Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Directions Website Contact the organization

Majlis Perbandaran Kuala Selangor SELAMAT DATANG KE LAMAN SOSIAL MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR. Kuala Selangor Indah dan Bersejarah

OPERASI MENUTUP LALUAN PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI RENTAK PERDANA, KAMPONG SERI SENTOSA DAN KAMPONG HARMONIMajlis Perband...
17/09/2026

OPERASI MENUTUP LALUAN PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI RENTAK PERDANA, KAMPONG SERI SENTOSA DAN KAMPONG HARMONI

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melalui Jabatan Kesihatan dan Persekitaran telah melaksanakan operasi menutup laluan pembuangan sampah haram pada 16 September 2026 (Rabu), bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang di tiga lokasi, iaitu berhampiran Rentak Perdana, Kampong Seri Sentosa, Ijok dan Kampong Harmoni, Ijok.

Tindakan melibatkan kerja-kerja mengorek dan menutup keseluruhan 10 laluan masuk yang dikenal pasti berpotensi digunakan oleh lori dan jentera berat untuk aktiviti pembuangan sampah secara haram. Sebanyak satu laluan berhampiran Rentak Perdana, lapan laluan di Kampong Seri Sentosa serta satu laluan utama di Kampong Harmoni telah dikorek dan ditutup, selain pemasangan tali tape larangan membuang sampah.

Sepanjang operasi, pasukan MPKS turut berdepan cabaran apabila berlaku gangguan daripada pengendali tapak semasa pergerakan keluar pasukan di Kampong Harmoni. Keadaan bagaimanapun berjaya dikawal dan operasi diteruskan mengikut prosedur serta mengambil kira aspek keselamatan petugas.

Tindakan berterusan ini merupakan komitmen MPKS dalam mencegah aktiviti pembuangan sampah secara haram melalui langkah pencegahan dan pemantauan di lokasi-lokasi berisiko. MPKS akan terus mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan kawasan pentadbiran Kuala Selangor kekal bersih, selamat dan terpelihara.

TAHNIAH 30 NAMA BERTUAH SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN MPKS SECARA DALAM TALIANMajlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ...
17/09/2026

TAHNIAH 30 NAMA BERTUAH SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN MPKS SECARA DALAM TALIAN

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merakamkan ucapan tahniah kepada 30 orang peserta yang telah terpilih sebagai nama bertuah sempena penganjuran Hari Bertemu Pelanggan MPKS Secara Dalam Talian yang telah berlangsung pada 12 dan 13 September 2026.

Para pemenang boleh membuat tuntutan hadiah bermula 22 hingga 24 September 2026 (Selasa hingga Khamis), dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang di Unit Korporat, Pelancongan dan Perhubungan Awam, MPKS.

Sila rujuk senarai nama bertuah seperti yang tertera pada poster untuk membuat tuntutan hadiah dalam tempoh yang ditetapkan.

Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang dan terima kasih atas penyertaan serta sokongan warga Kuala Selangor dalam menjayakan Hari Bertemu Pelanggan MPKS Secara Dalam Talian.

GOTONG-ROYONG PASAR AWAM PASIR PENAMBANG SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA 2026Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) akan me...
17/09/2026

GOTONG-ROYONG PASAR AWAM PASIR PENAMBANG SEMPENA HARI CUCI MALAYSIA 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) akan menganjurkan Program Gotong-Royong Pasar Awam Pasir Penambang sempena Hari Cuci Malaysia Tahun 2026, Daerah Kuala Selangor.

Program ini akan berlangsung pada:

Tarikh: 26 September 2026 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Pasar Awam Pasir Penambang

Antara aktiviti yang akan dijalankan termasuk:

β€’ Pembersihan kawasan pasar dan petak peniaga masing-masing
β€’ Pengasingan sisa kitar semula
β€’ Kutipan minyak masak terpakai pada harga RM3 sekilogram
β€’ Kempen kesedaran kebersihan kepada para peniaga dan pengunjung

Ayuh bersama-sama kita berganding bahu menjadikan Pasar Awam Pasir Penambang lebih bersih, kemas dan selesa untuk semua.

Kebersihan bukan sekadar tanggungjawab, tetapi budaya yang perlu dipupuk bersama.

Jom Cuci Malaysia! Jom kita jayakan Hari Cuci Malaysia 2026!

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia...
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tanggal 16 September menjadi simbol penyatuan rakyat dan semangat kebersamaan dalam membina sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera.

Marilah kita terus menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai kepelbagaian serta memperkukuh perpaduan demi masa depan Malaysia yang lebih maju dan gemilang.

Daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Sambutan Hari Malaysia 2026 bakal berlangsung pada 16 September ini di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak,...
15/09/2026

Sambutan Hari Malaysia 2026 bakal berlangsung pada 16 September ini di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak, bermula pukul 7.00 malam. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“

Bersama-sama hayati detik yang mengangkat semangat perpaduan, kebersamaan dan keharmonian rakyat Malaysia. 🀝❀️

Saksikan kemeriahannya menerusi RTM dan Facebook Live Jabatan Penerangan Malaysia, walau di mana anda berada. πŸ“ΊπŸ“²



IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR TAHUN BILANGAN 2/2026Permohonan adalah dipelawa daripada kakitang...
15/09/2026

IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR TAHUN BILANGAN 2/2026

Permohonan adalah dipelawa daripada kakitangan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) / warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS). Keutamaan akan diberi kepada anak kelahiran Negeri Selangor.

Maklumat lanjut bagi Jadual Gaji (JGMM) Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan Syarat Kelayakan serta Borang Permohonan Jawatan Kosong boleh merujuk di

https://www.mpks.gov.my/jawatan-kosong-mpks

Tarikh tutup permohonan pada 28 September 2026. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Kuala Selangor di talian 03-3289 1439.

15/09/2026

πŸ‘‘ 25 TAHUN. SATU LEGASI.

Selangor bakal menyambut satu lagi detik penuh bersejarah, 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor. β€οΈπŸ’›β€οΈπŸ’›
Sesuatu yang istimewa bakal tiba…

Nantikan. ✨

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

AHLI MAJLIS MPKS SESI 2026–2027 MENGIKUT ZONBerikut merupakan senarai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPK...
14/09/2026

AHLI MAJLIS MPKS SESI 2026–2027 MENGIKUT ZON

Berikut merupakan senarai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bagi Sesi 2026–2027 mengikut zon kawasan pentadbiran MPKS.

Maklumat ini boleh dijadikan rujukan kepada penduduk untuk mengenal pasti Ahli Majlis yang mewakili kawasan masing-masing.

MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
Indah dan Bersejarah

KEJOHANAN E-GAMES PIALA YANG DIPERTUA MPKS 2026: GAME, CABARAN & HADIAH WANG TUNAI MENANTI!Kaki game Kuala Selangor, ini...
14/09/2026

KEJOHANAN E-GAMES PIALA YANG DIPERTUA MPKS 2026: GAME, CABARAN & HADIAH WANG TUNAI MENANTI!

Kaki game Kuala Selangor, ini peluang anda!

Sempena Hari Sukan Negara 2026, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) membawakan Kejohanan E-Games Piala Yang Dipertua MPKS 2026 dengan 3 permainan pilihan untuk anda tunjukkan skill dan buktikan siapa paling hebat!

PILIH GAME ANDA:

MOBILE LEGENDS: BANG BANG
Juara: RM1,500
Naib Juara: RM1,000
Ketiga: RM800
Keempat: RM500

PUBG MOBILE
Juara: RM1,000
Naib Juara: RM800
Ketiga: RM500
Keempat: RM200

EA SPORTS FC 26
Juara: RM400
Naib Juara: RM200
Ketiga: RM100
Keempat: RM70

YURAN PENYERTAAN SERENDAH RM20!

Mobile Legends: Bang Bang – RM30
PUBG Mobile – RM25
EA SPORTS FC 26 – RM20

PERTANDINGAN:
6 & 7 OKTOBER 2026 – Peringkat Kumpulan (ONLINE) Mobile Legend & PUBG Mobile Sahaja
10 OKTOBER 2026 – Peringkat Akhir (OFFLINE)
Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor

PENYERTAAN TERHAD!

MLBB & PUBG Mobile – 30 penyertaan sahaja
EA SPORTS FC 26 – 20 penyertaan sahaja

TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 5 OKTOBER 2026 (ISNIN)

Kalau anda rasa skill memang power, jangan sekadar tengok orang lain main.

MASUK GAME. CABAR LAWAN. REBUT HADIAH.

Daftar sekarang sebelum slot penuh!

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan:

Azahari – 011-3933 8629
Izwani – 013-480 9072
Asyraf – 011-290 75443

MESYUARAT DAN LAWATAN KERJA YB EXCO KERAJAAN TEMPATAN DAN PELANCONGAN NEGERI SELANGOR KE MPKSMajlis Perbandaran Kuala Se...
14/09/2026

MESYUARAT DAN LAWATAN KERJA YB EXCO KERAJAAN TEMPATAN DAN PELANCONGAN NEGERI SELANGOR KE MPKS

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) hari ini telah menerima kunjungan Y.B. Dato' Ng Suee Lim, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor sempena Mesyuarat dan Lawatan Kerja ke MPKS pada 14 September 2026.

Lawatan kerja ini memberi ruang kepada pihak MPKS untuk berkongsi perkembangan, pencapaian serta isu-isu berkaitan pengurusan dan pembangunan kawasan pentadbiran MPKS, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Turut hadir, YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS bersama Ahli-Ahli Majlis serta pegawai-pegawai kanan MPKS.

MPKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Y.B. Dato' Ng Suee Lim mengadakan lawatan kerja serta meluangkan masa untuk mendapatkan gambaran secara langsung berkaitan pengurusan dan pembangunan di kawasan pentadbiran MPKS.

Address

Majlis Perbandaran Kuala
Kuala
45000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Perbandaran Kuala Selangor:

Shortcuts

Share