21/12/2021
Buat semua pelanggan lebuh raya kami, ikuti panduan memandu ketika musim hujan seperti yang disediakan.
Bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan ke Selangor atau bagi mereka yang terjejas berikutan situasi banjir di Selangor, dapatkan maklumat ramalan cuaca terkini melalui MET Malaysia di www.met.gov.my, Hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 atau muat turun Aplikasi myCuaca.
Selain itu, pastikan anda juga menyimpan nombor talian penting atau hubungi nombor berikut sekiranya anda mengalami kecemasan atau bencana
Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor: 03-5035 0920
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor: 03-5123 7333
Jabatan Kerja Raya Selangor: 03-5545 9800
Jabatan Meteorologi Malaysia Hotline: 1-300-22-1638
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia: 999 / 1-800-88-994
JPAM Hotline 24jam Selangor: 03-3371 0820
TNB Hotline: Dial atau SMS 15454
Hotline Bilik Gerakan Bencana Ibu Pejabat JKR: 03-2610 7727
MKN Telegram Link: https://t.me/MKNRasmi
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)
14/07/2019
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dengan segala hormatnya, sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Persatuan Jurutera Pertanian Malaysia (MSAE) akan mengadakan Konferen MSAE 2020 bertemakan “Makanan Kita Masa Depan Kita” yang bertempat di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Jalan Sultan Salahuddin, 50480, Kuala Lumpur pada 7-8 April 2020.
Oleh itu, pihak MSAE dengan segala hormatnya menjemput Y.Bhg. Datuk/ Datin/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk menyertai Konferen MSAE 2020 ini. Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM300 bagi ahli MSAE dan RM400 kepada bukan ahli. Setiap penyertaan akan mendapat T-Shirt MSAE secara percuma.
Pihak MSAE amat menghargai dan berterima kasih sekiranya Y.Bhg. Datuk/ Datin/ Dato’/ Tuan/ Puan dapat mendaftar secara online di http://msae.my/. Sebarang pertanyaan berkenaan program boleh diajukan kepada Sekretariat MSAE Konferen 2020 (e-mel: [email protected] atau No. Tel: +603 9769 6366)
Kerjasama dan perhatian pihak Y.Bhg. Datuk/ Datin/ Dato’/ Tuan/ Puan dalam usaha ini saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
PROF. MADYA DR. ROSNAH SHAMSUDIN
Presiden
Persatuan Jurutera Pertanian Malaysia (MSAE) Sesi 2019/2021
03/07/2019
Taklimat Hala Tuju LPP Terengganu sempena lawatan rasmi YBhg Dato Pengerusi LPP ke LPP Terengganu
16/06/2019
Page Rasmi Konsortium Kilang Padi PP Terengganu Sdn. Bhd.
Konsortium Kilang Padi PP Terengganu Sdn. Bhd.
KONSORTIUM KILANG PADI PP TERENGGANU SDN. BHD.
Lot PT 3058 Baroh Masin, Mukim Pasir Akar, 22000 Jerteh, Terengganu
25/04/2019
Townhall YBhg. Dato' Mohd Sallehuddin Bin Hassan KSU MOA bersama pegawai kumpulan pengurusan dan professional LPP.
23/04/2019
Mesyuarat penyelarasan antara Bahagian Kejuruteraan dengan Pejabat Jurutera Wilayah dan Mesyuarat Pengurus PPN Jentera bil 1/2019.
19/04/2019
Warga kerja Pejabat Jurutera Wilayah Timur mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas perlantikan Puan Azulita Salim selaku Ketua Pengarah(KP) Lembaga Pertubuhan Peladang yang baharu.
Semoga dengan komitmen dan semangat beliau yang sentiasa komited dalam melahirkan generasi Peladang yang progresif dan inovatif akan membawa nama peladang ke persada dunia!!
■ Membudayakan Imej Peladang Korporat
15/04/2019
Lawatan pemantauan kerja - kerja pembekalan mesin dan peralatan (Fasa 3) untuk Konsortium Kilang Padi PP Gerai.
21/03/2019
Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian Dan Makanan 2019 dirasmikan oleh Y.B Dato' Salahuddin Ayub Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani.