IMITS Ladang

Call Directions Contact the organization

IMITS Ladang FB page rasmi i-MiTS Ladang

KUALA TERENGGANU, 16 Oktober -  Terengganu International Summit 2026 berpotensi menjadi platform penting untuk merintis ...
16/10/2026

KUALA TERENGGANU, 16 Oktober - Terengganu International Summit 2026 berpotensi menjadi platform penting untuk merintis kerjasama dunia Islam yang lebih tersusun, khususnya dalam memperjuangkan isu Palestin menerusi pendekatan diplomasi, pendidikan, media dan bantuan kemanusiaan.

Baca artikel di bawah 👇

Bila Kemanusiaan Mengatasi Segala Perbezaan.Malam tadi, memenuhi jemputan makan malam bersama delegasi Sumud Flotila. Di...
16/10/2026

Bila Kemanusiaan Mengatasi Segala Perbezaan.

Malam tadi, memenuhi jemputan makan malam bersama delegasi Sumud Flotila. Di sebalik pertemuan santai, tersingkap kisah insan-insan hebat yang sanggup melangkah jauh demi sebuah perjuangan kemanusiaan.

Lebih menyentuh hati, ramai antara mereka bukan beragama Islam. Namun, atas nama kemanusiaan, mereka tetap teguh bersama dalam misi membela rakyat Palestin.

Sesungguhnya, kemanusiaan tidak mengenal agama, bangsa mahupun warna kulit. Saat kezaliman berlaku, hati yang punya belas tidak akan sanggup berdiam diri.

Berbeza kepercayaan tetapi bersatu dalam perjuangan menegakkan keadilan.

Semoga Allah mempermudah segala urusan para pejuang ini dan mengurniakan keamanan yang sekian lama dinantikan oleh bumi €alentin.

Insya-Allah, Terengganu International Summit 2026 bakal menghimpunkan pelbagai pengisian ilmu, dakwah dan solidariti sem...
15/10/2026

Insya-Allah, Terengganu International Summit 2026 bakal menghimpunkan pelbagai pengisian ilmu, dakwah dan solidariti sempena Sambutan 3 Tahun Taufan Al-Aqsa.

Ayuh bersama mengimarahkan program yang disusun, menyemarakkan semangat perjuangan serta memperkukuh kefahaman umat terhadap isu dan perjuangan pembebasan Al-Aqsa.

📍 Stadium Negeri, Kuala Terengganu
đź“… 16 Oktober 2026 | Jumaat

Warga emas insan yang sarat dengan pengalaman dan kebijaksanaan. Jasa dan sumbangan mereka wajar terus dihargai, disantu...
15/10/2026

Warga emas insan yang sarat dengan pengalaman dan kebijaksanaan. Jasa dan sumbangan mereka wajar terus dihargai, disantuni dan disayangi.

Kita perlu membina perspektif baharu terhadap warga emas, bukan sekadar melihat mereka sebagai golongan yang memerlukan bantuan tetapi sebagai insan yang masih berdaya, bermakna dan berhak menentukan kehidupan mereka sendiri dengan penuh bermaruah.

Alhamdulillah, Kak Da mewakili YB Ustaz Maliaman Kassim bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Warga Emas dan Seminar Citra Minda Intergenerasi Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026.

Semoga inisiatif ini terus memperkukuh hubungan antara generasi, menyemai rasa hormat dan kasih sayang, serta membentuk masyarakat yang lebih prihatin, inklusif dan menghargai setiap fasa kehidupan.

Setiap kali Kak Da melangkah ke kampung-kampung, pasti ada kisah kehidupan yang menyentuh hati. Ada senyuman, ada air ma...
15/10/2026

Setiap kali Kak Da melangkah ke kampung-kampung, pasti ada kisah kehidupan yang menyentuh hati. Ada senyuman, ada air mata, ada kehilangan dan ada juga sinar baharu yang membawa harapan.

Kak Da hadir untuk bertanya khabar, mendengar, memahami dan berkongsi rasa. Menziarahi yang sakit, menyantuni keluarga yang berduka, membantu yang memerlukan dan turut bergembira menyambut kelahiran cahaya mata.

Moga Allah SWT merahmati setiap keluarga yang diziarahi, mengangkat segala kesulitan dan menggantikan setiap ujian dengan kebaikan.

Insya-Allah, Kak Da akan terus melangkah dan menyantuni masyarakat, selagi diberi kekuatan dan kesempatan.

Kalau nak tahu, Kak Da peminat teater tau, terutama berkaitan sejarah dan kehidupan.Pementasan Tawarikh Sultan Zainal Ab...
15/10/2026

Kalau nak tahu, Kak Da peminat teater tau, terutama berkaitan sejarah dan kehidupan.

Pementasan Tawarikh Sultan Zainal Abidin III membawa kita menyelusuri sejarah kegemilangan Terengganu dengan cara yang begitu menarik dan penuh penghayatan.

Satu pengalaman yang cukup mengujakan. Seni lakonan, jalan cerita dan suasana pementasan benar-benar menghidupkan sejarah di depan mata.

Rasa bangga melihat sejarah dan warisan negeri kita diangkat ke pentas sebegini hebat.

Tahniah kepada seluruh warga produksi Muzium Negeri Terengganu dan semua yang menjayakan pementasan ini.

Sejarah Terengganu, kebanggaan kita bersama.

Lensa sekitar Fun Walk D' Taman, Program Bersamamu Rakyat, Indahnya Hidup Bersyariat peringkat DUN Ladang 2026.
15/10/2026

Lensa sekitar Fun Walk D' Taman, Program Bersamamu Rakyat, Indahnya Hidup Bersyariat peringkat DUN Ladang 2026.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat Nya, Program Bersamamu Rakyat, Indahnya Hidup Be...
15/10/2026

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat Nya, Program Bersamamu Rakyat, Indahnya Hidup Bersyariat DUN Ladang melabuhkan tirai dengan baik dan penuh kemeriahan.

Dari lubuk hati yang paling dalam, Kak Da ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh petugas yang telah bertungkus-lumus, menyumbang tenaga, masa dan buah fikiran demi menjayakan program ini.

Terima kasih kerana sentiasa ada, bekerja dengan penuh komitmen dan menyumbang dengan hati yang ikhlas. Kak Da amat menghargai setiap usaha dan pengorbanan kalian.

Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda, mengurniakan kesihatan, melapangkan rezeki dan memberkati setiap langkah kita dalam berkhidmat kepada masyarakat.

Alhamdulillah, sempena Program Bersamamu Rakyat, Indahnya Hidup Bersyariat Peringkat DUN Ladang, turut dilaksanakan prog...
15/10/2026

Alhamdulillah, sempena Program Bersamamu Rakyat, Indahnya Hidup Bersyariat Peringkat DUN Ladang, turut dilaksanakan program kebajikan melalui agihan barang dapur dan Seraga Hijau kepada golongan yang memerlukan.

Bagi Kak Da, setiap sumbangan yang dihulurkan adalah tanda ingatan, keprihatinan dan kasih sayang kepada masyarakat.

Semoga sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima serta membawa kegembiraan buat keluarga yang disantuni.

Kerana indahnya hidup bersyariat bukan hanya pada ibadahtetapi juga pada keprihatinan, kebersamaan dan kesediaan kita membantu sesama insan.

Moga Allah SWT memberkati setiap usaha dan menerima segala kebaikan sebagai amal soleh.

Address

No 13-C Dataran Panji, Jalan Panji Alam
Kuala
21100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096285216

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IMITS Ladang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IMITS Ladang:

Shortcuts

Share