21/04/2026
๐๐ง๐ฌ๐๐ง๐ญ๐ข๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ฅ๐ฎ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ค๐๐ง๐๐ง : ๐๐๐ฅ๐๐ค๐๐ง ๐๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ฅ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง
Dalam situasi semasa yang dipengaruhi oleh krisis tenaga global serta peningkatan kos pengeluaran, usaha memperkukuh pengeluaran makanan tempatan menjadi semakin penting.
Sehubungan itu, insentif pengeluaran tanaman makanan sebanyak RM200 bagi setiap tan metrik diperkenalkan sebagai galakan kepada pengusaha untuk meningkatkan hasil tanaman dan menyokong keterjaminan makanan negara.
Melalui insentif ini, jumlah bantuan akan dikira berdasarkan hasil pengeluaran semasa dengan had maksimum sebanyak RM1,000 bagi setiap penerima.
โ
- Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berdaftar dalam sistem GeoTanaman, serta memiliki sijil myGAP atau myOrganic yang masih sah khusus bagi tanaman makanan.
โ
- Pemohon perlu mempunyai akaun Agrobank yang aktif, kerana pembayaran bantuan akan dibuat melalui kaedah pindahan elektronik (EFT).
โ
- Bagi melengkapkan permohonan, beberapa dokumen perlu disediakan, termasuk salinan kad pengenalan atau dokumen pendaftaran syarikat (SSM), salinan sijil pensijilan myGAP atau myOrganic yang masih aktif serta rekod hasil pengeluaran seperti ringkasan pengeluaran, rekod jualan dan invois yang disahkan melalui borang berkaitan.
โ
- Maklumat akaun Agrobank yang aktif perlu dikemukakan bagi tujuan penyaluran dana.
โ
- Proses permohonan bermula dengan penghantaran borang lengkap ke Pejabat Pertanian Daerah berhampiran.
โ
- Permohonan seterusnya akan dinilai dan disahkan sebelum dimajukan ke Jabatan Pertanian Negeri untuk kelulusan.
โ
โ
- Setelah diluluskan oleh Ketua Pengarah Pertanian, bayaran insentif akan dikreditkan terus ke akaun pemohon melalui akaun Agrobank.
Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban kos pengeluaran, malah menggalakkan pengeluaran makanan tempatan secara lebih mampan.
Dalam menghadapi cabaran krisis tenaga global, peningkatan pengeluaran domestik merupakan langkah strategik bagi memastikan bekalan makanan negara terus mencukupi dan stabil.
Borang permohonan : https://t.me/mydoa_hq/2491
Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia
08/04/2026
๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐จ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ ๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ
20/03/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
"Di sebalik senyuman dan kemeriahan, tersimpan nostalgia yang mendewasakan kita, mengajar erti kasih, sabar dan syukur."
Semoga Aidilfitri ini terus menyinari kehidupan kita dengan keberkatan dan kebahagiaan yang berpanjangan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas daripada seluruh warga kerja
Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor.
Jabatan Pertanian Negeri Selangor
Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor
06/03/2026
Tahukah anda, serai boleh dituai dalam tempoh 6 hingga 8 bulan selepas ditanam dan mampu memberikan hasil sehingga 36โ45 tan sehektar pada tahun pertama jika diurus dengan baik?
Serai merupakan tanaman herba yang mudah diusahakan dan mempunyai permintaan tinggi dalam masakan, industri makanan serta penghasilan minyak pati yang kaya dengan kandungan citral.
Penanaman boleh dimulakan dengan tanah gembur berpasir, menggunakan 2โ3 batang serai bagi setiap lubang dan jarak tanaman sekitar 0.6 hingga 1.0 meter bagi memastikan kepadatan tanaman yang optimum.
Bagi memastikan pertumbuhan yang baik, pembajaan menggunakan NPK 15:15:15 sebanyak 400 kg/ha perlu dibahagikan kepada tiga fasa.
Dengan pengurusan yang betul, tanaman serai juga boleh dituai beberapa kali setahun dan menjadi sumber pendapatan yang stabil kepada pengusaha.
Rujuk infografik Panduan Menanam Serai untuk mengetahui langkah penanaman dan penjagaan secara lebih lengkap.
Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia
26/02/2026
Hebahan Permohonan untuk menyertai Program Farmers Field School Bagi Tahun 2026. Permohonan boleh dibuat sehingga 31 Mei 2026. Sila scan pada pada pautan QR Code yang ada didalam poster.
Permohonan untuk menyertai Program Farmers Field School tahun 2026 telah dibuka sehingga 31 May 2026. Jom ramai ramai sertai program ini, Sila scan pada pada pautan QR Code yang ada didalam poster.
26/02/2026
๐ง๐๐ช๐๐ฅ๐๐ก ๐ฆ๐๐ช๐๐๐ก ๐ง๐๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ ๐ข
๐ ๐ฃ๐จ๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐, ๐๐จ๐๐จ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ
๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ธ : 13 Mac 2026 (Jumaat), 10.30 pagi
โถ๏ธ ๐๐ฒ๐ป๐ถ๐ ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ท๐ฒ๐ธ : Fertigasi Meja
โถ๏ธ ๐๐ฒ๐น๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป : 200 unit fertigasi meja
๐ ๐๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐บ๐ผ๐ต๐ผ๐ป๐ฎ๐ป : https://drive.google.com/file/d/1OIc7lS5_AOmGjnFRseWldyMf73hPlV7z/view?usp=drivesdk
๐ ๐๐ผ๐ธ๐ฎ๐๐ถ : https://maps.app.goo.gl/s7XWkVXu25rFPCJV6?g_st=iw
๐ ๐ฃ๐จ๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐ง๐๐ก๐๐ข๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐๐ก๐, ๐๐จ๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ
๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ธ : 12 Mac 2026 (Khamis), 10.30 pagi
โถ๏ธ ๐๐ฒ๐ป๐ถ๐ ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ท๐ฒ๐ธ : Ladang Organik
โถ๏ธ ๐๐ฒ๐น๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป : 1.0 ekar
๐ ๐๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐บ๐ผ๐ต๐ผ๐ป๐ฎ๐ป : https://drive.google.com/file/d/1lIhwg4lLmeKs6Wsovl_xZIDgIJ2fjUZ7/view?usp=drivesdk
๐ ๐๐ผ๐ธ๐ฎ๐๐ถ : https://share.google/voYWtR3Kkq12VOdkh
๐ข โผ๏ธ Terbuka kepada semua yang berminat dengan syarat - syarat permohonan seperti:
โ
๏ธ Warganegara Malaysia & berumur 18 tahun ke atas
โ
๏ธ Tidak muflis (sertakan laporan CCRIS/CTOS)
โ
๏ธ Berminat, berpengalaman dan terlatih dalam bidang ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ถ๐ฎ๐ป ๐ผ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ป๐ถ๐ธ
โ
๏ธ Mempunyai kecukupan modal
Jabatan Pertanian Malaysia
Pejabat Pertanian Hulu Selangor & Pusat Latihan Pertanian Kalumpang
Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang
19/02/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐โจ
Rasulullah SAW bersabda, โBarangsiapa memberi makan orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka baginya pahala seperti pahala mereka, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.โ ๐
Semoga setiap langkah kita di bulan ramadhan yang mulia ini menjadi ladang pahala dan penghapus dosa. ๐คฒ
Jabatan Pertanian Negeri Selangor
Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor
16/02/2026
Selamat Tahun Baru Cina!
Gong Xi Fa Cai! ๐งงโจ
Semoga Tahun Baru Cina kali ini membuka lembaran baharu yang penuh rezeki melimpah ruah, kesihatan berpanjangan dan kejayaan yang luar biasa! ๐งจ๐
Jabatan Pertanian Negeri Selangor
Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor
13/01/2026
๐ข ๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐ข๐๐ข๐ก๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐ก๐๐จ๐๐๐ง๐ข๐ฅ ๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐ก๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ
๐ ๐ข๐๐จ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐
โถ๏ธ Indoor Farming
โถ๏ธ Internet Of Things (IOT)
โถ๏ธ Kejenteraan Pertanian Dan Dron Pertanian
โถ๏ธ Perladangan Organik Dan Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
๐๐ข๐๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐
โถ๏ธ Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor, Selangor
โถ๏ธ Pusat Latihan Kejenteraan Pertanian Tanjung Karang, Selangor
Borang permohonan boleh didapati dengan mengimbas QR Code pada iklan atau pada pautan di bawah:
https://forms.gle/QPVsMcdHMA4RHLYy9
๐ฆ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ง-๐ฆ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐ข๐๐ข๐ก๐๐ก
โถ๏ธ Warganegara Malaysia
โถ๏ธ Belia berusia 18-35 tahun
โถ๏ธ Lahir di negeri Selangor/Bermastautin tetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun
โถ๏ธ Berminat sepenuhnya dalam mengusahakan projek pertanian
โถ๏ธ Mempunyai pengalaman dalam bidang teknikal tanaman adalah digalakkan
โถ๏ธ Kelayakan minimum adalah mempunyai sijil SPM/ SPMV, Institut Pertanian, Diploma, Ijazah Bidang Berkaitan
โถ๏ธ Bersedia menyumbang masa dan tenaga dalam menjayakan program ini
๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ฅ๐ง๐
โถ๏ธ 15 Peserta
โถ๏ธ Peserta akan disaring dan menjalani tapisan temuduga
โถ๏ธ Pemohon yang tidak menerima sebarang panggilan dianggap ๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฌ๐
๐๐๐ ๐จ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐๐๐๐ก
โถ๏ธ Elaun
โถ๏ธ Tempat Penginapan
๐ง๐๐ฅ๐๐๐ ๐ง๐จ๐ง๐จ๐ฃ ๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐ข๐๐ข๐ก๐๐ก
โถ๏ธ 8 Februari 2026 (Ahad)
๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐๐๐ฏ๐๐ป๐ด๐ถ
โถ๏ธ Jabatan Pertanian Negeri Selangor (Bahagian Pembangunan Modal Insan): (03-55189888)
โถ๏ธ Pusat Latihan Pertanian Kalumpang: (03-60491744)
โถ๏ธ Pusat Latihan Kejenteraan Pertanian Tanjong Karang: (03-32695501)
โถ๏ธ Encik Mohd Azman: (013-5959330)
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Selangor
Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang
Pejabat Pertanian Hulu Selangor & Pusat Latihan Pertanian Kalumpang
13/01/2026
๐ฑ AGROPRENEUR NEXTGEN 2026 ๐ฑ
โจ Penjenamaan Semula Program Bermula Tahun 2026 โจ
Permohonan Geran Agropreneur NextGen kini dibuka dengan wajah baharu bermula TAHUN 2026, khas untuk belia yang ingin memulakan atau mengembangkan projek dalam sektor tanaman, ternakan dan perikanan.
๐ผ Bantuan berbentuk barangan sehingga:
๐น RM30,000 โ Start-Up
๐น RM50,000 โ Scale-Up
๐ 3 Langkah Mudah Memohon:
1๏ธโฃ Daftar akaun di portal eGAN
2๏ธโฃ Lengkapkan borang permohonan
3๏ธโฃ Hantar & tunggu keputusan
๐ Permohonan dibuka sepanjang tahun.
๐ 2026 menandakan era baharu sokongan KPKM kepada agropreneur belia!
๐ Layari: https://app-egam.kpkm.gov.my/user/register/create
11/12/2025
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐..
Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah dan Ucap Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj daripada warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Selangor serta Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor umumnya..
Semoga Allah SWT Melanjutkan Usia dan Merahmati Pemerintahan Tuanku..
09/12/2025
*PERTANDINGAN MAKANAN WARISAN SEMPENA PROGRAM KARNIVAL PUTRA @ SAWAH SEMPADAN, TANJONG KARANG*
Universiti Putra Malaysia melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UPM) akan menganjurkan PERTANDINGAN MAKANAN WARISAN sempena PROGRAM KARNIVAL PUTRA @ SAWAH SEMPADAN, TANJONG KARANG pada ketetapan seperti berikut:
๐ *Tarikh: 14 Disember 2025 (Ahad)*
โฐ *Masa: 8.30 โ 10.30 pagi*
๐ *Tempat: Dewan Pusat Komuniti Kampung Kunci Air Buang, Tanjong Karang*
๐๏ธ *Tarikh tutup penyertaan: 8 Disember 2025*
โ
Penyertaan terbuka kepada Komuniti
*(TERHAD 15 PENYERTAAN SAHAJA SETIAP KATEGORI)*
โ
Syarat pertandingan ada dinyatakan di dalam poster pertandingan.
โ
Berminat boleh mendaftarkan penyertaan melalui pautan berikut: https://bit.ly/PertandinganMakananWarisan atau scan QR Code di poster.
โ๏ธSebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi urus setia pertandingan Puan Faridah Abdullah 011-56378792.
Sekian, terima kasih.