27/05/2026
Pemuda Amanah Kuala Selangor
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pemuda Amanah Kuala Selangor, Political organisation, Kuala.
PARTI AMANAH NEGARA
SAYAP PEMUDA
KAWASAN KUALA SELANGOR
' MEMBUMIKAN IDEALISME, MEREALISASI PERUBAHAN '
Saluran sumbangan dana aktiviti ke,
Akaun Bank Islam
Pertubuhan Kebajikan EKSPRESI PRIHATIN
1216 8010 033019
27/05/2026
11/02/2026
KENYATAAN MEDIA
1. Saya merujuk kepada kenyataan Datuk Abdul Halim Suleiman, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor yang telah mendakwa "AMANAH gila kuasa" sebagai respon terhadap kenyataan saya sebelum ini.
2. Untuk pengetahuan Datuk, AMANAH bukanlah sebuah parti yang gila kuasa sebagaimana yang didakwa tetapi sebaliknya sebuah parti yang sangat berpegang kepada prinsip muafakat dalam berkerjasama dan bergabung.
3. Bukti paling jelas adalah apabila AMANAH sanggup menyerahkan kerusi DUN Puteri Wangsa dan Parlimen Muar kepada Muda untuk membolehkan kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan dalam pilihan raya yang lalu. Jika AMANAH sebuah parti yang gila kuasa, itu tidak akan dilakukan.
4. Yang gila kuasa adalah yang tidak sanggup berunding dan berbincang demi menjamin kemantapan gabungan dan itu bukanlah pihak AMANAH.
5. AMANAH menghayati konsep Kerajaan Perpaduan, di mana bergabung dan berkongsi kuasa diutamakan demi kepentingan Negara.
6. Mementingkan parti sendiri mengaburkan pandangan dan pertimbangan dan ianya bukan cara kami. Kongsi kuasa dalam bergabung adalah pilihan yang jelas lebih baik.
7. AMANAH menyeru ke arah kesepakatan dan kemantapan kerjasama melalui rundingan dan perbincangan. Semua pihak ada kekuatan dan semua pihak harus dihargai.
8. AMANAH yakin inilah budaya politik Melayu sebenar yang mengutamakan perpaduan dan kesepakatan sambil budaya politik khianat dan fitnah, seperti budaya politik PN perlu dicampak jauh.
9. Sebagai orang Melayu, kita berpegang kepada pepatah Melayu, "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".
10. Sebagai orang Islam p**a, kita wajib berpegang keapada ayat Allah surah Al- Imran 159 yang bermaksud:“dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (pemerintahan) dan kemudian setelah engkau berazam, maka bertawakallah kepada Allah.."
11. Adalah diharap semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan berpegang kepada pepatah Melayu dan ayat Allah ini di mana kepentingan semua pihak diambil berat dan bukan kepentingan satu pihak semata-mata.
Haji Khalid Abd Samad
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara
pada 11 Februari 2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuala
