11/06/2026
PROGRAM K3P NATURE, CULTURE & STARS DISCOVERY: DARI TANAH BAKAU KE LANGIT MALAM
ποΈ 9 β 10 Jun 2026
π Setiu Wetlands, Balai Cerap UniSZA & Terrapuri Heritage Village
Program K3P Nature, Culture & Stars Discovery: Dari Tanah Bakau ke Langit Malam telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai keunikan ekopelancongan, warisan budaya serta ilmu astronomi yang terdapat di Terengganu.
Sepanjang program, para peserta berpeluang meneroka keindahan alam semula jadi di Setiu Wetlands, mengenali khazanah warisan dan budaya di Terrapuri Heritage Village serta menimba pengalaman pembelajaran berkaitan astronomi dan pemerhatian langit malam di Balai Cerap UniSZA.
Program ini bukan sahaja memperkayakan pengetahuan peserta, malah turut memupuk kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar, penghargaan terhadap warisan budaya serta potensi pelancongan yang terdapat di negeri Terengganu.
Semoga program seumpama ini dapat terus melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berdaya saing dan berperanan sebagai duta pelancongan dalam mempromosikan keunikan serta keistimewaan destinasi pelancongan negara.
MalaysiaMADANI
11/06/2026
SESI LIBAT URUS PROGRAM PENGALAMAN HOMESTAY MALAYSIA (PPHM) BERSAMA PENGARAH MOTAC TERENGGANU
ποΈ 10 Jun 2026
π Bari Beach Resort, Setiu
Sesi Libat Urus Program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM) telah diadakan bersama Puan Mazshida Binti Ruslal, Pengarah MOTAC Terengganu, bagi membincangkan perkembangan, cabaran serta hala tuju program homestay di negeri Terengganu.
Sesi ini menjadi platform penting untuk bertukar pandangan, berkongsi idea dan memperkukuhkan kerjasama antara pengusaha homestay serta pihak MOTAC dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan, pengalaman pelancong dan daya saing produk pelancongan komuniti.
Semoga kerjasama yang terjalin serta komitmen semua pihak akan terus memperkukuhkan industri homestay sebagai salah satu produk pelancongan yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat, di samping meningkatkan daya tarikan pelancongan negeri Terengganu.
11/06/2026
SESI LIBAT URUS KELAB PROGRAM PELANCONGAN PELAJAR (K3P)
ποΈ 9 Jun 2026
π Pejabat MOTAC Terengganu
Sesi Libat Urus Kelab Program Pelancongan Pelajar (K3P) telah diadakan bagi membincangkan hala tuju, perancangan program serta usaha memperkukuhkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pelancongan dan kebudayaan.
Sesi ini turut dihadiri Cik Hani Shalilaa Binti Zulkifli, PSUK (Pembangunan Industri) dan menjadi platform perkongsian idea serta pandangan antara pihak berkepentingan dalam memperkasakan peranan K3P sebagai medium melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berkemahiran serta berpotensi menjadi duta pelancongan negara pada masa hadapan.
Semoga kerjasama dan komitmen yang terjalin dapat terus memperkukuhkan pembangunan sektor pelancongan melalui penglibatan aktif golongan pelajar serta menyokong agenda pembangunan pelancongan negeri dan negara.
07/06/2026
LAWATAN RASMI KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (MOTAC) BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP PPUN TAHUN 2025
6 Jun 2026 β YBhg. Datoβ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), telah hadir ke Daerah Setiu bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Tiga (3) Plak Projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naik Taraf (PPUN) Tahun 2025 yang telah berjaya disiapkan sepenuhnya dan diserahkan kepada agensi pemilik.
Penyerahan ini melibatkan dua (2) projek kepada Pejabat Daerah Setiu dan satu (1) projek kepada Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN). Projek-projek yang dilaksanakan bukan sekadar menaik taraf kemudahan dan infrastruktur, malah merupakan usaha memelihara khazanah warisan serta keindahan alam yang menjadi kebanggaan masyarakat setempat dan negara.
Setiap projek yang disiapkan membawa harapan agar warisan yang diwarisi hari ini terus terpelihara dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Justeru, agensi pemilik diseru untuk bersama-sama menjaga kebersihan, memelihara kemudahan yang disediakan serta memastikan kelestarian produk pelancongan terus dipertahankan.
Semoga penyerahan ini juga menjadi simbol komitmen berterusan dalam memperkasakan sektor pelancongan negara, menyemarakkan pembangunan komuniti setempat, serta mengukuhkan rasa cinta terhadap warisan, budaya dan alam semula jadi yang menjadi identiti serta kebanggaan Malaysia. Setiap usaha yang dilaksanakan hari ini merupakan satu pelaburan bermakna demi manfaat rakyat dan generasi masa hadapan.
06/06/2026
MAJLIS PERASMIAN & MALAM GALA
TEMASYA BUDAYA TERENGGANU 2026
π Kuala Terengganu | ποΈ 5 Jun 2026
Majlis Perasmian Temasya Budaya Terengganu 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, mewakili YAB Menteri Besar Terengganu di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Datoβ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC yang mewakili YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YBhg. Datoβ Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC dan YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah JKKN.
Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada Kumpulan Sambutan Irama Ketukan Warisan, Kumpulan Bimbingan Seni Budaya JKKN Terengganu, Kumpulan Perantisan Silat Gayong Ota-Ota dari Kampung Maras, Penari Cilik Tarian Ulek Mayang, Kumpulan Veteran Suktra serta Kumpulan Satelit yang melibatkan SMK Pulau Serai dan beberapa buah sekolah iaitu SK Kompleks Seberang Takir, SK Teluk Ketapang, SK Tok Jembal, SK Kubang Ikan, SK Sultan Sulaiman 1, SK Gong Badak, SK Seberang Takir dan SK Kompleks Gong Badak dengan penyertaan seramai 195 peserta.
31/05/2026
DIRGAHAYU TUANKU π
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan kepada Tuanku serta terus menaungi negeri dengan penuh kebijaksanaan dan kemakmuran.
Ikhlas daripada:
Pengarah dan Warga
Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Terengganu
30/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK πͺ·
Semoga Hari Wesak ini disambut dalam suasana penuh kedamaian, kasih sayang dan keharmonian bersama insan tersayang.
Selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha.
26/05/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ππ€
βTidak ada amalan anak Adam pada Hari Nahar (Aidiladha) yang lebih dicintai Allah selain menumpahkan darah korban.β
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Aidiladha hadir membawa erti pengorbanan, keikhlasan dan ketulusan dalam setiap perjalanan kehidupan.
Semoga sambutan yang mulia ini mengeratkan ukhuwah, menyemai kasih sayang dan membawa keberkatan kepada kita semua.
26/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI ARAFAH π
βSebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.β
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa, zikir dan amalan semoga dikurniakan keampunan serta rahmat daripada Allah SWT.
23/05/2026
PEMANTAUAN PROGRAM DI BAWAH GERAN SOKONGAN SEKTOR KEBUDAYAAN (GSSK) 2026
π Festival Kebudayaan dan Kesenian Daerah Dungun 2026
ποΈ 19 β 20 Mei 2026
π Dataran Kolej Ketengah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Terengganu telah melaksanakan pemantauan Festival Kebudayaan dan Kesenian Daerah Dungun Tahun 2026. Program di bawah Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) 2026 ini telah dianjurkan oleh Persatuan Kebudayaan Daerah Dungun (PKDD).
Program ini bertujuan memperkasa serta memartabatkan seni dan budaya tempatan melalui penganjuran pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian, di samping memberi sokongan kepada penggiat seni dalam usaha memelihara warisan budaya negeri.
Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan dalam memperkukuh sektor kebudayaan sebagai salah satu pemacu utama pembangunan pelancongan negara, khususnya bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.