03/10/2026
INGAT: BILAS 3 KALI
Kenapa kita perlu bilas tiga kali bekas racun makhluk perosak?
Bekas racun makhluk perosak yang telah kosong masih perlu dikendalikan dengan cermat.
Pengurusan yang betul membantu mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar serta melindungi keselamatan manusia dan haiwan.
Amalkan kaedah mudah ISI โ GONCANG โ TUANG dan ulang proses ini sebanyak 3 kali. Air bilasan hendaklah dituangkan ke dalam tangki semburan untuk digunakan semasa kerja penyemburan.
Selepas selesai proses Bilas 3 Kali, tebuk lubang pada bahagian bawah bekas bagi mengelakkan bekas digunakan semula.
Seterusnya, hantar bekas tersebut ke pusat pengump**an atau saluran pelupusan yang ditetapkan.
Semasa mengendalikan racun dan bekasnya, pastikan PPE yang sesuai digunakan, termasuk pelindung pernafasan, pelindung mata, sarung tangan, pakaian berlengan panjang dan kasut bertutup.
Jangan sesekali membuang bekas atau sisa bilasan ke dalam longkang, sungai, parit atau kawasan terbuka.
Sentiasa baca dan patuhi arahan pada label racun makhluk perosak.
Ingat: Bilas 3 Kali โ Tebuk โ Hantar.
Amalan yang betul membantu melindungi diri, masyarakat dan alam sekitar.
YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Datuk Chan Foong Hin ้ๆณ็ผฃ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Bahagian Kawalan Racun Perosak & Baja