PLANMalaysia Terengganu

Call Directions Website Contact the organization

PLANMalaysia Terengganu Akaun Rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu (PLANMalaysia Terengganu)

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI TERENGGANU (JTJPN) BIL.20-23/2026KUALA TERENGGANU, 4 OKTOB...
04/10/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI TERENGGANU (JTJPN) BIL.20-23/2026

KUALA TERENGGANU, 4 OKTOBER 2026 : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu (PLANMalaysia Terengganu) telah mengurus setia Mesyuarat Rundingan di bawah Seksyen 20A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bertempat di Bilik Mesyuarat Rancang, Tingkat 3, Wisma Negeri, Kuala Terengganu.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. TPr Dr. Abu Bakar bin Mat, Pengarah PLANMalaysia Terengganu yang dihadiri oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Ibu Pejabat, Majlis Daerah Marang, Majlis Perbandaran Kemaman, dan Agensi-Agensi Teknikal yang berkaitan.

Sebanyak empat (4) cadangan projek telah dibincangkan. Tujuan mesyuarat ini adalah proses rundingan untuk mendapatkan maklum balas dan ulasan daripada PBT dan agensi - agensi teknikal berkaitan mengenai keperluan teknikal dan memudahcara bagi projek permohonan Rundingan di bawah Seksyen 20A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Terima kasih diucapkan di atas kehadiran oleh wakil daripada pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia, Ibu Pejabat (Cawangan Arkitek), Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Terengganu (KEMAS), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, serta agensi-agensi teknikal negeri Terengganu.


PEMBENTANGAN PERKEMBANGAN AKHIR PROJEK SISTEM PENILAIAN IMPAK SOSIAL PANTAS (SIRA) DAN PERBINCANGAN SESI LIBAT URUSKuala...
01/10/2026

PEMBENTANGAN PERKEMBANGAN AKHIR PROJEK SISTEM PENILAIAN IMPAK SOSIAL PANTAS (SIRA) DAN PERBINCANGAN SESI LIBAT URUS

Kuala Terengganu, 1 Oktober 2026 – PLANMalaysia Terengganu telah mengadakan sesi pembentangan perkembangan akhir Projek Sistem Penilaian Impak Sosial Pantas (SIRA) serta perbincangan berkaitan pelaksanaan sesi libat urus bertempat di Bilik Mesyuarat Rancang, Tingkat 3, PLANMalaysia Terengganu.

Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. TPr Dr. Abu Bakar bin Mat, Pengarah PLANMalaysia Terengganu, bersama Prof. Ts. Dr. Mohd Khairul Amri bin Kamarudin, Ketua Projek SIRA, UniSZA. Turut hadir ialah pasukan penyelidik UniSZA dan pegawai Bahagian Kawalan Perancangan, PLANMalaysia Terengganu.

Perbincangan memberi tumpuan kepada status perkembangan akhir, penambahbaikan serta hala tuju pelaksanaan SIRA, di samping mendapatkan pandangan dan input akhir daripada pihak PLANMalaysia Terengganu sebelum sistem diserahkan untuk pelaksanaan.

Pihak UniSZA turut memaklumkan perancangan pelaksanaan Bengkel Training of Trainers (ToT) pada bulan Oktober 2026 sebagai persediaan bagi memastikan pengoperasian sistem SIRA dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Pembangunan SIRA merupakan satu inisiatif dalam memperkukuh perancangan berasaskan bukti (evidence-based planning), khususnya bagi menyokong proses penilaian impak pembangunan terhadap komuniti dan alam sekitar secara lebih sistematik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada UniSZA selaku peneraju penyelidikan serta PEERS Consult (M) Sdn. Bhd. selaku rakan industri atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan pembangunan Sistem Penilaian Impak Sosial Pantas (SIRA).





30/09/2026
13/09/2026

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Encik Azli bin Abd Rahman dari Bahagian Kawalan Perancangan, PLANMalaysia Terengganu yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.

Didoakan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga, sahabat serta warga PLANMalaysia Terengganu dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

MAJLIS PERHIMPUNAN KAKITANGAN WARGA PLANMalaysia TERENGGANU BIL. 3 TAHUN 2026 & SESI TOWNHALL BERSAMA PENGURUSAN TERTING...
06/09/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN KAKITANGAN WARGA PLANMalaysia TERENGGANU BIL. 3 TAHUN 2026 & SESI TOWNHALL BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI

Kuala Terengganu, 6 September 2026 (Ahad) - Majlis Perhimpunan Kakitangan Warga PLANMalaysia Terengganu Bilangan 3 Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna, disusuli Sesi Townhall bersama Warga Kerja PLANMalaysia Terengganu dan Pengurusan Tertinggi PLANMalaysia Terengganu.

Pelbagai pengisian telah diadakan sebagai wadah untuk menghargai jasa, meraikan pencapaian serta memperkukuh kebersamaan dalam kalangan warga kerja, antaranya:

🌟 Majlis Sanjungan Budi kepada Puan Noor Zurianiza binti Zan yang akan meneruskan khidmat di Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu. Setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang berkhidmat di PLANMalaysia Terengganu.

🏆 Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Peringkat KPKT Tahun 2025 kepada Puan Tuan Zuraihan binti Tuan Lah, Timbalan Pengarah Pembangunan PLANMalaysia Terengganu.

🏅 Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Peringkat Jabatan Tahun 2025 kepada:
• Puan Norhafizah binti Mohamad
• Cik Nurul Sharmila binti Omar
• Encik Muhammad Luqman Haqim bin Harun
• YM Engku Mohd Asrulnizam bin YM Engku Abdul Aziz

⭐ Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan bagi bulan Mei hingga Ogos Tahun 2026 sebagai penghargaan atas dedikasi dan prestasi cemerlang warga kerja.

🤝 Sumbangan Kelab Kebajikan dan Sukan JPBD Negeri Terengganu meliputi Sumbangan Hospital, Sumbangan kepada anak-anak staf yang melanjutkan pengajian ke IPT serta Sumbangan Barangan Atlet ke SUKNA-21.

🎂 Sambutan Hari Kelahiran bagi warga kerja yang lahir pada bulan Mei hingga Ogos sebagai tanda penghargaan dan meraikan warga kerja yang sentiasa menjadi sebahagian penting dalam keluarga besar PLANMalaysia Terengganu.

💬 Sesi Townhall bersama Pengurusan Tertinggi PLANMalaysia Terengganu turut menjadi platform untuk perkongsian pandangan, penyampaian amanat serta interaksi dua hala antara pengurusan dan warga kerja dalam usaha memperkukuh kecemerlangan organisasi.

Semoga majlis ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan, penghargaan dan kecemerlangan dalam kalangan warga PLANMalaysia Terengganu.



🇲🇾 PERARAKAN PERBARISAN KEMERDEKAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026 🇲🇾Kuala Terengganu, 31 Ogos 2026 – PLAN...
31/08/2026

🇲🇾 PERARAKAN PERBARISAN KEMERDEKAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026 🇲🇾

Kuala Terengganu, 31 Ogos 2026 – PLANMalaysia Terengganu telah menyertai Perarakan Perbarisan Kemerdekaan Ke-69 Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 sebagai tanda semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air.

✨ Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh peserta yang telah memberikan komitmen, semangat dan kerjasama sepanjang latihan sehingga selesai perbarisan.

Terima kasih atas semangat juang dan disiplin yang ditunjukkan. Bersama-sama kita terus menyemarakkan semangat Malaysia MADANI dan menghayati erti kemerdekaan.

🇲🇾 MALAYSIA MADANI, KESEJAHTERAAN DINIKMATI

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69! 🇲🇾🎉







🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾31 Ogos 2026Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan p...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

31 Ogos 2026

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh rasa syukur, bangga dan cinta akan tanah air.

Semoga semangat Malaysia MADANI, perpaduan dan kebersamaan terus menjadi tunjang dalam membina sebuah negara yang maju, sejahtera dan berdaya tahan.

“Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati.”

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia🇲🇾





MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PERANCANG NEGERI TERENGGANU (JKPN) BIL.2/2026Kuala Terengganu, 27 Ogos 2026 : Jabatan Peran...
27/08/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PERANCANG NEGERI TERENGGANU (JKPN) BIL.2/2026

Kuala Terengganu, 27 Ogos 2026 : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu (PLANMalaysia Terengganu) telah mengurus setiakan Mesyuarat Jawantankuasa Kerja Perancang Negeri Terengganu (JKPN) bil.2/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Heritiera Littoralis, Majlis Perbandaran Dungun, Dungun, Terengganu.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Wan Sukairi Bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawantankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu. YBrs. TPr Dr. Abu Bakar bin Mat, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu bertindak sebagai Setiausaha Mesyuarat. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh agensi teknikal diperingkat negeri, daerah dan persekutuan.

Sebanyak sepuluh (10) kertas kelulusan dan persetujuan telah dibincangkan untuk diterimapakai. Semoga segala ketetapan mesyuarat kali ini berjalan lancar seperti yang direncanakan, sekaligus menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri dan daerah sekaligus untuk kesejahteraan rakyat negeri Terengganu

Terima kasih diucapkan di atas kehadiran wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi-agensi teknikal negeri Terengganu. Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada Majlis Perbandaran Dungun(MPD) atas kerjasama yang diberikan dalam menyediakan tempat bagi menjayakan mesyuarat pada hari ini.



Salam Maulidur Rasul 1448HSelawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan agung yang membawa rahmat k...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan agung yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi medan untuk kita memperkukuhkan kecintaan kepada Baginda dengan menghayati sunnah, mencontohi akhlak mulia serta memperbanyakkan selawat dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul 1448H.
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan."
(Surah Al-Ahzab: 56)

Tulus Ikhlas Daripada
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
PLANMalaysia Terengganu

*Kunjungan Hormat MIPER ke PLANMalaysia Terengganu*PLANMalaysia Terengganu berbesar hati menerima kunjungan hormat darip...
23/08/2026

*Kunjungan Hormat MIPER ke PLANMalaysia Terengganu*

PLANMalaysia Terengganu berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Majlis Institut Perancang Malaysia Pantai Timur (MIPER) yang diketuai oleh TPr. Datuk Anuar bin Maidin bersama ahli-ahli MIPER yang lain, dalam usaha mempererat hubungan strategik antara pengamal perancangan bandar dan desa.

Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dan membincangkan isu-isu semasa serta hala tuju pembangunan, khususnya melibatkan Wilayah Timur.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkasakan demi memajukan profesion perancang bandar dan menyokong pembangunan mampan negara.

Address

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Terengganu, Tingkat 3 Dan 4, Wisma Negeri
Kuala
20646

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Sunday 08:30 - 17:00

Telephone

+6096301214

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLANMalaysia Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PLANMalaysia Terengganu:

Shortcuts

Share