Terengganu Contact Centre

Call Directions Contact the organization

Terengganu Contact Centre https://linktr.ee/tecc.trg

TeCC, saluran untuk berhubung dengan kerajaan negeri, pertanyaan, aduan dan informasi negeri.

π“π€πŒπ€π ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆπƒπŽππ† ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 ππ„πŒπ”π‹πˆπ‡π€π‘π€π€π π€π‹π€πŒPULAU BIDONG, 7 Oktober 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu,...
08/10/2026

π“π€πŒπ€π ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆπƒπŽππ† ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 ππ„πŒπ”π‹πˆπ‡π€π‘π€π€π π€π‹π€πŒ

PULAU BIDONG, 7 Oktober 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham mengadakan lawatan kerja ke Pulau Bidong bagi meninjau perkembangan serta pengurusan p**au berkenaan susulan pewartaannya sebagai Taman Negeri Terengganu.

Turut mengiringi, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri (MPTN) Terengganu, YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak. Antara pengisian lawatan, beliau meninjau perkembangan projek dan kemudahan di Pulau Bidong serta menyempurnakan simbolik pemasangan papan tanda Taman Negeri Pulau Bidong.

Pewartaan Pulau Bidong sebagai Taman Negeri Terengganu memperkukuh usaha pemuliharaan alam dan biodiversiti, di samping memastikan khazanah semula jadi p**au berkenaan terus dipelihara serta diurus secara terancang dan lestari.



𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 π’πˆπ’π€ 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐉𝐀𝐋 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐑𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 πƒπˆππ„π‘πˆ ππ„π‘π‡π€π“πˆπ€πPULAU REDANG, 6 Oktober 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB D...
08/10/2026

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 π’πˆπ’π€ 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐉𝐀𝐋 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐑𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 πƒπˆππ„π‘πˆ ππ„π‘π‡π€π“πˆπ€π

PULAU REDANG, 6 Oktober 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham mengiringi YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar dalam lawatan ke Loji Rawatan Kumbahan (Sewage Treatment Plant - STP) dan Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu Pulau Redang, hari ini.

Lawatan tersebut memberi tumpuan kepada operasi STP, kemudahan insinerator serta sistem pengurusan sisa pepejal, termasuk pembangunan rumah sampah MBKT bagi menambah baik pengurusan sisa di p**au berkenaan.

Pengurusan sisa pepejal dan kumbahan yang cekap dan mampan penting bagi memastikan kebersihan serta keselesaan penduduk dan pengunjung, di samping memelihara kelestarian alam sekitar dan ekosistem marin Pulau Redang.



πŸ”πŸŽ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π€π–π€πŒ π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐀𝐏𝐂 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ”KUALA TERENGGANU, 6 Oktober 2026 – Seramai 60 warga perkhidmatan aw...
06/10/2026

πŸ”πŸŽ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π€π–π€πŒ π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐀𝐏𝐂 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ”

KUALA TERENGGANU, 6 Oktober 2026 – Seramai 60 warga perkhidmatan awam menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2026 dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham.

Dalam ucapannya, YB Dato’ Haji Mohd Azmi berkata pengiktirafan tersebut merupakan penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi warga perkhidmatan awam dalam melaksanakan amanah, selaras dengan aspirasi β€œPentadbiran Dinamik, Perkhidmatan Cemerlang”.

Sementara itu, YAB Menteri Besar Terengganu menegaskan bahawa kecemerlangan pentadbiran negeri merupakan hasil sumbangan seluruh warga kerja tanpa mengira jawatan dan peranan masing-masing, selain menyeru agar semangat kerjasama sebagai sebuah keluarga besar perkhidmatan awam terus dipelihara.



𝐀𝐓𝐋𝐄𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 π’π”πŠπŒπ€, 𝐏𝐀𝐑𝐀 π’π”πŠπŒπ€ π“π„π‘πˆπŒπ€ πˆππ’π„ππ“πˆπ… π‘πŒπŸ.πŸ“πŸ“πŸ– 𝐉𝐔𝐓𝐀KUALA TERENGGANU, 5 Oktober 2026 – Kerajaan Negeri Tereng...
06/10/2026

𝐀𝐓𝐋𝐄𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 π’π”πŠπŒπ€, 𝐏𝐀𝐑𝐀 π’π”πŠπŒπ€ π“π„π‘πˆπŒπ€ πˆππ’π„ππ“πˆπ… π‘πŒπŸ.πŸ“πŸ“πŸ– 𝐉𝐔𝐓𝐀

KUALA TERENGGANU, 5 Oktober 2026 – Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan peruntukan berjumlah RM1.558 juta sebagai insentif kemenangan kepada atlet Terengganu yang berjaya mengharumkan nama negeri pada temasya SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026.

Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham yang mewakili Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar berkata, insentif tersebut merupakan penghargaan Kerajaan Negeri terhadap komitmen, pengorbanan dan usaha para atlet sepanjang menyertai kedua-dua temasya berkenaan.

β€œPencapaian yang diraih bukan sekadar diukur melalui jumlah pingat, tetapi mencerminkan semangat juang, disiplin dan ketabahan para atlet dalam membawa nama Terengganu,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi dan Penyampaian Insentif Kontinjen SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026.

Beliau turut berharap agar para atlet terus meningkatkan prestasi dan melakar kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang, selain merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan kontinjen negeri.

Pada SUKMA XXII, kontinjen Terengganu menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan kutipan 43 pingat emas, 44 perak dan 36 gangsa, manakala kontinjen PARA SUKMA p**a meraih tujuh emas, 11 perak dan 19 gangsa.



πŠπ”ππ‰π”ππ† π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π‹πˆπ€ 𝐃𝐀𝐍 π’π”πŠπ€π 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„ππ†π€πˆπ‘π€π 𝐃𝐀𝐍 π’π€π‹πˆπ‘π€π ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔KUALA TERENGGANU, 04 Oktober...
05/10/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ† π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π‹πˆπ€ 𝐃𝐀𝐍 π’π”πŠπ€π 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„ππ†π€πˆπ‘π€π 𝐃𝐀𝐍 π’π€π‹πˆπ‘π€π ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

KUALA TERENGGANU, 04 Oktober 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, bersama Timbalan Pengarah (Belia), Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi di Bilik Tamu, Wisma Darul Iman, hari ini.

Kunjung hormat tersebut bagi membincangkan persediaan dan penyelarasan berkaitan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu.

Dalam sesi berasingan, beliau turut menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu (JPS), Ir. Ts. Gs. Osman bin Abdullah bersama Timbalan Pengarah (Pembangunan), Ir. Gs. Wahiddin.

Pertemuan tersebut turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan serta membincangkan perkara berkaitan projek-projek antara JPS dengan Kerajaan Negeri Terengganu.



πŸ“’ ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π πŠπ„πŒππ„π 𝐂𝐀𝐒𝐇𝐋𝐄𝐒𝐒 ππ„ππ“π€πƒππˆπ‘π€π 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇Mulai 1 Oktober 2026, semua urusan bayaran tanah dilaksanakan secara atas ...
04/10/2026

πŸ“’ ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π πŠπ„πŒππ„π 𝐂𝐀𝐒𝐇𝐋𝐄𝐒𝐒 ππ„ππ“π€πƒππˆπ‘π€π 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇

Mulai 1 Oktober 2026, semua urusan bayaran tanah dilaksanakan secara atas talian atau menggunakan kad debit/kredit.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha memperluas penggunaan transaksi digital dalam urusan pentadbiran tanah, sekali gus memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk berurusan dengan lebih mudah dan lancar.

Jom sokong dan bersama-sama jayakan Kempen Cashless Pentadbiran Tanah!

Kerjasama semua pelanggan untuk mematuhi pelaksanaan ini amatlah dihargai.




ππ„ππ“π€πƒππˆπ‘π€π π’π”πŠ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 π‘π€πˆπ‡ 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 π‹πˆπŒπ€ ππˆππ“π€ππ† 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 π€π–π€πŒPUTRAJAYA, 1 Oktober 2026 - Pentadbiran Seti...
04/10/2026

ππ„ππ“π€πƒππˆπ‘π€π π’π”πŠ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 π‘π€πˆπ‡ 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 π‹πˆπŒπ€ ππˆππ“π€ππ† 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 π€π–π€πŒ

PUTRAJAYA, 1 Oktober 2026 - Pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu terus menunjukkan komitmen terhadap pengurusan aduan awam yang cekap dan responsif apabila menerima Penarafan Lima Bintang Naziran Pengurusan Aduan Awam Peringkat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri bagi tahun 2025.

Penarafan lima bintang berkenaan merangkumi lima aspek utama iaitu Kecekapan Respons Awam, Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan, Kecekapan Proses Kerja, Tadbir Urus Pengaduan Awam dan Keunggulan Inovasi Digital.

Sijil pengiktirafan berkenaan diterima Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar dalam Majlis Apresiasi Penarafan Naziran Pengurusan Aduan Awam yang berlangsung di Dewan Damar Sari, Putrajaya, hari ini.

Pencapaian tersebut mencerminkan komitmen berterusan Pentadbiran SUK Terengganu dalam memastikan pengurusan aduan awam dilaksanakan secara cekap, responsif dan berkesan, selaras dengan aspirasi Pentadbiran Dinamik, Perkhidmatan Cemerlang bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta memenuhi keperluan rakyat.



π“π€π‡ππˆπ€π‡ ππ„ππ“π€πƒππˆπ‘π€π π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔!Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pentadbiran Setiausaha Kerajaan N...
04/10/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ ππ„ππ“π€πƒππˆπ‘π€π π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu atas pencapaian Penarafan Lima (5) Bintang daripada Jabatan Perdana Menteri – Biro Pengaduan Awam (BPA).

Pengiktirafan ini merangkumi kecemerlangan dalam aspek:
πŸ”ΉKecekapan Respons Awam
πŸ”Ή Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan
πŸ”Ή Kecekapan Proses Kerja
πŸ”Ή Tadbir Urus Pengurusan Aduan
πŸ”Ή Keunggulan Inovasi Digital

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan seluruh warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, pantas, responsif, berintegriti dan berorientasikan rakyat.

β€œππžπ§π­πšππ›π’π«πšπ§ πƒπ’π§πšπ¦π’π€, 𝐏𝐞𝐫𝐀𝐑𝐒𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 π‚πžπ¦πžπ«π₯πšπ§π β€



π“π€π‡ππˆπ€π‡ ππ„ππ“π€πƒππˆπ‘π€π π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu atas pencapaian Penarafan Lima (5) Bintang daripada Jabatan Perdana Menteri – Biro Pengaduan Awam (BPA).

Pengiktirafan ini merangkumi kecemerlangan dalam aspek:

πŸ”ΉKecekapan Respons Awam
πŸ”Ή Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan
πŸ”Ή Kecekapan Proses Kerja
πŸ”Ή Tadbir Urus Pengurusan Aduan
πŸ”Ή Keunggulan Inovasi Digital

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan seluruh warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, pantas, responsif, berintegriti dan berorientasikan rakyat.

β€œππžπ§π­πšππ›π’π«πšπ§ πƒπ’π§πšπ¦π’π€, 𝐏𝐞𝐫𝐀𝐑𝐒𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 π‚πžπ¦πžπ«π₯πšπ§π β€



www.flagoffasia.comπŸƒβ€β™‚οΈ JOM SERTAI WAQF RUN 2026! πŸ•Œβœ¨100% wang penyertaan diserahkan untuk wakf MAIDAM! Jom abadikan huju...
01/10/2026

www.flagoffasia.com

πŸƒβ€β™‚οΈ JOM SERTAI WAQF RUN 2026! πŸ•Œβœ¨

100% wang penyertaan diserahkan untuk wakf MAIDAM! Jom abadikan hujung minggu anda dengan menyertai program bermakna ini di mana setiap ringgit, setiap sen, dan setiap langkah adalah untuk wakf.

Kehadiran anda juga akan menyerikan lagi kempen β€œJom Ramaikan Saf Subuh, Subuh Macam Jumaat” yang turut diserikan oleh Duta Selebriti KMI Healthcare, Alif Satar!

πŸ“Œ Maklumat Program:
Tarikh Acara: Sabtu, 14 November 2026
Lokasi: Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam

πŸ’° Penyertaan & Pendaftaran:
Tarikh Tutup Pendaftaran: 26 Oktober 2026

Had Penyertaan: Terhad kepada 2,000 pelari sahaja!

🏒 Penganjuran & Sokongan:
Pemilik Acara: MAIDAM
Disokong oleh: KMI Healthcare, Taman Tamadun Islam, dan Perbadanan Wakaf Nasional

Pasukan Teknikal Larian: Terengganu Marathon

πŸ“² Cara Daftar:
Imbas kod QR pada poster atau klik pautan di bio kami sekarang sebelum slot penuh!

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 ππ„π‘π’π€πŒπ€ π’π„πŒπ”π€ ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇, πƒπ€π“π”πŠ 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 πŒππŠπ“ 𝐃𝐀𝐍 π˜π€ππ† πƒπˆππ„π‘π“π”π€ 𝐏𝐁...
01/10/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 ππ„π‘π’π€πŒπ€ π’π„πŒπ”π€ ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇, πƒπ€π“π”πŠ 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 πŒππŠπ“ 𝐃𝐀𝐍 π˜π€ππ† πƒπˆππ„π‘π“π”π€ 𝐏𝐁𝐓 ππˆπ‹. 𝟐/πŸπŸŽπŸπŸ”

KUALA TERENGGANU, 30 September 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Setiausaha Kerajaan Terengganu Bersama Semua Pegawai Daerah, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Bil. 2/2026, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, YBhg. Dato’ Haji Ab. Rasid bin Jusoh; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), YBhg. Dato’ Azran Amin bin Mazlan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg. Dato’ Jusman bin Ibrahim.



Address

Kuala
20000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096006000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terengganu Contact Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Terengganu Contact Centre:

Shortcuts

Share