Kelab Kebajikan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu

Kelab Kebajikan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Kebajikan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Government Organization, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Tingkat 14, Wisma Darul Iman, Kuala.

16/04/2026

Lensa video sepanjang Majlis Mahabbah Syawal 144H/2026M Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Kebajikan Pejabat Penasihat Undang -Undang Negeri Terengganu.

Photos from Kelab Kebajikan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu's post 16/04/2026

MAHABBAH SYAWAL 1447H/2026M 🌙✨

Rabu, 15 April 2026 - Sambutan Raya Aidilfitri Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Kebajikan Pejabat Penasihat Undang - Undang Negeri Terengganu dilaksanakan secara bersederhana bagi menyahut seruan Kerajaan agar mengutamakan konsep berhemat dalam setiap keraian.

Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YB Dato' Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak Pegawai Kewangan Negeri, YBhg. Dato' Nara Setia Yang Dipertua MAIDAM, Yang Arif Tuan Yusrin Faidz bin Yusoff Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan Pengurusan Tertinggi Negeri Terengganu dan Warga Kerja Wisma Darul Iman.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga PPUUNT atas komitmen dalam menjayakan majlis ini, dari perancangan hingga pembersihan.

Semoga segala usaha yang dicurahkan dikurniakan keberkatan dan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT. Terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada semua.

Photos from Kelab Kebajikan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu's post 16/03/2026

Pengerusi Kelab, Puan Zulfazliah binti Mahmud, mewakili Kelab telah menyerahkan sumbangan “buah tangan” daripada pihak Kelab kepada semua ahli Kelab sebagai tanda penghargaan dan ingatan sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Semoga sumbangan kecil ini dapat menambah keceriaan dalam menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. 🌙✨

Photos from Kelab Kebajikan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu's post 12/03/2026

11/3/2026 – Kelab Kebajikan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu telah menganjurkan Majlis Iftar Jamaie yang diadakan di Coffee Garden, Paya Bunga Square, Kuala Terengganu.

Program berbuka puasa ini telah dihadiri oleh YB Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Puan Pengarah Pendakwaan Negeri, Puan Pengerusi Kelab dan hampir 45 orang ahli kelab. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan seterusnya diteruskan dengan Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan kepada mantan Ahli Kelab bagi sesi 2023/2025 sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah diberikan.

Penganjuran majlis seperti ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan ahli kelab.

Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua.

11/03/2026

Video Ucapan Hari Raya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada Warga Kerja Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu.

Photos from Kelab Kebajikan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu's post 01/03/2026

26/2/2026 - Kuala Terengganu: Warga kerja Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu photoshoot sempena menyambut hari Raya 2026 di Kampung Budaya, Muzium Negeri Terengganu.

Photos from Kelab Kebajikan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu's post 06/02/2026

Kuala Terengganu - 05/02/2026 : Kelab Kebajikan Pejabat Penasihat Undang - Undang Negeri Terengganu (Kelab L.A) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 (AGM) dengan jayanya.

AGM yang berlangsung di Dewan Syarahan, Wisma Darul Iman tersebut telah dipengerusikan oleh Pengerusi Kelab, Tuan Ahmad Hafizuddin bin Manjur Ahmad dan turut dirasmikan oleh Y.B Penaung Kelab, Y.B Tuan Mohd Nawawi bin Ismail serta turut dihadiri oleh YBrs. Puan Aida Farihan binti M Salleh @ Mohd Nawi, Pengarah Pendakwaan Negeri Terengganu. Turut hadir hampir 45 orang ahli Kelab yang lain.

Sebanyak empat (4) usul telah diusulkan dan dibincangkan di dalam AGM tersebut dan kesemua usul tersebut telah diluluskan sebulat suara oleh ahli Mesyuarat.

AGM tersebut juga telah membubarkan Barisan Kepimpinan Kelab bagi tahun 2023 - 2025 dan pemilihan AJK Kelab yang baru telah dibuat.

Jutaan ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengerusi & AJK Kelab bagi sesi 2023-2025 di atas komitmen & kerja keras dalam menjalankan program - program Kelab sepanjang 2 tahun tersebut.

Tahniah juga diucapkan kepada AJK baru yang telah dipilih yang akan diketuai oleh Pengerusi Kelab yang baru, Puan Zulfazliah binti Mahmud. Semoga Kelab L.A akan bertambah maju.

Photos from Kelab Kebajikan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu's post 06/02/2026

Kuala Terengganu - 04/02/2026 : Kelab Kebajikan Pejabat Penasihat Undang - Undang Negeri Terengganu (Kelab L.A) telah menganjurkan Makan Malam Tahunan Kelab L.A yang berlangsung di Permai Hotel, Kuala Terengganu.

Majlis Makan Malam Tahunan yang mengangkat tema "character" tersebut telah berlangsung meriah dengan kehadiran 56 orang ahli Kelab.

Program yang menjadi tradisi kelab tersebut telah dirasmikan oleh Penasihat Undang - Undang Negeri Terengganu selaku Penaung Kelab L.A, Y.B Tuan Mohd Nawawi bin Ismail dan turut dihadiri oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Terengganu, YBrs. Puan Aida Farihan binti M Salleh @ Mohd Nawi.

Pelbagai hadiah cabutan bertuah telah dihadiahkan kepada semua ahli - ahli Kelab. Terima Kasih kepada para penaja yang telah bermurah hati memberi penajaan dalam pelbagai bentuk kepada pihak kami.

Di majlis tersebut, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi Perlawanan Bowling yang berlangsung pada 03/02/2026 turut diadakan.

Selain itu, pemenang pertandingan mereka cipta logo EKSA peringkat Pejabat Penasihat Undang - Undang Negeri Terengganu juga turut diumumkan pada malam tersebut. Semoga ukhuwah ahli kelab kekal terjalin dan bertambah erat.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Tingkat 14, Wisma Darul Iman
Kuala
20200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00