30/04/2026
*LAPORAN LAWATAN DAN ZIARAH YAB MENTERI BESAR SELANGOR KERUMAH MANGSA KEJADIAN KANAK-KANAK LEMAS DI PUNCAK ALAM*
*Tarikh*: 30 April 2026
*Masa*: 8.30 malam
*Tempat*: 01/17, Block Intan, Jalan 13/2, Astana Alam, 42300 Puncak Alam, Selangor
- YAB Menteri Besar Selangor telah mengadakan ziarah kerumah mangsa tragedi kanak-kanak lemas bagi meninjau keadaan keluarga mangsa, memberi sokongan emosi serta mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insiden yang berlaku. Hadir bersama Pegawai Daerah Kuala Selangor, Ketua Bomba Zon Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Kuala Selangor, Penghulu Mukim Assam Jawa serta pemimpin masyarakat setempat.
- Pihak JKM telah menyampaikan tabung bantuan segera sebanyak RM300.00 dan kit bakul makanan pada keluarga mangsa bagi meringankan bebanan kewangan bagi urusan pengebumian mangsa .
Sekian, terima kasih.
*Disediakan oleh :*
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor
16/03/2026
Terimalah Muzik Video Raya 2026 daripada kami, PKMD Kuala Selangor... Semoga terhibur...
Raya Nusantara | Video Raya 2026/1447H | PKMD KUALA SELANGOR
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026, video khas Raya Nusantara ini dipersembahkan oleh warga PKMD Kuala Selangor sebagai tanda kebersamaan, ke...
25/02/2026
HEBAHAN PROGRAM OUTREACH 3.0 DAN HARI BERTEMU PELANGGAN JKM KUALA SELANGOR
π’
βWarga Kuala Selangor dan Puncak Alam, kami datang kepada anda! π€
βAda urusan berkaitan kebajikan? Ingin tahu tentang bantuan warga emas, OKU, atau apa-apa perkhidmatan berkaitan JKM? Jom berjumpa kami secara terus di program Outreach kali ini.
βπBUTIRAN PROGRAM:
π Tarikh: 26 Februari 2026 (Khamis)
π Masa: 9.00 Pagi β 3.30 Petang
π Tempat: Perkarangan Anjung ZamZam, Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam
βANTARA PERKHIDMATAN KAMI:
β
Perkhidmatan Bantuan Kewangan JKM
β
Pendaftaran Sukarelawan
β
Urusan Pendaftaran /Pembaharuan Kad OKU
β
Lain-Lain Perkhidmatan Berkaitan JKM
βNOTA:
Sila bawa salinan kad pengenalan dan dokumen sokongan (seperti penyata gaji atau surat pengesahan doktor jika berkaitan) untuk memudahkan proses semakan.
βSebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga, jiran, dan kenalan yang memerlukan. Jumpa anda di sana! π
β .0
23/12/2025
PEMAKLUMAN RASMI JPOKU TENTANG PENUKARAN KAD OKU BARU (KOD QR)
π Semua pemegang Kad OKU sedia ada DIGALAKKAN untuk menukar Kad OKU lama ke Kad OKU baharu yang mempunyai ciri-ciri kod QR .
π
Tempoh penukaran: Tiada tempoh masa yang ditetapkan.
Kad OKU lama boleh digunakan sehingga Kad OKU baru ditukar.
π Kaedah penukaran Kad
Hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dengan membawa bersama Kad OKU.
Permohonan melalui sistem SMOKU di alamat https://oku.jkm.gov.my
π Dokumen diperlukan :-
Sekiranya laporan perubatan sebelum ini telah mengesahkan sub kategori OKU, tidak perlu lagi untuk berjumpa atau mendapatkan pengesahan semula oleh doktor.
Borang BPPOKU (Pindaan 2/2019) yang memerlukan pengesahan pegawai/pakar perubatan terutama bagi OKU yang tidak mempunyai kategori dan sub kategori untuk Kad OKU lama yang didaftarkan sebelum tahun 2011.
3. Salinan MyKad/MyKid/Sijil lahir dan Kad OKU lama
4. πΈ Gambar pasport berlatar belakang biru sekiranya ingin menukar kepada gambar yang baharu.
π¬ Penting
Penggantian Kad OKU Baharu tidak memerlukan pengesahan semula oleh Pengamal Perubatan / Pegawai Perubatan / Pakar Perubatan dan kelulusan Pendaftar kecuali :-
Pemegang Kad OKU lama sebelum tahun 2011
Terdapat perubahan pada kategori dan sub kategori OKU
π Ciri-Ciri Kad OKU Baharu
Reka bentuk baharu yang lebih praktikal
Ciri keselamatan yang ditingkatkan.
Mudah digunakan bagi urusan rasmi dan pengesahan.
Kod QR boleh diimbas bagi menentukan pendaftaran OKU
π¬ *Sebarkan maklumat yang sahih ini kepada keluarga dan komuniti OKU.
SMOKU
MyDaftarOKU - Pendaftaran OKU Secara Dalam Talian
17/12/2025
Siaran Media..
Pencarian Waris..
17/12/2025
Siaran Media.
Pencarian Waris..
04/10/2025
MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dengan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Binti Dato' Abdul Aziz
"Allah merahmati dan memberkati pasangan pengantin Diraja"
2 Oktober 2025 (Khamis) bersamaan 10 Rabi'ul Akhir 1447H
Sembah Takzim daripada:
Warga Kerja Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor
26/09/2025
MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dengan Cik Afzaa Fadini Binti Dato' Abdul Aziz
"Allah merahmati dan memberkati pasangan pengantin Diraja"
2 Oktober 2025 (Khamis) bersamaan 10 Rabi'ul Akhir 1447H
Sembah Takzim daripada:
Warga Kerja Pejabat Kebajikan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor.