguhkan kekuatan iman serta memberikan ketabahan dan istiqamah dalam memimpin perjuangan Islam.

Moga setiap langkah perjuangan, titipan ilmu dan pengorbanan Tuan Guru menjadi amal soleh yang berpanjangan, membawa manfaat kepada ummah serta menjadi saham akhirat yang terus mengalir pahalanya.

Ya Allah, peliharalah Tuan Guru dalam rahmat dan kasih sayang-Mu. Kurniakanlah kekuatan untuk terus menyampaikan risalah Islam, membimbing ummah dan memperjuangkan agama-Mu dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُ فِي عُمْرِهِ وَصِحَّتِهِ وَعِلْمِهِ وَعَمَلِهِ

Ya Allah, berkatilah usianya, kesihatannya, ilmunya dan amalannya.

🌹 Selamat Menyambut Hari Kelahiran, Murobbi kami

Moga terus istiqamah di jalan perjuangan, teguh memimpin ummah.

اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ




18/10/2026

Palestine sentiasa dihati dan sanubari!!!

Anak muda Terengganu semangat memang lain macam!!!

tunggu j*p, anak muda Selangor menyusul INSHAALLAH...

KENYATAAN MEDIADEWAN PEMUDA PAS SELANGOR18 OKTOBER 2026 | 7 JAMADILAWWAL 1448 H​HENTIKAN PEMBUDAYAAN HEDONISME DI KAMPUS...
18/10/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS SELANGOR

18 OKTOBER 2026 | 7 JAMADILAWWAL 1448 H

​HENTIKAN PEMBUDAYAAN HEDONISME DI KAMPUS: UiTM PERLU KEKAL SEBAGAI TAMAN ILMU, BUKAN MEDAN HIBURAN MELAMPAU

1. ​Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meneliti dengan penuh kebimbangan dan memandang serius berhubung penganjuran acara Malam Seribu Bintang di Kolej Melati, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam baru-baru ini. Penganjuran majlis yang berteraskan hiburan berlebihan di dalam menara gading adalah satu perkembangan yang amat mendukacitakan dan mencalarkan imej universiti sebagai pusat kecemerlangan akademik bumiputera.

2. ​Pada saat anak muda kita pada hari ini sedang bergelut dengan pelbagai ancaman krisis identiti dan kerosakan gejala sosial yang semakin membarah di luar sana, institusi pengajian tinggi sepatutnya memainkan peranan untuk memandu dan menyelamatkan mereka. Sebaliknya, acara sebegini seolah-olah menghalalkan dan memupuk nilai hedonistik ke dalam jiwa mahasiswa. Anak-anak muda yang sedang mencari haluan hidup perlukan bimbingan intelektual dan rohani, bukan disajikan dengan hiburan yang melekakan jiwa dan minda.

3. ​Suka untuk ditegaskan di sini bahawa pendirian PAS sejak dahulu adalah jelas, kita sama sekali tidak menolak hiburan kerana ia sebahagian daripada fitrah manusia. Namun, selain daripada budaya terjerit-jerit bersorak seperti yang dipapar di media sosial di dalam program berkenaan, kemudian penganjur membawa masuk p**a kump**an artis M-Pop seperti 'XO Jr.' ke dalam program ini, ia bukanlah satu perkara yang membawa nilai yang baik. Kump**an ini secara terangnya membawa imej, nilai, dan acuan budaya K-Pop untuk disuapkan kepada mahasiswa tempatan kita.

4. ​Kita perlu membuka mata dan melihat realiti sebenar industri K-Pop yang cuba diadaptasi kump**an ini. Ia adalah sebuah industri yang sarat dengan pelbagai krisis negatif bermula daripada masalah kesihatan mental yang kritikal, tekanan melampau, kemurungan, hingga membawa kepada keruntuhan akhlak masyarakat akibat budaya pemujaan (idolisation) yang bertuhankan hiburan semata-mata. Apakah acuan masyarakat rapuh sebegini yang mahu kita bina dan terapkan ke dalam jiwa generasi pewaris negara?

5. Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mendesak pihak pentadbiran UiTM agar mengambil tindakan tegas, menyemak semula garis panduan kelulusan program pelajar, dan mencegah penganjuran acara berunsur hiburan melampau ini daripada berulang lagi. Pihak universiti wajib kembali kepada fungsi hakikinya, iaitu menyuburkan 'budaya ilmu', memperbanyak wacana akademik, serta mengasah ketajaman intelektual anak-anak muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara kelak.

6. ​Kepada seluruh pemegang taruh pendidikan negara, jika kelalaian hiburan terus diangkat dan menjadi tumpuan di dalam dewan-dewan universiti kita, apakah kita sudah bersedia untuk melihat masa depan negara ini bergelap dan runtuh akibat daripada tangan kita sendiri? Masa depan Malaysia bergantung teguh kepada kualiti akal budi mahasiswa yang kita lahirkan pada hari ini.
​
​USTAZ DR. AUBIDULLAH FAHIM BIN IBRAHIM
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor



Program Street Dakwah sempena Memperingati 3 Tahun Taufan Al-Aqsa di sekitar Central Park, Alam Suria Puncak Ala. Tahnia...
18/10/2026

Program Street Dakwah sempena Memperingati 3 Tahun Taufan Al-Aqsa di sekitar Central Park, Alam Suria Puncak Ala. Tahniah Lajnah Dakwah Pemuda PAS Negeri Selangor Dan Lajnah Dakwah Pemuda PAS Kuala Selangor 🇵🇸👍🏻

🇵🇸 TAUFAN AL-AQSA: MENYEMARAKKAN SEMANGAT PERJUANGAN, MENYATUKAN UMMAHAlhamdulillah, program Ceramah Perdana Taufan Al-A...
17/10/2026

🇵🇸 TAUFAN AL-AQSA: MENYEMARAKKAN SEMANGAT PERJUANGAN, MENYATUKAN UMMAH

Alhamdulillah, program Ceramah Perdana Taufan Al-Aqsa telah berlangsung dengan penuh semangat dan penghayatan, menghimpunkan para pimpinan, ahli, penyokong serta masyarakat bagi menyatakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Program ini menampilkan pidato daripada YB Ustaz Dr. Riduan bin Mohamad Noor, aJK PAS Pusat dan ADUN Jerteh yang mengupas isu Taufan Al-Aqsa serta perjuangan membela bumi Palestin dan mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa.

Turut mengisi program ialah YB Ustaz Haji Nasrudin bin Hassan At-Tantawi, Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Dakwah PAS Pusat, yang menyampaikan pidato berkaitan penyatuan ummah, menyeru umat Islam agar memperkukuh ukhuwah dan mengutamakan kesatuan dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Sesungguhnya, perjuangan Palestin bukan sekadar isu sebuah negara, tetapi lambang perjuangan menuntut keadilan, mempertahankan maruah manusia dan membela saudara-saudara kita yang dizalimi.

Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu jemputan, para hadirin, petugas dan seluruh pihak yang telah memberikan sokongan serta sumbangan bagi memastikan kelancaran program ini.

Semoga usaha kecil ini menjadi sebahagian daripada amal perjuangan kita dalam menyemarakkan kesedaran terhadap Palestin dan memperkukuh penyatuan ummah.

Teruskan berdoa untuk Palestin. Teruskan menyokong perjuangan keadilan. Jangan biarkan Al-Aqsa dilupakan!

🇵🇸 PALESTIN DI HATI, AL-AQSA TERUS DIBELA!

🔴LIVE SEKARANG🔴🇵🇸 CERAMAH PERDANA TAUFAN AL-AQSA: PERJUANGAN YANG TIDAK AKAN PADAM 🇵🇸PEMIDATO 1: YB DR. USTAZ RIDUAN MOH...
17/10/2026

🔴LIVE SEKARANG🔴

🇵🇸 CERAMAH PERDANA TAUFAN AL-AQSA: PERJUANGAN YANG TIDAK AKAN PADAM 🇵🇸

PEMIDATO 1: YB DR. USTAZ RIDUAN MOHAMAD NOR

PEMIDATO 2: YBHG. USTAZ HAJI NASRUDIN BIN HASSAN TANTAWI

🇵🇸 CERAMAH PERDANA TAUFAN AL-AQSA: PERJUANGAN YANG TIDAK AKAN PADAM 🇵🇸Ayuh hadir beramai-ramai ke Ceramah Perdana bersam...
14/10/2026

🇵🇸 CERAMAH PERDANA TAUFAN AL-AQSA: PERJUANGAN YANG TIDAK AKAN PADAM 🇵🇸

Ayuh hadir beramai-ramai ke Ceramah Perdana bersama dua tokoh pimpinan PAS:

🎙️ YB Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor — Taufan Al-Aqsa: Perjuangan Yang Tidak Akan Padam

🎙️ YBhg. Ustaz Haji Nasrudin Hassan Tantawi — Penyatuan Ummah: Islam Memimpin Penyatuan

📅 Sabtu, 17 Oktober 2026
🕘 9.00 malam
📍 Dewan KOMPAKS

Marilah bersama menghayati perkongsian, memperkukuh ukhuwah dan menyemarakkan semangat penyatuan ummah.

Minda Presiden PASTAUFAN AL-AQSA TIGA TAHUN BERLALUDua pihak yang berperang, siapa yang benar dan siapa yang salah, suda...
14/10/2026

Minda Presiden PAS

TAUFAN AL-AQSA TIGA TAHUN BERLALU

Dua pihak yang berperang, siapa yang benar dan siapa yang salah, sudah ada jawapannya dalam al-Quran. Maka, tidak sepatutnya para ulama’ berpecah dan ikut bersama kepada kerajaan yang salah dan sesat.

Firman Allah SWT:

قَدۡ كَانَ لَكُمۡ ءَايَةٞ فِي فِئَتَيۡنِ ٱلۡتَقَتَاۖ فِئَةٞ تُقَٰتِلُ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَأُخۡرَىٰ كَافِرَةٞ يَرَوۡنَهُم مِّثۡلَيۡهِمۡ رَأۡيَ ٱلۡعَيۡنِۚ وَٱللَّهُ يُؤَيِّدُ بِنَصۡرِهِۦ مَن يَشَآءُۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبۡرَةٗ لِّأُوْلِي ٱلۡأَبۡصَٰرِ ١٣

“Sesungguhnya, telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertempur. Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain daripada golongan kafir, yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) jumlah orang-orang Islam dua kali ganda berbanding jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati.” [Surah Ali ‘Imran: 13]

Sebab nuzul ayat tersebut berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Kedua-dua pihak yang berperang berbangsa Arab. Kump**an musuh Islam yang dipimpin oleh Abu Jahal bersama bala tentera dari Makkah yang menolak Islam, datang menyerang untuk menghapuskan kump**an Islam yang berasal dari Makkah dan Madinah. Bala tentera Makkah lebih besar jumlahnya serta lengkap dengan senjata dan bekalan, sedangkan bala tentera Islam yang dipimpin oleh Rasulullah SAW lebih sedikit jumlahnya dan tidak lengkap persenjataannya.

Masing-masing menyatakan bahawa pihak mereka berada di pihak yang benar dan bermunajat kepada Allah. Rasulullah SAW bermunajat kepada Allah agar memberikan pertolongan kepada Islam dan tenteranya yang sedikit serta lemah. Manakala Abu Jahal p**a menyatakan kepada Allah bahawa Rasulullah SAW dan para pengikutnya berada dalam kesesatan serta memecahbelahkan keluarga.

Allah menetapkan Rasul-Nya bersama mereka yang beriman berada di pihak yang benar dan berjihad untuk meninggikan Islam. Mereka dijanjikan kemenangan di akhirat dengan memasuki syurga serta kemenangan di dunia dengan memperoleh kuasa memerintah negara. Firman Allah SWT:

هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ ٩ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَٰرَةٖ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ ١٠ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢

“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya atas segala agama meskipun orang Musyrik membenci. (9) Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu daripada azab yang pedih? (10) (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (11) Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam Syurga ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar. (12)” [Surah al-Saff: 9-12]

Firman Allah SWT menegaskan kesesatan pasukan Makkah yang dipimpin Abu Jahal kerana menentang Islam:

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ خَرَجُواْ مِن دِيَٰرِهِم بَطَرٗا وَرِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطٞ ٤٧

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya Makkah dengan rasa angkuh dan dengan maksud riya’ kepada manusia serta menghalangi (orang) dari jalan Allah. Dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan.” [Surah al-Anfal: 47]

Walaupun mereka berbangga kerana berasal dari Makkah yang telah berkhidmat kepada Makkah dan jemaah haji sejak zaman-berzaman, jauh sebelum kelahiran Rasulullah SAW. Namun, Allah SWT berfirman:

إِنَّمَا يَعۡمُرُ مَسَٰجِدَ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَلَمۡ يَخۡشَ إِلَّا ٱللَّهَۖ فَعَسَىٰٓ أُوْلَٰٓئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُهۡتَدِينَ ١٨ ۞ أَجَعَلۡتُمۡ سِقَايَةَ ٱلۡحَآجِّ وَعِمَارَةَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ كَمَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَجَٰهَدَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۚ لَا يَسۡتَوُۥنَ عِندَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّٰلِمِينَ ١٩ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَٰهَدُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ أَعۡظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَآئِزُونَ ٢٠

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. [18] Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjid al-Haram kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. (19) Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. (20)” [Surah al-Tawbah: 17-20]

Berdasarkan ayat tersebut, Allah SWT menyatakan bahawa khidmat mereka kepada tanah suci dan masjidnya tidak boleh menandingi kelebihan mereka yang berjihad, malah lebih parah akibatnya jika mereka menentang golongan yang berjihad mempertahankan Islam dan meninggikannya.

Al-Quran merupakan mukjizat ilmu yang menjadi petunjuk yang berkekalan sepanjang zaman, di semua tempat dan pada setiap masa. Para ulama’ ulum al-Quran menetapkan kaedah:

العِبْرَةُ بِعُمُومِ اللَّفْظِ لَا بِخُصُوصِ السَّبَبِ.

“Pengajaran diambil daripada lafaz yang umum, bukan sebab yang khusus.”

Termasuk peperangan yang berlaku sepanjang zaman, bukan sahaja antara Islam dengan lawannya, bahkan juga antara kalangan bukan Islam dan sesama Islam. Dalam setiap peperangan, ada pihak yang benar dan ada pihak yang salah. Hal ini menunjukkan bahawa Islam mempunyai hubungan dengan politik antarabangsa, bukan sahaja dalam sesebuah negara dan masyarakat.

Maka, perang besar yang berlaku di Asia Barat pada hari ini hendaklah dilihat dengan petunjuk Islam. Peperangan tersebut berlaku antara Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat dan sekutunya dari negara Eropah dan lain-lain, termasuk beberapa negara Islam dan Arab. Mereka berperang menentang kump**an Islam daripada pelbagai mazhab yang disokong oleh Republik Islam Iran, Yaman, Afghanistan, Algeria dan lain-lain, termasuk juga negara bukan Islam yang berperikemanusiaan.

Apabila ada pihak yang berjenama Islam berpihak kepada Israel dan sekutunya, keadaan ini menimbulkan kekeliruan dalam menentukan manakah pihak yang benar dan pihak yang salah.

Perlu dibaca bermula daripada sejarahnya, iaitu apabila Palestin dijajah oleh Yahudi Zionis dengan sokongan negara-negara sekutu bukan Islam dan dikecewakan oleh negara-negara Islam dan Arab yang lemah imannya atau bersikap munafiq.

Hal ini bertitik tolak daripada pengkhianatan terhadap Khilafah ‘Uthmaniyyah dan kejatuhannya sebagai kuasa besar Islam selepas kekalahannya dalam Perang Dunia Pertama. Peristiwa ini melibatkan negara-negara kuasa besar bukan Islam dari Eropah dan Rusia, dengan sokongan Revolusi Agung Arab yang turut disokong oleh musuh Islam serta dijanjikan untuk menjadi khalifah bagi bangsa Arab selepas kejatuhan Turki, dengan sokongan kuasa-kuasa besar yang menentang Turki.

Selain itu, musuh Islam turut mengadudombakan umat Islam melalui perbezaan bangsa dan mazhab ketika berlaku kelemahan akibat kejahilan, kelalaian serta pengaruh keduniaan, takhta dan harta.

Kekalahan Turki dalam perang membawa kepada kejatuhan Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah yang akhirnya dijatuhkan oleh Mustafa Kamal Ataturk. Penipuan berlaku apabila jawatan khalifah dihapuskan dan diganti dengan pemimpin yang terlibat menjadi raja atau ketua di negeri-negeri yang dipecahkan mengikut Perjanjian Sykes-Picot 1916 dan Palestin p**a diserahkan kepada British untuk diserahkan kepada Zionis Yahudi berdasarkan Perisytiharan Balfour 1917.

Turkiye dan Iran merupakan antara negara yang paling awal mengiktiraf negara haram Israel yang diisytiharkan pada tahun 1948. Adapun negara-negara Arab dan Islam yang diberi anugerah kerana menjatuhkan Khilafah Islam ‘Uthmaniyyah, mereka kemudiannya meninggalkan jihad dan mengecewakan kump**an Islam yang berjihad.

Kemuncaknya, Zionis Israel terus mengganas dengan menceroboh Masjid al-Aqsa, membunuh, menghalau, merompak rumah, kedai dan kebun. Mereka turut membawa masuk Yahudi dari luar untuk melakukan keganasan sehingga mencetuskan intifada menentang Yahudi Israel dengan apa sahaja senjata, daripada pisau sehinggalah menggunakan tangan semata-mata. Hal ini telah menggerakkan Amerika Syarikat dan sekutunya untuk mengusahakan perdamaian yang disokong oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Liga Negara-Negara Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Apabila pilihan raya umum diadakan pada tahun 2006, Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah (Hamas) dengan sokongan semua kump**an Islam dan rakyat telah mendapat kemenangan dengan mengalahkan PLO yang disokong oleh negara Arab, OIC dan negara Barat. Namun demikian, kemenangan kump**an Islam Hamas tidak diiktiraf walaupun melalui jalan demokrasi yang damai. Sebaliknya, PLO yang kalah dalam pilihan raya umum dan tidak mendapat sokongan majoriti p**a yang diiktiraf untuk menubuhkan kerajaannya.

Apabila Hamas bertindak menubuhkan kerajaannya di Gaza yang berprinsipkan demokrasi yang menjadi kebanggaan Amerika Syarikat dan sekutunya termasuk Israel, tiba-tiba Gaza dikepung dan dijadikan penjara besar.

Sejarahnya berulang sejak peristiwa 1948, apabila berlaku perang terbuka di Palestin antara kump**an Islam daripada Palestin dan negara-negara Arab di sekelilingnya, disertai rakyat Turkiye, Iran dan negara-negara lain yang berjiran, bagi menentang pemindahan kaum Yahudi oleh penjajah British sehingga membawa kepada perisytiharan negara haram Israel. Perang tersebut turut melibatkan bala tentera Arab yang bersenjata buruk.

Apabila para mujahidin berjaya mengalahkan tentera Yahudi, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dipengaruhi oleh kuasa besar mengisytiharkan gencatan senjata yang disokong oleh negara-negara Arab yang diberi ganjaran kerana telah menjatuhkan Kerajaan ‘Uthmaniyyah, serta negara Islam yang diberi kemerdekaan tetapi dirancang untuk terus berada di bawah pengaruh penjajah. Semuanya mengecewakan Palestin.

Selepas itu, beberapa negara Arab mengalami rampasan kuasa oleh tentera yang marah terhadap pengkhianatan yang berlaku di Palestin. Namun, kuasa besar, khususnya di bawah pengaruh Zionis, menjadikan negara-negara tersebut sebagai buah catur bagi menyelamatkan Israel.

Kump**an Islam dilemahkan dan disingkirkan, kemudian gerakan Islam yang dilemahkan itu digabungkan dalam PLO dan membentuk gabungan kump**an sekular kebangsaan. PLO diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa, termasuk OIC dan Liga Negara-Negara Arab.

Pada masa yang sama, langkah damai dengan Israel ditaja, sama ada melalui normalisasi, penyelesaian dua negara Arab dan Yahudi atau Perjanjian Abraham (Abraham Accord sebagai gabungan satu agama samawi). Namun, semuanya ditolak oleh Israel kerana perjuangannya ingin menegakkan Negara Agung Israel yang menjadi kuasa besar tunggal berpusat di Jerusalem (Bait al-Maqdis).

Revolusi Islam Iran (1978–1979) ialah peristiwa bersejarah yang menjatuhkan sistem pemerintahan monarki di bawah kepimpinan Shah Mohammad Reza Pahlavi dan menggantikannya dengan sebuah republik Islam yang berteraskan Wilayah al-Faqih (kepimpinan ulama’ dan syura). Kerajaannya dipilih melalui pilihan raya umum dan negara ditadbir di bawah hukum Islam yang menyamai mazhab Sunni. Namun, usaha ini ditolak oleh negara-negara Sunni, khususnya negara-negara Arab, kerana fanatik mazhab dan kaum.

Walaupun Iran membatalkan pengiktirafan terhadap negara Israel, melakukan islah dalam mazhabnya, termasuk mengharamkan perbuatan mencela para sahabat dan Ummahat al-Mukminin, serta membantu jihad Palestin dan perpaduan umat Islam bersamanya, namun usaha tersebut tetap ditolak. Hal ini berlaku melalui siri Perang Teluk dan peperangan di Asia Barat yang menjadi proksi kuasa besar Barat dan Israel bagi menjatuhkan Iran, didorong oleh fanatik mazhab dan kebangsaan Arab.

Terdapat beberapa kenyataan, ulasan penganalisis dan tindakan politik oleh pemimpin Amerika Syarikat yang mencerminkan sokongan geopolitik kepada pakatan negara majoriti Sunni bagi membendung pengaruh Syiah, terutamanya Iran, selepas berlakunya revolusi Islam di Iran.

Berlaku Perang Teluk Pertama (Perang Iran–Iraq 1980–1988) apabila Iraq yang berpecah dengan negara Arab yang lain digunakan untuk menyerang Iran bagi menjatuhkan republik Islam tersebut dan mengembalikan Shah yang bermazhab Syiah melampau. Perang tersebut disokong oleh negara-negara Arab, manakala para ulama’ digunakan untuk mentakfirkan semua mazhab Syiah, termasuk mazhab Ahli Kiblat yang diiktiraf oleh ulama’ Sunni daripada semua mazhab serta dicatat dalam kitab-kitab Sunni yang muktabar.

Berlaku Perang Teluk Kedua (1990–1991) dengan usaha menjatuhkan Saddam Hussein apabila beliau berpihak kepada Palestin. Amerika Syarikat dan sekutunya bersama negara-negara Arab menyerang Iraq dan mengambil alih Iraq bagi meneguhkan kedudukannya dalam melindungi Israel.

Beberapa peperangan berlaku dengan Israel, yang dibantu oleh kuasa besar Barat dengan bekalan senjata yang bertali arus tanpa sebarang syarat dan sekatan. Adapun negara Arab p**a bergantung kepada pangkalan tentera Barat di semua negeri yang diberikan ganjaran kerana menjatuhkan Kerajaan ‘Uthmaniyyah. Malangnya, semua peperangan tersebut gagal menghapuskan negara haram Israel dan juga gagal membebaskan Bait al-Maqdis.

Kegagalan kump**an sekular telah membangkitkan semula kump**an Islam Palestin bermazhab Sunni yang mengisytiharkan jihad, bermula dengan Tanzim Jihad dan diikuti selepasnya oleh Hamas yang lebih besar. Selepas itu, turut disertai dengan penubuhan Hizbullah dan Jama‘ah Islamiyyah di Lubnan serta Ansarullah di Yaman daripada pelbagai mazhab Sunni dan Syiah, kerana hukum jihad menentang Israel adalah wajib dalam semua mazhab Ahli Kiblat.

Taufan al-Aqsa (Operasi Taufan al-Aqsa atau Operation Al-Aqsa Flood) ialah operasi ketenteraan yang dilancarkan oleh kump**an pejuang Palestin di Gaza pada 7 Oktober 2023, diketuai oleh Briged al-Qassam serta disertai oleh semua kump**an Palestin dan semua lapisan rakyat.

Tujuannya adalah untuk menunaikan kewajipan jihad apabila musuh Islam memerangi umat Islam dan tanah airnya. Firman Allah SWT:

وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ ١٩٠

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 190]

Firman Allah SWT:

كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡ‍ٔٗا وَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡ‍ٔٗا وَهُوَ شَرّٞ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ٢١٦

“Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (p**a) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu p**a tidak mengetahui.” [Surah al-Baqarah: 216]

Firman Allah SWT:

ٱنفِرُواْ خِفَافٗا وَثِقَالٗا وَجَٰهِدُواْ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ٤١

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” [Surah al-Tawbah: 41]

Sabda Rasulullah SAW:

الْجِهَادُ وَاجِبٌ عَلَيْكُمْ مَعَ كُلِّ أَمِيرٍ بَرًّا كَانَ أَوْ فَاجِرًا، وَالصَّلَاةُ وَاجِبَةٌ عَلَيْكُمْ خَلْفَ كُلِّ مُسْلِمٍ بَرًّا كَانَ أَوْ فَاجِرًا، وَإِنْ عَمِلَ الْكَبَائِرَ، وَالصَّلَاةُ وَاجِبَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ بَرًّا كَانَ أَوْ فَاجِرًا وَإِنْ عَمِلَ الْكَبَائِرَ.

“Jihad adalah wajib ke atas kamu bersama setiap pemimpin, sama ada dia seorang yang baik ataupun seorang yang jahat. Sembahyang juga wajib ke atas kamu di belakang setiap Muslim, sama ada dia seorang yang baik ataupun seorang yang jahat, walaupun dia mengerjakan dosa-dosa besar. Sembahyang adalah wajib ke atas setiap Muslim, sama ada dia seorang yang baik ataupun seorang yang jahat, walaupun dia mengerjakan dosa-dosa besar.” [Hadis riwayat Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Jihad, no. 2533, dan al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, Kitab al-Salah, no. 5300, daripada Abu Hurairah]

Allah mewajibkan agar dibuat persediaan sekadar kemampuan harta dan senjata, firman Allah SWT:

وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٖ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمۡ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيۡءٖ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ ٦٠

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa-apa saja yang kamu sanggupi dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang, (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahui mereka; sedang Allah mengetahui mereka. Apa-apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” [Surah al-Anfal: 60]

Allah mewajibkan persediaan sekadar kemampuan dan selepasnya datang pertolongan Allah. Firman Allah SWT:
.. كَم مِّن فِئَةٖ قَلِيلَةٍ غَلَبَتۡ فِئَةٗ كَثِيرَةَۢ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ ٢٤٩

“… Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar.” [Surah al-Baqarah: 249]

Hanya kump**an Muqawamah Islamiyyah (paksi Islam) membuat persediaan bersama Republik Islam Iran yang memajukan teknologinya sebagai sebuah negara yang berdaulat, sehingga ramai saintis Iran dibunuh dan ada yang ditawan oleh negara Arab dan Barat, termasuk yang diculik ketika menunaikan haji dan umrah.

Taufan al-Aqsa yang dilancarkan oleh Hamas telah menggoncangkan dunia sehingga dianggap sebagai permulaan kepada Perang Dunia Ketiga yang menakutkan masyarakat antarabangsa. Kebimbangan tersebut semakin memuncak apabila tentera Israel yang selama ini diuar-uarkan sebagai tentera yang tidak dapat dikalahkan, mula mendapatkan sokongan dari negara-negara sekutu Barat, khususnya Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, sehingga negara-negara Arab dan Islam turut menjadi makmum berjemaah bersamanya.

Amerika mengerahkan bala tentera yang besar bersama beberapa negara bersekutu bagi menentang Taufan al-Aqsa yang tidak boleh dimatikan, dengan mengetatkan kepungan terhadap Palestin, khususnya Gaza yang semakin sempit.

Namun begitu, hanya Republik Islam Iran sahaja yang menolong Gaza dan Palestin, diikuti oleh beberapa gerakan Muqawamah Islamiyyah di negara jiran, iaitu Hizbullah di Lubnan dan Ansarullah di Yaman, serta Taliban hari ini selepas berjaya mengalahkan Amerika. Turut bersama ialah jemaah Islam daripada Sunni yang dikepung oleh kerajaan masing-masing atas propaganda kump**an pengganas yang terpengaruh dengan Revolusi Iran dan Taliban Afghanistan.

Setelah Amerika dan sekutunya, dengan sokongan negara Arab dan Islam yang tidak berjihad, gagal mencadangkan perdamaian dan gencatan senjata yang nyata menipu dan zalim dengan syarat melucutkan senjata Hamas, kump**an Palestin dan Iran. Lalu, Amerika dan Israel menyerang Iran secara langsung dan melampau, seperti serangan terhadap Gaza, sehingga menggugurkan para syuhada’ daripada kalangan pemimpin besar, rakyat termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua serta pesakit di hospital.

Keadaan menjadi lebih besar kewajipannya apabila Allah menegaskan dengan firman-Nya:

وَمَا لَكُمۡ لَا تُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلۡمُسۡتَضۡعَفِينَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَآءِ وَٱلۡوِلۡدَٰنِ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَخۡرِجۡنَا مِنۡ هَٰذِهِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلظَّالِمِ أَهۡلُهَا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيّٗا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا ٧٥ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱلطَّـٰغُوتِ فَقَٰتِلُوٓاْ أَوۡلِيَآءَ ٱلشَّيۡطَٰنِۖ إِنَّ كَيۡدَ ٱلشَّيۡطَٰنِ كَانَ ضَعِيفًا ٧٦

“Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki-lelaki, wanita-wanita, mahupun anak-anak yang semuanya berdoa, ‘Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Makkah) yang zalim penduduknya, serta berilah kami pelindung dari sisi Engkau dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!’ (75) Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, manakala orang-orang yang kafir berperang di jalan taghut. Oleh sebab itu, perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. (76)” [Surah al-Nisa’: 75–76]

Keadaan menjadi lebih parah kesesatannya apabila ternyata beberapa negara jiran bukan sahaja mengecewakan, bahkan menjadikan pangkalan tentera Amerika dan sekutunya di bumi masing-masing sebagai tempat untuk terlibat sama menyerang Iran dan membantu Israel. Apabila Iran membalas dengan menyerang pangkalan tentera dan bala tentera musuh, tiba-tiba p**a dituduh dan difitnah bahawa negara Arab telah diceroboh, walaupun yang terbunuh ialah bala tentera musuh.

Apabila Iran tidak berjaya dikalahkan, Selat Hormuz dapat dikuasai oleh Iran dan berlakunya sekatan bekalan terhadap Israel dan sekutunya. Keadaan ini menggerakkan negara-negara jiran untuk lebih mengutamakan kepentingan Israel dan sekutunya daripada kewajipan jihad. Bahkan, mereka menganggap bahawa Selat Hormuz lebih penting daripada Bait al-Maqdis.

Apabila Yaman mengisytiharkan jihad bersama Taufan al-Aqsa, maka Bab al-Mandab, iaitu pintu masuk ke Laut Merah, dilihat menjadi ancaman kepada Israel dan sekutunya. Tiba-tiba, Arab Saudi dan negara-negara teluk menyerang Yaman habis-habisan kerana mahu menguasai Bab al-Mandab yang menjadi pintu masuk ke Laut Merah. Hal ini mendedahkan wala’ negara-negara tersebut kepada Yahudi yang paling bermusuh terhadap Islam. Firman Allah SWT:

۞لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ ... ٨٢

“Sesungguhnya, kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik...” [Surah al-Ma’idah: 82]

Adapun kaum Yahudi, mereka dikenali dengan nyata. Adapun antara golongan Musyrik yang paling nyata pada zaman kini ialah mereka yang meninggalkan syariat Islam dan menggantikannya dengan syariat manusia. Walaupun solat dan haji mereka menghadap Kaabah, tetapi kiblat politik dan ekonomi mereka menghadap ke arah Amerika dan sekutunya.

Makkah yang pernah digunakan bagi menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah diulang penggunaannya bagi menolak Taufan al-Aqsa yang mengorbankan para syuhada’ yang mulia.

Maka natijahnya terang lagi bersuluh, siapa pihak yang benar berjihad meninggikan Islam serta mempertahankan negara dan umatnya, dan siapa p**a yang menyembah dunia dan kuasa besar yang menjadi taghut besar pada zaman kini. Inilah perbezaan antara kump**an yang berwala’ kepada Allah dengan kump**an yang berwala’ kepada syaitan.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 2 Jumada al-Ula 1448 / 14 Oktober 2026

[Bil: 67/ 2026]

Address

NO. 8-2, Jalan DATARAN SURIA 15/7/2, DATARAN SURIA, BANDAR PUNCAK ALAM DARUL EHSAN
Kuala
42300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share