Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu

Call Directions Contact the organization

Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu โ€ข Melahirkan insan Soleh yang beriman, beramal dan berketerampilan

๐Ÿ“š KEM TAHQIQ AL-FAUZ KURIKULUM BERSEPADU DINIYYAH SPM SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI TERENGGANU 2026Kem Tahqiq Al-Fauz Ku...
06/10/2026

๐Ÿ“š KEM TAHQIQ AL-FAUZ KURIKULUM BERSEPADU DINIYYAH SPM SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI TERENGGANU 2026

Kem Tahqiq Al-Fauz Kurikulum Bersepadu Diniyyah SPM Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu Tahun 2026 telah dilaksanakan sebagai salah satu usaha memperkukuh persediaan akademik serta meningkatkan penguasaan calon dalam menghadapi peperiksaan SPM.

๐Ÿ“… Tarikh: 20 September & 6 Oktober 2026
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Auditorium JHEAT
๐Ÿ‘ฅ Penyertaan: SMAASZA, SMA Al-Falah, SMA Maarif, SMA Khairiah dan SMIDI Dungun
๐Ÿค Anjuran: Bahagian Akademik JPINT dengan kerjasama Majlis Pengetua SMANT

Semoga segala usaha dan kesungguhan yang dicurahkan menjadi bekalan terbaik buat semua calon SPM dalam menghadapi peperiksaan, seterusnya memperoleh kejayaan yang cemerlang.

โœจ Selamat maju jaya kepada semua calon SPM!

Berilmu, Berinovasi, Beradab
MengobarTekadDemiJihadTa'lim

๐Ÿ“š SELAMAT MENDUDUKI MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 (MPT4) 2026Selamat menduduki Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) 2026 k...
06/10/2026

๐Ÿ“š SELAMAT MENDUDUKI MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 (MPT4) 2026

Selamat menduduki Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) 2026 kepada semua murid tahun 4 di Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) yg bermula 6 hingga 7 Oktober 2026.

Semoga murid dapat menjawab dengan tenang, yakin dan bersungguh-sungguh serta memperoleh kejayaan yang cemerlang. ๐ŸŒŸ

Selamat maju jaya!

BERILMU โ€ข BERINOVASI โ€ข BERADAB
KURIKULUM BERSEPADU UNGGUL
PENCAPAIAN AKADEMIK TERBILANG MENJELANG 2027

PELAKSANAAN MODUL TAโ€™ZIZ AL-ADAB SIRI 9๐Ÿ“… Tarikh: 4 Oktober 2026 (Ahad)๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 10.00 pagi๐Ÿ“ Tempat: Dewan Audi...
04/10/2026

PELAKSANAAN MODUL TAโ€™ZIZ AL-ADAB SIRI 9

๐Ÿ“… Tarikh: 4 Oktober 2026 (Ahad)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 10.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Auditorium JHEAT

Alhamdulillah, Pelaksanaan Modul Taโ€™ziz Al-Adab Siri 9 peringkat Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan pegawai dan kakitangan JPINT.

Sesi pengisian bertajuk โ€œSemangat Juang dalam Pendidikanโ€ telah disampaikan oleh Ustaz Mat Zubir bin Mat Zin, Penolong Pengarah Pendaftaran & Pembiayaan.

Pengisian ini menekankan kepentingan membina semangat juang, kesungguhan dan keazaman dalam melaksanakan amanah pendidikan. Semangat untuk terus berusaha, berdepan cabaran serta memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan merupakan antara nilai penting dalam membentuk warga pendidikan yang berdaya tahan, berintegriti dan sentiasa komited terhadap amanah yang dipikul.

Semoga pengisian yang disampaikan dapat menyuntik semangat baharu kepada seluruh warga JPINT untuk terus melaksanakan tugas dengan penuh ikhlas, dedikasi dan kesungguhan, demi memperkasa pendidikan Islam serta melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

BERILMU โ€ข BERINOVASI โ€ข BERADAB
MENGOBAR TEKAD DEMI JIHAD TAALIM






02/10/2026
01/10/2026
PERTEMUAN JPINT BERSAMA UPSI๐Ÿ“… 30 September 2026 | 8.30 pagi๐Ÿ“ Bilik Mesyuarat JPINTJPINT hari ini menerima kunjungan piha...
30/09/2026

PERTEMUAN JPINT BERSAMA UPSI

๐Ÿ“… 30 September 2026 | 8.30 pagi
๐Ÿ“ Bilik Mesyuarat JPINT

JPINT hari ini menerima kunjungan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi membincangkan usaha memperkukuh dan memperkasakan Pusat Tafaqquh Fi Din Tok Syeikh Duyong.

Pihak UPSI diwakili oleh Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Abdul Latif, Pengarah, Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Sedekah & Khairat (WEZAS), UPSI dan Ustaz Mohd Hasbi Abdul Rahman, Pensyarah Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.

Turut hadir barisan pengurusan JPINT, antaranya TPO Ustaz Haji Sa'hari Anuar Ahmad, TPA Ustaz Haji Rosdi Mat Rani, Mudir Pusat Tafaqquh Ustaz Haji Abdullah Suhaimi Zakaria, KPP (Pusat Pengembangan Ilmu) Dr. Haji Hazwan Abd Rahman dan Tenaga Pengajar Tafaqquh Ustaz Mohamad Shahrul Azwan bin Mohd Shafie.

Pertemuan ini menjadi ruang untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik JPINTโ€“UPSI dalam usaha memperkasa pendidikan dan pengembangan ilmu Islam, khususnya melalui Pusat Tafaqquh Fi Din Tok Syeikh Duyong.

Memperkasa Ilmu, Menyambung Legasi.

ZIARAH MAHABBAH PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI TERENGGANU29 September 2026 (Selasa) | Hospital Sultan Zainal A...
29/09/2026

ZIARAH MAHABBAH PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI TERENGGANU

29 September 2026 (Selasa) | Hospital Sultan Zainal Abidin (HOSZA)

Pengarah Jabatan Pendidikan Islam Terengganu (JPINT), Tuan Haji Mohd Zaini bin Mohd Nor, berkesempatan menziarahi isteri kepada Guru JPINT, Encik Ahmad Nasyriq bin Marzuki, yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Zainal Abidin (HOSZA) pada tengah hari ini.

Turut bersama dalam ziarah tersebut ialah Penolong Kanan Pengarah (Pengurusan Sumber Manusia), Tuan Haji Mohd Al-Hafiz bin Karim, dan Penolong Pengarah (Perkhidmatan, Latihan & Integriti), Encik Mohd Muis bin Mohd Aminudin.

Saudara Ahmad Nasyriq bin Marzuki, yang merupakan Penolong Kanan Kokurikulum SRIDI Kota Putera, Besut, kini sedang melalui satu ujian apabila isterinya, Puan Siti Nur Aien binti Mohd Nazeri, diuji dengan kesakitan yang berat.

Ziarah ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan JPINT kepada warga kerja yang sedang melalui ujian, di samping menyampaikan doa serta kata-kata semangat agar terus tabah dan kuat dalam menghadapi ketentuan Allah SWT.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna buat Puan Siti Nur Aien binti Mohd Nazeri, memberikan kekuatan dan ketabahan kepada Saudara Ahmad Nasyriq sekeluarga, serta mempermudah segala urusan mereka.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฑูŽุจู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูุŒ ุฃูŽุฐู’ู‡ูุจู ุงู„ู’ุจูŽุฃู’ุณูŽุŒ ุงุดู’ูู ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ุดู‘ูŽุงูููŠุŒ ู„ูŽุง ุดูููŽุงุกูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุดูููŽุงุคููƒูŽุŒ ุดูููŽุงุกู‹ ู„ูŽุง ูŠูุบูŽุงุฏูุฑู ุณูŽู‚ูŽู…ู‹ุง

โ€œYa Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesakitan ini. Sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.โ€

JPINT sentiasa prihatin, menyantuni dan bersama warga kerja dalam setiap keadaan.




BENGKEL KALIGRAFI RUMI PERKASA KREATIVITI DAN KEMAHIRAN MURID SRIDI KUALA BERANGKUALA BERANG, 22 September 2026 โ€“ Jabata...
28/09/2026

BENGKEL KALIGRAFI RUMI PERKASA KREATIVITI DAN KEMAHIRAN MURID SRIDI KUALA BERANG

KUALA BERANG, 22 September 2026 โ€“ Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) menerusi penganjuran bengkel kaligrafi telah memberi peluang kepada murid Tahun 5 Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Kuala Berang untuk meneroka seni penulisan kreatif menerusi Bengkel Kaligrafi Rumi.

Program yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Kompleks Tarbiah dan Tijarah, Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu, Kuala Berang itu dikendalikan oleh Encik Aria Sukaria bin Ramli selaku penceramah dan pembimbing bengkel.

Sepanjang bengkel, para murid didedahkan kepada asas dan teknik kaligrafi Rumi menerusi sesi pengenalan, demonstrasi teknik, latihan amali serta penghasilan karya kaligrafi.

Pendekatan secara praktikal turut memberi ruang kepada murid untuk mengembangkan kreativiti, ketelitian, koordinasi tangan dan mata serta apresiasi terhadap seni tulisan dalam suasana pembelajaran yang santai dan interaktif.

Program diakhiri dengan sesi rumusan, refleksi dan penutup yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman serta pembelajaran yang diperoleh sepanjang bengkel.

Penganjuran program seumpama ini mencerminkan usaha berterusan JPINT dalam memperkaya pengalaman pembelajaran murid melalui aktiviti yang menggabungkan ilmu, kreativiti dan pembentukan sahsiah, selaras dengan aspirasi pendidikan Islam negeri.

Berilmu, Berinovasi, Beradab.
Mengobarkan Tekad Demi Jihad Ta'lim.

JHEAT / PEND / SH / BST / 15 / 2026JHEAT / PEND / SH / KN / 16 / 2026KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENCUCIA...
27/09/2026

JHEAT / PEND / SH / BST / 15 / 2026
JHEAT / PEND / SH / KN / 16 / 2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENCUCIAN DAN KEBERSIHAN BANGUNAN, KAWASAN DAN LAIN-LAIN BERKAITAN DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL IMAN (SMIDI)

Tarikh Tutup Sebut Harga : 06/10/2026 (Selasa)
Masa Tutup : Pada jam 12.00 Tengah hari

*Dokumen Sebut Harga hendaklah dihantar ke Peti Sebut Harga Pejabat JHEAT, Unit Pembangunan Tingkat 4, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 20676 Kuala Terengganu.

1. Lawatan tapak adalah DIGALAKKAN. Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 09-6252525 sambungan 5407.

2. Hebahan iklan juga disertakan.

Address

Kuala

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 16:30

Telephone

+6096252525

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu:

Shortcuts

Share