Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu - JPSNT

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu - JPSNT

Share

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu dahulunya dikenali sebagai Bahagian Pendakwaan, di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Pada 1 Januari 2018, ia telah diasingkan dan bergerak sendiri menjadi sebuah jabatan baru.

02/06/2026
01/06/2026

SELAMAT BERSARA TUAN HAJI MOHD NASIR BIN ABD MANAF

Hilangmu tiada pengganti,
Hanya tinggal kenangan abadi,
Terima kasih jasa diberi,
Akan kami semai dihati.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Nasir bin Abd Manaf, Penolong Pendakwa Syarie, atas segala jasa, khidmat bakti, dan pengorbanan yang tidak ternilai sepanjang berkhidmat di Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu.

Seluruh warga jabatan mendoakan agar Tuan Haji dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga tercinta, dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT dalam menempuh fasa persaraan ini.

Jasamu Dikenang, Budimu Tak Terbilang.

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

26/05/2026

🕋 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 🕌
"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)" — (Surah Al-Kauthar : Ayat 2).
Aidiladha bukan sekadar sambutan, malah ia merupakan manifestasi pengorbanan, ketaatan, dan rasa kesyukuran kita sebagai hamba-Nya. Marilah kita menghayati erti ibadah korban dengan penuh keikhlasan.
Tulus ikhlas daripada Pengarah dan Seluruh Warga Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu.

26/05/2026

🕋 Selamat Menyambut Hari Arafah 1447H / 2026M
Hari Arafah adalah hari penyucian dosa dan penyatuan umat Islam di Padang Arafah. Marilah kita memperbanyakkan doa, zikir, dan amalan kebaikan pada hari yang penuh barakah ini. Marilah kita bersama-sama merebut ganjaran puasa sunat Arafah semoga menghapuskan dosa setahun lalu dan setahun akan datang.
Ikhlas daripada kami di Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu.

Photos from Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu - JPSNT's post 19/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT TUAN HAJI MUKHTAR BIN ABDULLAH
10 Mei 2026 | Alhamdulillah, telah berlangsung satu sesi kunjungan hormat oleh Tuan Haji Mukhtar bin Abdullah ke atas Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu (JPSNT), Tuan Haji Kamalruazmi bin Ismail di pejabat beliau.
Pertemuan yang penuh mahabbah ini turut diserikan dengan penyerahan cenderamata istimewa berupa naskhah buku berjudul "Semakan & Rayuan Di Mahkamah Syariah Di Malaysia". Buku ini merupakan hasil penulisan dan karya ke-15 mutakhir daripada Tuan Haji Mukhtar sendiri.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas kesudian meluangkan masa dan berkongsi ilmu yang sangat bernilai demi manfaat perundangan Syariah. Semoga ukhuwah dan jalinan kerjasama ini terus berkekalan. Insya-Allah.

Photos from Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar's post 18/05/2026
Photos from Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu - JPSNT's post 14/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Brisk Walk 2.0 JPSNT di Bukit Panorama hari ini! Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran dan ucapan daripada KPS, sebelum diteruskan dengan aktiviti warm up bagi membakar semangat semua peserta. Suasana pagi ini cukup meriah dan bertenaga apabila seluruh warga kerja bergandingan bahu melengkapkan aktiviti berjalan cergas demi menyahut seruan gaya hidup sihat. Program diakhiri dengan sesi cool down dan sesi bergambar bersama sebagai kenangan indah hari ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir memeriahkan suasana. Ingat, langkah sihat, JPSNT hebat!

Photos from Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu - JPSNT's post 07/05/2026

Kuliah Dhuha sempena bulan Zulkaedah bagi pengisian rohani seluruh warga JPSNT. Sesi kali ini bertajuk "Pengorbanan Seorang Hamba Untuk Mencapai Redha Allah" yang akan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Tuan Haji Fadzli bin Yusof, Timbalan KPS. Kuliah yang di adakan di Bilik Mesyuarat Aras 4 pada jam 9.00 pagi ini untuk sama-sama menimba ilmu dan mengukuhkan ukhuwah. Semoga usaha kecil ini membawa kita lebih dekat kepada keredhaan Allah SWT. Amin.

05/05/2026

SEKALUNG TAHNIAH ATAS PELANTIKAN M***I TERENGGANU YANG BAHARU
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sahibus Samahah Profesor Dr. Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar atas pelantikan sebagai M***i Terengganu berkuat kuasa mulai 4 Mei 2026.Semoga Allah SWT memberikan kekuatan, taufiq dan hidayah kepada Sahibus Samahah dalam menggalas amanah yang besar ini demi kemaslahatan ummah dan negeri Terengganu Darul Iman.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu, Aras 3 Lot PT60265 Unit 15 , Dataran Alamanda , Kuala Terengganu Darul Iman
Kuala
20000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00