07/10/2026
ππΌπππΌπ ππππππ, ππΌππ πΏπΌππΌπ ππππΌππΌ πππΏπΌππ π½ππππππΌππ
Kadangkala, rakan sekerja yang paling rajin dan nampak sentiasa 'okay' itulah yang paling memerlukan sokongan dan perhatian kita.
Statistik saringan MyPsyD mencatatkan 55,169 penjawat awam berisiko tinggi dan 421,000 berisiko sederhana dalam isu kesihatan mental. Ini bukan sekadar angka, tetapi peringatan bahawa kebajikan emosi warga kerja perlu diberi keutamaan.
Ingat, integriti juga merangkumi keperihatinan dan empati terhadap rakan sepasukan. Jangan tunggu sehingga terlambat, luangkan masa bertanya khabar hari ini!