20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin daripada kami warga Pejabat Pertanian Daerah Kuala Terengganu.
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Pertanian Daerah Kuala Terengganu, Government Organization, Kuala.
20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin daripada kami warga Pejabat Pertanian Daerah Kuala Terengganu.
01/03/2026
PERTANIAN LESTARI, HASIL BERKUALITI 🌱
Jabatan Pertanian Negeri Terengganu mempelawa seluruh rakyat Negeri Terengganu untuk menyertai Kursus Kawalan Perosak Secara Lestari Tanpa Sisa Kimia yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 06 April 2026 (Isnin)
⏰ 9.00 Pagi
📍 Pusat Informasi Pertanian, Bandar Batu Buruk, Kuala Terengganu
🎯 Terhad kepada 50 peserta sahaja
Kursus ini memberi fokus kepada pendekatan kawalan perosak secara semula jadi yang:
✅ Murah
✅ Mudah
✅ Selamat
✅ Mesra alam & tanpa sisa kimia
Peserta akan didedahkan dengan teknik penyediaan racun kos rendah berasaskan bahan semula jadi serta amalan terbaik pertanian lestari bagi meningkatkan kualiti hasil dan keselamatan makanan.
📌 Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua rakyat Negeri Terengganu.
📲 Imbas kod QR pada poster untuk borang permohonan atau pautan berikut : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdXu69JlVNGxc_SdNuOUf-IT12foKmqoRBx-NJw_tO0ebK4gg/viewform
Tempat adalah terhad. Daftar segera bagi memastikan penyertaan anda.
Sebarang pertanyaan:
📞 011-11424181 (Admin)
01/03/2026
📢 [TAKWIM KURSUS PERTANIAN 2026 KINI DIBUKA!]
Geng tani dan orang Terengganu, nak tambah ilmu pertanian secara PERCUMA? Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dah keluarkan jadual kursus untuk sepanjang tahun 2026! 🚜🌱
Daripada pembuatan baja organik hinggalah ke pengurusan tanaman kelapa, macam-macam ada. Rugi kalau tak 'secure' tempat awal-awal!
🗓️ Antara Kursus Menarik:
• April: Kursus Baja & Racun Organik / Asas Fertigasi
• Mei: Agronomi Kopi / Ternakan Kelulut
• Jun: Rancangan Perniagaan & Aliran Tunai
• Ogos: Pengurusan Perosak Berhemah
• Oktober: Hasilan Pisang & Jagung
📝 Perkara Penting Anda Kena Tahu:
1. Siapa Layak? Rakyat Terengganu atau individu yang bermastautin di Terengganu sahaja.
2. Cara Mohon: Iklan & pautan borang akan keluar di website/FB rasmi 1 BULAN sebelum kursus bermula.
3. Kelebihan: Keutamaan diberikan kepada mereka yang ada projek aktif atau baru nak mula!
💡 TIP: Jangan tunggu saat akhir. Pastikan anda 'Follow' dan 'See First' page Jabatan Pertanian Negeri Terengganu supaya tak terlepas tarikh iklan keluar!
Dah plan nak join kursus yang mana? Cuba komen kat bawah, kita tengok kursus mana yang paling laku keras tahun ni! 👇✨
30/12/2025
Nak eksport Hasil Pertanian?
Ini yang anda perlu tahu!
Jom saksikan dan dengar Manis Express bersama Puan Rohaya Binti Yahya, Pegawai Pertanian Kuasa Usaha, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Terengganu di Manis FM pada 30 Disember 2025 jam 3:30 petang ini.
23/12/2025
Iklan sebuatharga : Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Tanpa Senjata Api) di Pejabat Pertanian Daerah Kuala Terengganu, Terengganu.
Hebahan....
Tawaran ini dipelawa kepada syarikat bumiputera yang berpengalaman dan mempunyai pendaftaran yang telah ditetapkan. Tawaran ini bermula tahun 2026 sehingga 2028.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-6229939
16/10/2025
16 OKTOBER 2025 KHAMIS.
MESYUARAT PENYELARASAN TANAMAN PADI MUSIM UTAMA TAHUN 2025/2026 BAGI SKIM NERUS MANIR DI PUSAT PEMBANGUNAN PERTANIAN MANIR/BELARA KUALA TERENGGANU.
TERIMA KASIH KEPADA JABATAN DAN AGENSI , PENGHULU SERTA PETANI PADI YANG HADIR.
08/10/2025
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ahmad Zulkifli Bin Husin, Pembantu Tadbir Pejabat Pertanian Daerah Kuala Terengganu, yang telah kembali ke Rahmatullah pada 8 Oktober 2025 bersamaan 14 Rabiul Akhir 1447H.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |