IMITS Alur Limbat

Call Directions Contact the organization

IMITS Alur Limbat Jom Berinformasi! Saluran Maklumat DUN & Kerajaan Negeri Terengganu.

21/10/2026

πŸŽ‰ SELAMAT ULANG TAHUN KE-79, AYAH CHIK

Selamat ulang tahun kelahiran ke-79 buat Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Beberapa hari lalu, kita menyaksikan pelancaran Tafsir At-Tibyan, sebuah karya besar yang lahir daripada perjalanan panjang Tuan Guru bersama al-Quran. Ia menjadi antara hadiah ilmu yang amat bermakna buat umat Islam, khususnya di Malaysia.

Usia terus bertambah, namun ilmu yang dicurahkan akan terus hidup, dibaca dan dimanfaatkan oleh generasi demi generasi. Semoga Tafsir At-Tibyan menjadi amal jariah yang pahalanya terus mengalir selagi dimanfaatkan oleh umat.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan Ayah Chik kesihatan, kekuatan, ketabahan dan keberkatan usia untuk terus memimpin perjuangan serta membimbing umat dengan ilmu dan hikmah.

Selamat ulang tahun kelahiran, Ayah Chik. Semoga terus dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. 🀲🏻



21/10/2026
21/10/2026
21/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT i-MiTS HQ KE KLINIK PERUBATAN WILDAN BATU RAKIT DAN DR. RIDZUAN MANUFACTURING

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Klinik Perubatan Wildan Batu Rakit – 24 Jam dan DR. Ridzuan Manufacturing atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada rombongan i-MiTS HQ yang diketuai oleh Al-Fadil Ustaz Kamaruzaman bin Abdullah.

Kunjungan ini merupakan satu inisiatif yang bermakna dalam usaha memperkukuh hubungan silaturahim, bertukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan berterusan, sekali gus membuka ruang kepada pelbagai inisiatif baharu yang mampu memberikan manfaat kepada semua pihak serta menyumbang kepada pembangunan ummah pada masa hadapan, insya-Allah.

Semoga segala usaha murni ini mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

βœ¨πŸŒ™ 𝐇𝐀𝐅𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ” πŸŒ™βœ¨πŸ“– Mengangkat Kalam Allah, Menyatukan Ummah!Alhamdulillah, nantikan sebuah majlis ...
21/10/2026

βœ¨πŸŒ™ 𝐇𝐀𝐅𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ” πŸŒ™βœ¨

πŸ“– Mengangkat Kalam Allah, Menyatukan Ummah!
Alhamdulillah, nantikan sebuah majlis penuh keberkatan yang menghimpunkan para qari dan qariah antarabangsa dalam mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan keindahan bacaan yang memukau jiwa. 🀍

🌟 Saksikan kemerduan bacaan para qari antarabangsa dari Malaysia, Iran dan Tanzania dalam sebuah majlis yang mengangkat keagungan Kalamullah serta menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran.

πŸ“Œ BUTIRAN PROGRAM
πŸ“… Tarikh: 27 November 2026 (Jumaat)
πŸ•• Masa: 6.15 petang – 11.00 malam
πŸ“ Tempat: Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu

Jom bersama-sama mengimarahkan majlis yang penuh barakah ini. Bawa keluarga dan sahabat handai untuk sama-sama menghayati keindahan ayat suci Al-Quran dalam suasana yang istimewa. 🌿

πŸ“² JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!
Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.

✨ Semoga majlis ini menjadi asbab bertambahnya kecintaan kita terhadap Al-Quran dan mengeratkan ukhuwah sesama ummah.

πŸ“– Al-Quran Menyatukan Hati, Membina Ummah.

https://www.facebook.com/share/p/1KSVJY3q6Z/?mibextid=wwXIfr





Address

428C Jalan Serada, Kg Pengadang Baru
Kuala
20050

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 15:30
Sunday 08:30 - 17:00

Telephone

+6096201141

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IMITS Alur Limbat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IMITS Alur Limbat:

Shortcuts

Share