Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

Call Directions Website Contact the organization

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) merupakan sebuah Badan Berkanun Negeri,

Perpustakaan Awam Negeri Terengganu
Official Portal at https://www.trglib.gov.my

📚✨JOM MERIAHKAN PAMERAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2026!🇲🇾❤️ “Megahkan Bahasa Kita, Bahasa Jiwa Bangsa”Setinggi-tinggi teri...
23/10/2026

📚✨JOM MERIAHKAN PAMERAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2026!🇲🇾

❤️ “Megahkan Bahasa Kita, Bahasa Jiwa Bangsa”

Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan Pameran Bulan Bahasa Kebangsaan 2026 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT). 🥰📖

Sokongan anda amat bermakna dalam menyemarakkan kecintaan terhadap Bahasa Melayu sebagai lambang jati diri, perpaduan dan kebanggaan rakyat Malaysia. 🇲🇾💙

📅 10 – 24 Oktober 2026
📍 Ruang Legar, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

📢 24 Oktober 2026 (Sabtu) merupakan hari terakhir pameran dan kuiz! Jom singgah, meriahkan suasana dan rebut peluang menyertai aktiviti yang disediakan!

Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa Kita Kebanggaan Bersama!❤️📚






21/10/2026
📚✨ LIBRARY SMART READING ROADSHOW @ SK GONG KAPAS✨📚📅 21 Oktober 2026 (Rabu)⏰ 9.00 pagi – 12.30 tengah hari📍 SK Gong Kapa...
21/10/2026

📚✨ LIBRARY SMART READING ROADSHOW @ SK GONG KAPAS✨📚

📅 21 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
📍 SK Gong Kapas

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan program Library Smart Reading Roadshow @ SK Gong Kapas bagi menyemai minat membaca dan memperkenalkan perkhidmatan perpustakaan serta kemudahan digital u-Pustaka kepada murid.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan, termasuk taklimat PPAT dan u-Pustaka berserta kuiz, permainan interaktif, Crossword u-Pustaka serta pinjaman berkelompok. 📖🎮🧩

Semoga program ini dapat memupuk budaya membaca dan melahirkan generasi yang cintakan ilmu! 🌟

📚 Membaca Jambatan Ilmu, Ilmu Pemangkin Masa Depan!







🚤💙 BOT PENAMBANG SEBERANG TAKIR : MENYUSURI SUNGAI, MENYINGKAP NOSTALGIAPernah naik bot penambang? Angin sungai menyapa ...
21/10/2026

🚤💙 BOT PENAMBANG SEBERANG TAKIR : MENYUSURI SUNGAI, MENYINGKAP NOSTALGIA

Pernah naik bot penambang? Angin sungai menyapa wajah, deruman enjin mengiringi perjalanan… pengalaman ringkas yang menyimpan seribu kenangan! 🌊✨

Bot penambang Seberang Takir menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat setempat, menghubungkan dua tebing Sungai Terengganu serta merakam kisah pengangkutan tradisional negeri ini.

📖 Jom kenali warisan ini melalui perkongsian artikel daripada Suara Kita, April 2016. Dari tambang hingga sejarah perkhidmatannya, ada cerita menarik untuk kita hayati bersama.

📲 Nak tahu lebih lanjut tentang Koleksi Terengganu? Terokai bahan digital melalui PPAT Digital di https://digital.trglib.gov.my/neucanvas-ppat/pages/home.php atau kunjungi bahan fizikal di Tingkat 2, Koleksi Terengganu, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.

Siapa ada kenangan naik bot penambang? Kongsikan cerita anda di ruangan komen! 👇😍

📌 Maklumat berdasarkan artikel lama dan mungkin berbeza daripada keadaan semasa.






21/10/2026

👀 MASUK PPAT NAK PINJAM BUKU…NAMPAK HADIAH, TERUS TAK JADI BALIK! 🤣🎁

Buku belum habis baca, tapi hadiah dah siap pilih dalam kepala…
“Basikal tu kalau dapat, petang ni terus kayuh!” 🚲😂

Haa…berangan sahaja tak cukup, kenalah sertai Peraduan Pinjam dan Menang PPAT 2026 - Sesi 2! 📚✨

⏳ Masih berlangsung sehingga 31 Oktober 2026!

Jom datang pinjam buku dan sertai peraduan. Ilmu dapat, peluang menang hadiah pun dapat! 😍

Jangan tengok hadiah dalam video sampai senyum sorang-sorang… datanglah PPAT! 🤭

Tertakluk pada syarat-syarat peraduan.




19/10/2026

📚🔥 PINJAM BUKU, REBUT PELUANG MENANG! 🔥🎁

Peraduan Pinjam dan Menang PPAT 2026 – Sesi 2 masih berlangsung! 🤩

Masih sempat untuk anda meminjam buku dan merebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Jom singgah ke PPAT, pilih bacaan kegemaran dan sertai peraduan ini sebelum 31 Oktober 2026! 🗓️✨

📖 Banyak bacaan, banyak peluang, banyak hadiah!

Jangan tunggu saat akhir…mana tahu, anda antara yang bertuah! 🏆




19/10/2026

📖✨ ULAMA PERGI, ILMU DAN JASA KEKAL ABADI

Pemergian seorang ulama meninggalkan ruang yang sukar diganti. Namun, ilmu yang dicurahkan terus menjadi suluh buat generasi seterusnya.

📚 Selamat Tinggal Ulama
✍️ Karya Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Hayati kisah dan kenali tokoh ulama yang telah meninggalkan kita menerusi bacaan yang mengajak kita menghargai ilmu, mengenang jasa dan merenung makna sebuah peninggalan.

🌿 Mereka telah pergi, namun cahaya ilmu mereka terus menerangi hati.

Ayuh, jadikan buku ini pilihan bacaan anda. Semoga setiap helaian menyuburkan kecintaan terhadap ilmu dan para ulama. 🤍




📚🌈 KECIL-KECIL, SEMANGAT MENCARI ILMU BESAR!Pada 18 Oktober 2026, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) menerim...
18/10/2026

📚🌈 KECIL-KECIL, SEMANGAT MENCARI ILMU BESAR!

Pada 18 Oktober 2026, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) menerima kunjungan 30 orang murid Tabika KEMAS Kampung Telaga Papan 1 dan 2 menerusi lawatan ke perpustakaan. 🥰

Lawatan ini menjadi peluang untuk si cilik mengenali perpustakaan dengan lebih dekat serta menyemai rasa cinta terhadap buku dan ilmu sejak usia awal. Membina minat membaca bermula dengan langkah kecil. Hari ini datang mengenali, esok mudah-mudahan kembali sebagai pencinta buku! 📖✨

Terima kasih kepada guru-guru atas kerjasama menjayakan lawatan ini. Semoga kunjungan ke PPAT menjadi kenangan manis buat anak-anak dan permulaan kepada pengembaraan ilmu yang berpanjangan. 💕

Datang kecil membawa ceria, pulang membawa semangat membaca! 🌟






𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔 : 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐌𝐀𝐈 𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍DUN...
18/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔 : 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐌𝐀𝐈 𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍

DUNGUN, 16–17 OKTOBER 2026 – Perpustakaan Desa PNM Terengganu telah berjaya menganjurkan Program Sentuhan Komuniti Bestari Negeri Terengganu 2026 bertempat di Perpustakaan Desa FELDA Kerteh 3, Dungun, Terengganu, bertemakan “Menyemai Ilmu, Memperkukuh Perpaduan, Melestarikan Warisan”. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Ramzy bin Md Taha, Pengarah Perpustakaan Cawangan dan Komuniti, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Turut hadir ialah Puan Nuzulnisa binti Kamarudin @ Barudin, Pengarah PPAT, Timbalan Pengarah (Operasi) serta pegawai-pegawai PPAT, wakil Pengarah Pengurus Rancangan Tanah FELDA Kerteh 4 Wilayah Felda Wilayah Terengganu, wakil Pengarah Bomba dan Penyelamat Terengganu, Ketua Balai Bomba Paka serta Pegawai Wilayah Timur BPPD PNM sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu, pembelajaran sepanjang hayat dan pemangkin pembangunan komuniti.

Pelbagai pengisian berteraskan ilmu, kekeluargaan, kesihatan, seni dan warisan telah dilaksanakan, antaranya Sukan Rakyat, Jejak Maklumat Legasi FELDA, Senam Aerobik, Fun Walk, pertandingan mewarna, Bijak Eja Bahasa Melayu dan Jawi, Jigsaw Puzzle Keluarga serta Mobile Legends. Program turut menampilkan aktiviti canting batik, tulisan Jawi cantik dan Pertandingan Memasak Masakan Warisan bersama ADABI. Reruai Komuniti Bestari yang disertai Perpustakaan Bergerak Perpustakaan Awam Daerah Kemaman (PPAT), KWSP, PERKESO, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi inisiatif Jom Exchange Al-Quran, NADI dan HOTLINK MAXIS turut menyediakan pelbagai informasi dan perkhidmatan kepada pengunjung. Kemuncak kemeriahan turut diserikan dengan demonstrasi masakan tradisional, juadah warisan Terengganu menerusi Reruai Dapur Mok Ambe, reruai jualan serta kehadiran PIPIN, maskot PPAT yang menceriakan suasana program.

PPAT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perpustakaan Negara Malaysia, semua agensi dan rakan strategik, pihak pengurusan FELDA, komuniti setempat, peserta, petugas serta seluruh pihak yang telah menjayakan program ini. Penganjuran seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperluas akses kepada ilmu, memperkukuh jaringan kerjasama strategik, menyemai semangat perpaduan serta memelihara khazanah warisan masyarakat untuk generasi akan datang. Semoga inisiatif ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti yang berilmu, inklusif dan sejahtera.

Perpustakaan Desa – Nadi Ilmu, Pemangkin Komuniti.

🎨🏆 PERTANDINGAN MELUKIS KOMIK : BAHASA KITA - BAKAT DISERLAH, BAHASA DIMARTABAT!Daripada imaginasi menjadi ilustrasi, da...
17/10/2026

🎨🏆 PERTANDINGAN MELUKIS KOMIK : BAHASA KITA - BAKAT DISERLAH, BAHASA DIMARTABAT!

Daripada imaginasi menjadi ilustrasi, daripada dialog tercipta cerita! 💬✨

Pertandingan Melukis Komik : Bahasa Kita yang berlangsung pada 17 Oktober 2026 (Sabtu) di Lobi, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) menjadi medan buat peserta berumur 7 hingga 12 tahun menyerlahkan kreativiti melalui seni komik dan Bahasa Melayu.

Bertemakan “Bahasa Kita”, para peserta mencabar imaginasi dengan mencipta watak, mengolah jalan cerita dan menyampaikan mesej menerusi karya asli masing-masing. Setiap lakaran membawa cerita, setiap dialog menyerlahkan keindahan bahasa! 📚🎨

🏆 Tahniah kepada para pemenang!

🥇 Tempat Pertama
Syarifah Nur Asysyifaa Al Adawiyyah binti Sayed Muhammad Hafizuddin

🥈 Tempat Kedua
Irdina Aisy Darya binti Iqbal Baihaqie

🥉 Tempat Ketiga
Sharifah Humaira binti Syed Mohd Hazlami

🎖️ Saguhati

1. Nurul Huda binti Mohd Firdaus
2. Nur Hannan Zinnirah binti Zakri
3. Nur Syahirah binti Syamsul
4. Khadeeja Salsabila binti Mohd Khairul Zaman Rashdi
5. Tahra binti Muhammad Saufi
6. Aaila Amani binti Razzal Shahril
7. Puteri Auni Masturina binti Tengku Kamalrulzaman

🎁 Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Puan Akmal Bariah binti Omar, Penolong Pustakawan PPAT.

Terima kasih kepada semua peserta serta ibu bapa dan penjaga atas sokongan yang diberikan. Menang menjadi kenangan, pengalaman menjadi bekalan. Teruskan membaca, melukis dan berkarya kerana setiap bakat berpeluang untuk bersinar! 🌟

Bahasa Melayu Jiwa Bangsa! 🇲🇾







Address

Jalan Kemajuan, Padang Hiliran
Kuala
21100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 13:00
Saturday 08:30 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096221100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu:

Share

Category