03/06/2026
DITUTUP SEPENUHNYA !!
Isu kacau ganggu lalat yang telah sekian lama membelenggu penduduk di Jalan Raja Abdullah dan kawasan sekitarnya kini telah berjaya diselesaikan dengan penutupan sepenuhnya ladang ayam di kawasan berkenaan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) serta semua agensi dan pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam menyelesaikan isu yang telah lama menjadi kebimbangan masyarakat.
31/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak 2026
Di bumi Malaysia yang bertuah ini, kita hidup dalam kepelbagaian agama, budaya dan bangsa yang menjadi asas kekuatan negara.
Hari Wesak membawa mesej yang cukup indah tentang kasih sayang, belas ihsan, kesederhanaan dan kedamaian. Nilai-nilai ini amat penting dalam membina sebuah masyarakat yang matang, harmoni dan bersatu hati.
Sebagai sebuah parti yang mendukung politik nilai dan rahmah, kami percaya bahawa politik bukanlah medan pertempuran yang menimbulkan kebencian, permusuhan dan pergolakan dalam masyarakat. Sebaliknya, politik seharusnya menjadi wadah idealisme yang murni untuk membina insan, memperkukuh perpaduan, memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa serta menjamin kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.
Ketika ada yang melihat perbezaan sebagai jurang pemisah, marilah kita memilih untuk melihatnya sebagai jambatan yang menghubungkan hati-hati rakyat Malaysia. Kerana masa depan negara ini tidak dibina dengan prasangka dan kebencian, tetapi dengan kepercayaan, hormat-menghormati dan kesediaan untuk bergerak maju bersama.
Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada seluruh penganut Buddha serta mengukuhkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Selamat Hari Wesak 2026
"Kita berbeza kepercayaan, budaya dan latar kehidupan, namun kita berkongsi harapan yang sama untuk sebuah Malaysia yang aman, adil dan sejahtera buat semua."
Parti Amanah Negara Kawasan Kuala Selangor
31/05/2026
Alhamdulillah, Program Korban Perdana Parlimen Kuala Selangor 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil semangat kebersamaan dan kerja berpasukan yang luar biasa.
Parti Amanah Negara Kawasan Kuala Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jawatankuasa, sukarelawan dan rakan-rakan komuniti yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini dari peringkat perancangan sehingga selesai proses agihan.
Terima kasih kepada barisan Jawatankuasa Amanah Kawasan Kuala Selangor, Angkatan Wanita Amanah (AWAN), Wanita Muda Amanah (WARDA) Warda Kualaselangor , Pemuda Amanah Kuala Selangor, petugas Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuala Selangor, pertubuhan komuniti, persatuan penduduk serta masyarakat setempat yang bersama-sama menghulurkan tenaga dan masa demi menjayakan ibadah korban tahun ini.
Program ini membuktikan bahawa apabila kita bergerak sebagai satu pasukan, tiada cabaran yang terlalu besar untuk dihadapi. Kejayaan hari ini bukan hasil usaha individu, tetapi hasil kesatuan hati dan tenaga yang dicurahkan oleh seluruh keluarga besar Amanah Kuala Selangor.
Apa yang paling membahagiakan bukan sekadar melihat program berjalan lancar, tetapi melihat masyarakat berhimpun dalam suasana penuh harmoni, berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim sambil menikmati juadah yang disediakan bersama.
Inilah kekuatan yang sentiasa kami percaya . Politik yang dekat dengan rakyat, kerja yang dilakukan secara bersama, dan manfaat yang kembali kepada masyarakat.
Terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada kejayaan Program Korban Perdana Parlimen Kuala Selangor 2026.
Bersama Berkhidmat. Bersama Membina Masyarakat.