07/09/2015
Viral minggu ini: Kilang tepung ada babi?
Ramai yang masih 'pm' kami berikutan isu tepung ini. Di sini kami sertakan jawapan dan maklum balas daripada syarikat berkenaan untuk rujukan anda! Kes tersebut telah selesai dan ianya merupakan salah faham pengguna.
P/s: Pastikan anda membaca kenyataan di bawah sehingga habis!
07/09/2015
Soalan Pengguna : Status Kehalalan Perasa (Flavour) V**e
Baru-baru ini kami menerima beberapa pertanyaan berkenaan dengan status kehalalan perasa (flavour) V**e. Untuk pengetahuan, JAKIM selaku badan pensijilan halal terikat dengan fatwa. Terkini, kita mengetahui bahawa hukum penggunaan V**e adalah Haram. Oleh yg demikian, JAKIM tidak perlu membuat penelitian status halal kandungan perasa (flavour) kerana V**e telah diputuskan Haram oleh fatwa. Mari kita amati hujah - hujah yang dikemukakan oleh M***i Wilayah Persekutuan melalui capaian berikut : http://muftiwp.gov.my/index.php…
07/09/2015
Semak status halal produk anda di Direktori Halal Malaysia!
Layari www.halal.gov.my
Halal - Home
Mengkaji, mengesah dan mengawalselia semua produk makanan dan barangan gunaan Islam supaya terjamin suci dan halal dengan cekap dan berkesan.
02/06/2015
Jabatan Pengurusan Halal Terengganu akan menganjurkan satu forum bertajuk "Teka-teki dan Isu Dalam Pensijilan Halal Malaysia" pada 9 JUN 2015 bertempat di Dewan Auditorium MAIDAM bermula pada jam 8 pagi - 12 tgh hari. Semua yang berkelapangan dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai isu dan persoalan dalam pensijilan Halal Malaysia dijemput hadir. Terima kasih