Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus

Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus

Share

kualanerustourism.my (Pelancongan dan Kebudayaan Kuala Nerus) Government organisation

02/06/2026
01/06/2026

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku
Pada
1 Jun 2026, Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah takzim daripada:
Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Nerus
Serta Warga Kerja
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus

26/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

Ikhlas daripada:
Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Nerus
Serta Warga Kerja
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus

Photos from Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus's post 25/05/2026

𝟐𝟓 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐘𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

Program Penghayatan Hari Arafah Peringkat Daerah Kuala Nerus bagi tahun 2026 bersamaan 1447H telah diadakan dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus yang dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Haji Alias bin Razak, Ahli Parlimen Kuala Nerus di Masjid Kg. Tebauk/Bukit Tunggal, Kuala Nerus.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Haji Ahmad Azizi bin Zulkifli, Pegawai Daerah Kuala Nerus dan turut hadir sama adalah YB Haji Khazan bin Che Mat, ADUN Seberang Takir, YB Lsr. Haji Zaharudin bin Zahid, ADUN Bukit Tunggal, YB Haji Mohd Shafizi bin Ismail, ADUN Batu Rakit dan Ustaz Mohd Sofiyuddin bin Yussof, Pegawai Agama Daerah Kuala Nerus serta Ketua-Ketua Jabatan di daerah Kuala Nerus.

Dalam program tersebut, turut diadakan ceramah khas Lambaian Arafah yang telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Ahmad Raqim An-Nuria, Mudir Pusat Pengajian Pondok Al-Madini, Kuala Nerus.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan hadir menjayakan program ini.

Photos from Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus's post 23/05/2026

𝟐𝟑 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔

𝗞𝗨𝗧𝗜𝗣𝗔𝗡 𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗖𝗨𝗞𝗔𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛

Program Kutipan Luar Cukai Tanah terus dilaksanakan di 𝐁𝐚𝐥𝐚𝐢𝐫𝐚𝐲𝐚 𝐏𝐀𝐊𝐑 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐤𝐨𝐫.

Program ini dilaksanakan bagi memudahkan penduduk sekitar daerah Kuala Nerus membayar cukai tanah dan sekaligus meningkatkan jumlah kutipan cukai tanah di negeri Terengganu khususnya dalam daerah Kuala Nerus.

Terima kasih diucapkan kepada kakitangan PDTKN dan semua pihak yang terlibat bagi menjayakan usaha ini.

21/05/2026

𝐊𝐀𝐔𝐍𝐓𝐄𝐑 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇

Makluman kepada semua Warga Daerah Kuala Nerus tentang 𝐊𝐚𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐁𝐚𝐲𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐂𝐮𝐤𝐚𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 yang akan diadakan seperti jadual dibawah:

Tarikh: 𝟐𝟑 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮)
Masa: 𝟗:𝟬𝟬 𝗣𝗮𝗴𝗶 – 𝟭:𝟬𝟬 𝗣𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴
Tempat: 𝐁𝐚𝐥𝐚𝐢𝐫𝐚𝐲𝐚 𝐏𝐀𝐊𝐑 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐤𝐨𝐫

Kehadiran Tuan/Puan sangat dialu-alukan bagi sebarang urusan pembayaran dan pertanyaan berkenaan cukai tanah dan urusan Pejabat Tanah Kuala Nerus.

20/05/2026

MAKLUMAN PENTING CUKAI TANAH NEGERI TERENGGANU

Dimaklumkan bahawa bermula September 2024, Pentadbiran Tanah Negeri Terengganu tidak lagi mengeluarkan bil cukai tanah kepada pemilik tanah.

Semua pemilik tanah adalah bertanggungjawab untuk menyemak serta menjelaskan cukai tanah masing-masing sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan denda lewat bayar dan tindakan perampasan/dilucuthak.

🗓️ Tempoh bayaran cukai tanah:
✔️ 1 Januari – 31 Mei setiap tahun
⚠️ Bayaran mulai 1 Jun - 31 Disember akan dikenakan denda lewat bayar.

💻 Bayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui:
* Portal e-Tanah Terengganu
* TPay Terengganu
* JomPAY
* Maybank2u

🏢 Bayaran juga boleh dibuat di kaunter Pejabat Tanah berdekatan.

Sila semak maklumat lanjut di:
https://etanah.terengganu.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml

Photos from Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus's post 17/05/2026

𝟏𝟕 ΜΕΙ 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐊𝐄 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐎𝐋𝐄𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐎𝐍𝐀𝐒 (𝐈𝐍𝐒𝐓𝐄𝐏), 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒

KDYMM Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu berkenan mencemar duli ke INSTEP, Kuala Nerus sempena Program Penempatan/Attachment di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus.

Keberangkatan tiba baginda di INSTEP disambut oleh Tuan Haji Ahmad Azizi bin Zulkifli, Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Nerus, Ts. Azhar bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, INSTEP dan Encik Mohammad Ahmad Shazly bin Ramli, Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur. Baginda diiringi untuk lawatan ke Galeri INSTEP Hall of Fame dan diikuti dengan sesi menandatangani plak.

Seterusnya, baginda berkenan mendengar Taklimat Korporat yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif INSTEP. Baginda turut dibawa meninjau sekitar kampus INSTEP serta diberikan penerangan mengenai aktiviti dan fasiliti di kampus berkenaan sebelum diakhiri dengan sesi fotografi.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kompleks Pentadbiran Bandar Al Wathiqu Billah Kuala Nerus
Kuala
21300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00