08/10/2026
πππππππππ πππππ ππππ ππππππππππ, ππππππ πππ πππππππππππ πππππππ ππππππππππ πππππππππ πππππππππ ππππππππππ πππππππππππππ ππππππ
ππππππππππ πππππππππππππ ππππππ: ππππππππππππ π πππππ ππππ
ππ ππππ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Insya-Allah, sebagaimana kelaziman, Kerajaan Terengganu sekali lagi akan menjadi tuan rumah bagi program antarabangsa yang dikenali sebagai Terengganu International Summit (TIS).
Pada kali ini, TIS dianjurkan bersempena dengan ulang tahun ketiga perang Taufan Aqsa yang meletus di Palestin pada 7 Oktober 2023. Sebagai tanda solidariti bersama saudara seperjuangan kita di sana, program ini mengangkat tema βMemperingati 3 Tahun Taufan Aqsaβ.
Program ini dianjurkan dengan kerjasama rakan utama, iaitu Terengganu Strategic and Integrity Institute (TSIS), Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) dan Persatuan Belia Sahabat Sejahtera Negeri Terengganu (PBBSSNT). Pelbagai agensi turut terlibat sebagai pemudah cara dan pelaksana.
Program ini akan berlangsung selama lapan hari dengan pelbagai aktiviti. Bermula esok, 9 Oktober, demonstrasi akan diadakan di masjid terpilih di setiap daerah selepas solat Jumaat.
Pada 10 Oktober p**a, Perarakan Bot Demimu Aqsa akan diadakan sepanjang perairan Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus. Bot yang menyertai perarakan ini akan berkumpul di Drawbridge mulai pukul 5.00 petang.
Sepanjang minggu hadapan, beberapa kuliah Maghrib khas bertemakan Taufan Aqsa akan diadakan di masjid terpilih di seluruh negeri.
Kemuncak program adalah pada 16 Oktober, dengan majlis perasmian di Stadium Negeri mulai pukul 8.30 pagi. Majlis ini menyasarkan penyertaan seramai 1,000 orang.
Pada sesi petang, Perbincangan Meja Bulat akan diadakan dengan topik βMasa Depan Dakwah Islam di Alam Melayu dan Dunia Timurβ. Sesi ini akan melibatkan delegasi dari pelbagai negara, termasuk Oman, Palestin, Pakistan, Iran, Tajikistan, Turki, Indonesia dan Thailand.
Selepas solat Asar, pelbagai aktiviti untuk keluarga dan anak muda turut diadakan, antaranya pertandingan mewarna, konvoi motosikal serta sesi santai bersama pempengaruh yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pada sebelah malam, program diteruskan dengan Pidato Taufan Aqsa. Aktiviti tahunan di Terengganu ini kini memasuki tahun ketiga penganjurannya. Jika sebelum ini program tersebut diadakan di Dataran Khairunnisaβ, pada kali ini lokasinya beralih ke Stadium Negeri bagi memberikan lebih keselesaan serta ruang penghayatan kepada seluruh rakyat.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, khususnya pasukan SUK, MAIDAM, JHEAT, UPDI, UBSNT, PDRM, MAHB, TTI, Primula Hotel, PB Hotel, MBKT serta pihak lain yang turut memberikan kerjasama. Penghargaan juga ditujukan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak masjid dan surau, JPKK serta para pempengaruh.
Saya turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua penaja, khususnya MBI, TDM, TI Properties, KMI, TCOMM, KUTT, Ladang Rakyat, Azhar Care serta penaja lain yang tidak dapat saya senaraikan satu persatu.
Semoga Allah SWT membalas segala sumbangan dan bantuan yang diberikan.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
ππ ππ. πππππ ππππππππ ππππππ πππππ ππππ
πππππππππ ππππππππππππ ππππππππππ, ππππππ πππ πππππππππππ πππππππ ππππππ ππππππππππ
08 Oktober 2026 | 25 Rabiul akhir 1448H