23/04/2025
Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Perikanan Terengganu.. Selamat hari raya maaf zahir batin..
Peneraju Transformasi Perikanan Mampan dan Berdaya Saing
23/04/2025
Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Perikanan Terengganu.. Selamat hari raya maaf zahir batin..
07/04/2025
Tahniah. Tuan Pengarah Perikanan Negeri Terengganu yang baru.
08/09/2024
8 September 2023, Pej. Perikanan Daerah Kuala Trg
....
Program Melabuh Unjam Daerah Kuala Terengganu dan Penyerahan Bantuan Nelayan Daerah K.Trg, K. Nerus dan Marang
....
Sebanyak 40 unit unjam telah dilabuhkan di perairan laut Kuala Trg oleh YB Hilmi Dato Harun ADUN Manir merangkap Timbalan EXCO Pertanian Negeri Terengganu. Dalam majlis sama, sebanyak 36 orang nelayan dari Daerah K. Trg, K. Nerus dan Marang turut menerima bantuan peralatan seperti Fish Finder, pukat dan jaring bubu. Hadir sama Puan Hasniah bt Othman, Timbalan Pengarah Perikanan Terengganu.
01/08/2024
1 Ogos 2024 (Khamis)
Kalang Warisan, Serada, Kuala Terengganu
....
Telah selesai Program Pelepasan Benih dan Penyerahan Bantuan Peralatan Nelayan Darat kepada nelayan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Hulu Terengganu yang telah dirasmikan oleh YB Ariffin bin Deraman, ADUN Alur Limbat. Sebanyak 63,000 ekor benih ikan lampam sungai, baung dan udang galah telah dilepaskan kedalam sungai untuk menambah populasi ikan dan menjaga biodiversiti semulajadi Sungai Terengganu. Juga penyerahan bantuan berupa pukat kepada 35 orang nelayan darat untuk membantu menambah hasil tangkapan seterusnya meningkatkan pendapatan. Turut hadir, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, En. Ruzaidi bin Mamat.
30/07/2024
Hari Terbuka Budi Madani Agri-Komoditi Daerah Kuala Terengganu
..................................................
Tarikh : 30 Julai 2024 (Selasa).
Masa : 9.00 A.M hingga 4.00 P.M
Tempat : Pejabat Pertanian Daerah Kuala
....................................................
BUDI MADANI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
24/07/2024
Semua penternak dijemput ke Hari Terbuka Budi Madani Agri-Komoditi Daerah Kuala Terengganu
BUDI MADANI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Tarikh : 30 Julai 2024 (Selasa).
Masa : 9.00 A.M hingga 4.00 P.M
Tempat : Pejabat Pertanian Daerah Kuala Terengganu
Dokumen perlu dibawa:
-Kad Pengenalan
- Alamat E-mail
- Salinan Geran Tanah
- No Sijil MyGAP (Jika Ada)
-Maklumat Jentera
- No Akaun Bank
- Maklumat kenderaan
- Geran kenderaan
22/07/2024
CABARAN DAPUR IKAN SUSU sempena HARI PELADANG PENTERNAK NELAYAN TERENGGANU NEGERI TERENGGANU DAN HIMPUNAN LEMBU SADO PANTAI TIMUR 2024
***********************************************
Tempat: Dataran Jabi, Besut
Tarikh: 26 Julai 2024 (Jumaat)
Masa: 4:00 petang
- Dianjurkan oleh Pejabat Perikanan Negeri Terengganu
☆ Hadiah utama: RM500 beserta hamper
☆☆ Hadiah kedua: RM300 beserta hamper
☆☆☆ Hadiah ketiga: RM100 beserta hamper
- Token sebanyak RM50 dan saguhati akan diberikan kepada setiap kumpulan
- Ikan susu yang telah disiang
- Hanya 1 menu sahaja yang perlu disediakan
Sila hubungi Pejabat Perikanan Daerah terdekat atau Pegawai kami di talian +60 13-947 2271
13/05/2024
13 Mei 2023 Isnin
Restoran terapung, Kg. Beladau Kepong.
..
Sesi interaksi Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Pembangunan (TKPP) Tuan Haji Bohari bin Haji Leng bersama para penternak ikan sangkar Daerah Kuala Terengganu. Sesi interaksi ini telah memberi peluang kepada para penternak untuk mendengar sendiri amanat daripada Tuan Haji TKPP dan mengutarakan beberapa soalan dan permasalahan yang dihadapi para penternak. Diharapkan sesi interaksi ini dapat membantu para penternak untuk lebih meneroka sektor akuakultur dan mengembangkan lagi perniagaan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi.
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |