Persatuan Pegawai Masjid Kerajaan Negeri Terengganu

Persatuan Pegawai Masjid Kerajaan Negeri Terengganu

Share

No. Pendaftaran Pertubuhan:
PPM-008-11-25092014

Persatuan ini dikenali sebagai PEMANTAU dan dianggotai oleh Imam Bilal Masjid-Masjid Kerajaan dari seluruh daerah di Negeri Terengganu Darul Iman.

Photos from Persatuan Pegawai Masjid Kerajaan Negeri Terengganu's post 18/07/2017

Pada 13 Julai 2017 yang lalu, sebahagian AJK PEMANTAU telah dijemput untuk sama-sama menyambut kunjungan rombongan Majlis Agama Islam Fatoni seramai 40 orang ke Negeri Terengganu.

Satu perjumpaan dan taklimat ringkas berkaitan Pengurusan Masjid dan Hal Ehwal Kekeluargaan Islam di Terengganu telah diadakan di Wisma Darul Iman tingkat 17.

Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Mokhtar Salleh (Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pengurusan Masjid) dan Tuan Haji Shukri Faiz (Pegawai Agama Daerah Hulu Terengganu).

Majlis di dahului dengan ucapan alu-aluan oleh Dato' Hajjah Shamsiah Binti Dato' Haji Awang selaku Timbalan Pesuruhjaya JHEAT.

Photos 17/07/2017

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438H kepada seluruh ahli PEMANTAU serta muslimin dan muslimat. Semoga kita semua senantiasa dirahmati oleh Allah s.w.t.

Ingatan tulus ikhlas daripada:

Haji Roslim Bin Ja'afar
Pengerusi PEMANTAU 2017/2018

Photos from Persatuan Pegawai Masjid Kerajaan Negeri Terengganu's post 21/12/2016

SISTEM PEJABAT UNTUK PEGAWAI MASJID KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Satu perjumpaan khas antara pegawai agama seluruh daerah, pegawai tertinggi termasuk imam Besar dengan AJK PEMANTAU yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Agama negeri Terengganu yang telah diadakan pada:

Tarikh : 18.12.16
Masa : 10.15 hingga12.45 tgh.
Hari : Ahad
Tempat : bilik myst Aras 4 pejabat agama Terengganu.

Dalam perjumpaan tersebut majlis pada dasarnya telah bersetuju untuk melaksanakan kerja 6 hg 8 jam, 5 hari seminggu berada di masjid dengan kerja shif yang akan ditetapkan.

Yang kerja lebih masa 8 jam boleh buat tuntutan kerja lebih masa setelah mendapat pengesahan PAD daerah masing2

Percubaan selama 6 bulan ini hanya tertumpu kepada masjid yang mempunyai 3 imam dan 3 bilal sahaja.
( Tetap, Kontrak, Mubaligh, Sementara, Rawatib sahaja.) tidak termasuk imam bilal masjid mukim.

Sebelum pelaksanaan sepenuhnya berjalan, perjumpaan dengan semua pegawai masjid kerajaan akan diadakan bagi menjelaskan kepada semua imam dan bilal, cara perlaksanaan mengikut shif 6-8 jam 5 hari bertugas satu minggu.

Bagi masjid yang tiada kemudahan, pihak pejabat agama akan menyediakan satu bilik untuk pegawai masjid dan kelengkapan pejabat termasuk Aircon, laptop, punchcad dan lain2 lagi keperluan pejabat untuk merancang aktiviti mengimarshkan masjid.

Jika ada sebarang cadangan dan pandangan dari mana-mana ahli PEMANTAU sila kemukakan cadangan tersebut untuk penambahbaikan sistem pegawai masjid kerajaan ini.

Photos 08/10/2016

Selamat melangkah ke tahun baru Islam 1438H kepada semua ahli PEMANTAU serta muslimin dan muslimat.

Semoga kita telah megakhiri tahun yang lalu dengan kebaikan dan semoga kita dapat memulakan tahun yang baru ini juga dengan kebaikan.

Photos from Persatuan Pegawai Masjid Kerajaan Negeri Terengganu's post 20/07/2016

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PEMANTAU KALI PERTAMA 2016

TARIKH : 19.7.2016
MASA : 10.00 pagi
HARI : Selasa
TEMPAT : Surau Sayyed Saqqaf Jalan Tok Lam Kuala Terengganu

23/04/2016

KEPUTUSAN PEMILIHAN JAWATANKUASA PEMANTAU 2016/2018

1. Ust. Ahmad Roslim - Pengerusi
2. Ust. Wan Hazim - Timb. Pengerusi
3. Ust. Aziz @ Ismail Jusoh - Setiausaha
4. Ust. Abdussalam- pen. Setiausaha
5. Ust. Hj.Maliki- Bendahari

WAKIL DAERAH

6. Ust. Nasharudin - K.Trg
7. Ust. Azrul Hafiz - K.Trg
8. Ust. Ahmad Zulfa - K.Nerus
9. Ust. Lokman - Hulu Trg
10. Ust. Hasan - Kemaman
11. Ust. Hafas - Marang
12. Ust. Kaswadi - Dungun
13. Ust Ghazali - Setiu
14. Ust.Maarof - Besut

PEMERIKSA KIRA-KIRA

A. Ust. Nabil
B. Ust. Saufi

Photos from Persatuan Pegawai Masjid Kerajaan Negeri Terengganu's post 23/04/2016

Mesyuarat Agong PEMANTAU kali pertama tahun 2016 berjalan dengan baik ditambah kerjasama yang terbaik daripada semua ahli yang hadir.

Photos 23/04/2016

"Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua AJK Penaja PEMANTAU kerana telah bersusah payah dalam merangka gerak kerja bagi merealisasikan penubuhan Persatuan Pegawai Masjid Kerajaan Negeri Terengganu (PEMANTAU). Sesungguhnya ini merupakan satu sejarah yang akan diingati."
-Petikan ucapan Tuan Haji Aizi Saidi BIn Abd Aziz selaku Penasihat PEMANTAU sempena Mesyuarat Agong PEMANTAU kali pertama tahun 2016.

Photos from Persatuan Pegawai Masjid Kerajaan Negeri Terengganu's post 23/04/2016

Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PEMANTAU Kali Pertama sedang berlangsung.

Photos from Persatuan Pegawai Masjid Kerajaan Negeri Terengganu's post 22/04/2016

Ayuh para Pegawai Masjid Kerajaan Negeri Terengganu kita penuhkan dewan Masjid Sultan Ismail (Masjid Raja), Chendering pagi ini (23 April 2016) untuk sama-sama berbincang hal ehwal semasa dan masa depan pegawai-pegawai masjid kerajaan negeri kita. Jumpa di sana :)

Photos 14/04/2016

Didoakan kepada Imam Besar Negeri Terengganu, Tuan Haji Aizi Saidi Bin Abd Aziz agar sembuh segera, diberi kesihatan yang baik dan dapat menjalankan tugas sebagaimana biasa.

# Imam Besar terlibat dalam kemalangan pada pagi tadi di simpang traffic light JPJ, Kuala Terengganu.

Photos 14/04/2016

Antara makluman yang diperingatkan kembali oleh Ketua Penolong Pesuruhjaya (Pengurusan Masjid), Tuan Hj Mokhtar Bin Salleh kepada para Imam dan Bilal, Masjid Kerajaan Negeri Terengganu:

1) Bilal hendaklah mengumandangkan azan dua kali pada waktu subuh. Azan pertama dilaungkan satu jam sebelum waktu subuh.

2) Bilal juga hendaklah membaca bacaan tarahim dan tazkir 15 minit sebelum waktu subuh.

3) Imam hendaklah membaca wirid yang panjang sedikit termasuk tasbih, tahmid dan takbir 33 kali sebagai memberi peluang golongan pencen menumpang beramal.

4) Imam hendaklah memastikan pembacaan khutbah di hari Jumaat dengan penuh etika, cermat dan semangat.

5) Imam dan Bilal hendaklah memastikan tugas hakiki di masjid yang ditugaskan diberi perhatian lebih daripada tugas sampingan lain seumpama mengajar kuliah di kelas pengajian tertentu atau tugasan luar yang lain.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Masjid Abidin (Masjid Negeri), Jalan Masjid
Kuala
20100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00