25/07/2023
Follow ✅ Like ♥️ Share ➡️
⏰23/7/2023⏰
Saringan Kesihatan NHSI dari team Klinik Kesihatan Kuala Selangor dan Pameran Kesihatan dari Unit Promosi Kesihatan PKD Kuala Selangor di Arena Pasir Tuntong, Jeram, Kuala Selangor.
TikTok · PKD KUALA SELANGOR
Check out PKD KUALA SELANGOR's video.
25/07/2023
Peserta dari lokaliti KOSPEN DAERAH KUALA SELANGOR telah menghadiri BENGKEL CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR)
KOMUNITI KOSPEN BENGKEL PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2023 pada 22/7/2023 di Dewan Sri Akasia, Ibu Pejabat AADK, Jln Maktab Perguruan Islam, Kajang.
TikTok · PKD KUALA SELANGOR
Check out PKD KUALA SELANGOR's video.
22/07/2023
Full Body Workout
Jangan lupa sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Bangi pada pukul 9.00 pagi bersama Coach Shukrimi, Coach Athirah, Coach Yusra dan adik-adik dari Kelab Doktor Muda.
22/07/2023
Orang ramai dinasihatkan untuk melakukan aktiviti cari dan musnah sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat jika mengalami gejala denggi yang berupa demam tinggi, sakit otot/ sendi, sakit kepala, pening serta sakit pada belakang mata bagi membolehkan rawatan awal.
12/05/2023
Jangan lupa warga Kospen Daerah Kuala Selangor untuk bersama menyertai Karnival 'Better Hearing & Speech Month' pada esok hari, Sabtu bersamaan 13 Mei 2023 anjuran Hospital Tanjung Karang di bawah Jabatan ENT
Kepada yang berminat, Sila scan QR code dan sertakan nama anda kemudian pilih slot yang sesuai
Jom meriahkan!
Mohon sampaikan kepada semua :)
09/05/2023
Salam dan Selamat tengahari warga Kospen Daerah Kuala Selangor
Hari Hipertensi Sedunia disambut pada 17 May setiap tahun dalam masa yang sama kita meraikan bersama Minggu Kesedaran Garam Sedunia
Bagi mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi atau Hipertensi dan juga bagi mereka yang masih sihat tanpa sebarang penyakit, kuantiti garam yang diambil haruslah sentiasa dijaga bagi membantu mengawal tekanan darah agar sentiasa dalam bacaan normal
Berikut dikongsi 5 tips berkenaan pengambilan garam dalam makanan iaitu:
- amalan CERDIK
- utamakan perisa semulajadi dari yang tiruan
- hadkan pengambilan makanan yang diproses
- amalkan membaca label makanan sebelum membeli sesuatu produk makanan
- hadkan pengambilan garam dalam sehari
Dan jangan lupa bagi mereka yang mempunyai penyakit Hipertensi, pastikan sentiasa mengambil ubat dan patuh pada temujanji di klinik
Bagi mereka yang masih belum mempunyai penyakit, lakukan saringan tahun melalui Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan