20/10/2026
MESYUARAT DAN LAWATAN TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN PUSAT LATIHAN KEMAS TERENGGANU
Satu mesyuarat dan lawatan tapak bagi projek meroboh dan membina baharu satu (1) blok asrama, mini auditorium serta kerja-kerja berkaitan di Pusat Latihan KEMAS telah diadakan bagi meninjau keadaan tapak dan membincangkan pelaksanaan projek berkenaan.
Mesyuarat dan lawatan tapak ini dipengerusikan oleh Tuan Ayub bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) KEMAS Malaysia, dengan penyertaan wakil JKR Negeri Terengganu (Unit Pembangunan) dan Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional yang diwakili oleh En. Zamri bin Razak, Penolong Pengarah Kanan, serta wakil Pegawai Bahagian Pembangunan KEMAS Ibu Pejabat.
Semoga pelaksanaan projek ini dapat memperkukuh kemudahan prasarana latihan, meningkatkan keselesaan peserta serta menyokong usaha memperkasa pembangunan kompetensi dan profesionalisme warga KEMAS pada masa hadapan.
KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat